Skip to main content

Barcelona VS Red Warrior.

Oleh : AdukaTaruna

Panas jer hati gua apabila memikirkan ketuahan Red Warrior @ Man U nih. Lawan dia sap2 soi la. Pagi buta tadik, gua tgk game Man U. Macam biasalah. Sahaja gua bangun pagi buta kerana dengki sama Man U.

Sekali bila tengok Shalke main macam N9, passing complete tahap cilako, defend dah macam baru lepas kawin dengan artis Malaysia, gua terus berbulu. Tak sanggup tengok sampai habis.

"Baik gua tahajut kalau camnih." Kata gua sambil tutup TV dan sambung tidur.

Pagi2 buta, sebelum gua kena settlekan tempahan baju, gua kena hantar bini gua kerja. Lalu jer depan rumah member gua, gua nampak dia sengeh2. Sial!

Balik dari hantar bini, gua, member gua dah tunggu siap pakai baju Man U sambil ciyom logo Man U yang disulam di Siam tu. Panas! Panas! Dah la KB ni panas. Tak hujan sebulan dah.

Takper2, 29 Mei ni, tarikh Malaysia, Man U akan tahu langit tu biru ke hitam sebenarnya. Kalau lu nak tengok Rooney diletakkan Fergusen bermain sebelah Van Der Sar, lu tengoklah bila Man U atau mana2 kelab EPL lawan kelab Sepanyol.

Formasi Man U apabila menentang Barcelona ialah 10-0-0. Ball position Man U hanya 30%. Vidic kena red card. Nasib baik Furgusen tak boleh main. Kalau tak, dengan dia2 sekali duduk berkubu.

Set2 Kelate ramai Man U bai... gua selalu tengok kat restoran apa ntah. Berhampiran JPJ Panji. Penonton di situ lebih ramai dari penonton di Stadium Paroi. Gua agak, 10 penonton, 3 jer Barca.

Sempena Final ni, gua akan naikkan banner :

"AMK mahu Qazaf ke atas Manchester United."





Comments

  1. kahkahkah.... penonton kat restoran lebih ramai dari penonton di stadium paroi?.... kahkahkahkahkahkahkahkah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...