Skip to main content

Australia sedia uji poligraf kepada Anwar dan Eskay.

Melbourne 2 Mei - Melbourne Islamic Trust, sebuah pertubuhan Islam di sini sedia membantu menyelesaikan masalah terbaru umat Islam Malaysia yang kini semakin meruncing. Mereka sedia menjadi penganjur kepada ujian poligraf yang bebas dan adil kepada kedua-dua pihak, Anwar dan Eskay.

"Kami sungguh sedih dengan keadaan ini. Impak yang diterima pelajar dan anak-anak berkenaan dengan tuduhan seks ini sangat besar. Ia juga telah menyebabkan ilmuan Islam Malaysia berbeza pendapat. Kami berpendapat, masalah umat Islam Malaysia masalah kami juga."

Sebelum ini, Mohd Asri, bekas Mufti Perlis mencadangkan Anwar bersumpah mubahalah. Kemudian berbeza dengan Mohd Asri, Mufti Perlis sekarang, Dr Juanda Jaya menyatakan Anwar tidak perlu sumpah laknat. Cukup sekadar menafikan dengan nama Allah.

"Wallahi, tuduhan itu palsu. Cukup sekadar itu sahaja." Jelasnya.

Tidak lama selepas itu, seorang lagi ilmuan Islam yang dilihat neutral, yang turut mengendalikan laman web www.zaharuddin.net, turut mencadangkan Anwar bersumpah menafikan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Saya cenderung kepada DSAI PERLU BERSUMPAH BIASA SAHAJA dengan NAMA ALLAH MENAFIKAN BELIAU ADALAH INDIVIDU DI DALAM VIDEO SEKS YANG DIDAKWA."

Melihatkan perkembangan yang menunjukkan Anwar masih enggan memilih pendapat ilmuan Islam yang menyelesaikan sedikit sebanyak kekeliruan umat Islam, Melbourne Islamic Trust muncul dengan mengsyorkan poligraf sebagai satu kaedah selepas Anwar enggan bersumpah. - Agensi Berita Fakap

Khaakkhh Ptuih! Jangan mimpi la bro..

1. Suruh sumpah laknat, takut.
2. Suruh sumpah nafi, takut.
3. Suruhanjaya Siasatan Diraja, takut.
4. Suruh tunjuk jam Omega, takut.
5. Suruh nafi Eskay bukan rakan dia, takut.
4. Poligraf pun takut.

"Saya telah dinasihati oleh Tuan Guru bla bla bla. Saya telah mendapat nasihat ulama Indonesia, saya akur dengan pendapat Yusuf Qardawi.. bla bla bla.."

Jual nama tokoh jer pandai. Tak kesian ke kat anak2 kita. Anak2 muslim kita yang keliru. Mak gua Guru Besar bai... Impak kes Anwar yang enggan bersumpah ni, kepada murid2 sekolah, besar lu tau tak.

Apa? Yerla.. yerla.. esok gua cerita lain plak.

Comments

  1. BRO,

    KO BUKAN TUNJUK BLUE. KO SEDANG ANALISIS MANUSIA BERNAMA NUAR BRAHIM DAN ITA JUGAK. TERUSKAN BRO SAMPAI GAMELAH...

    ReplyDelete
  2. Woit bdk duka...lu ingat Muhammad SAW dan Sahabat2 tak runsing/resah/gundah ke menghadapi fitnah Aisyah...zaman tu budaya Arab ni kalo lu nak tahu... apa2 pun nak bg caya seme sumpah... even non-muslim pun sumpah guna Allah... tapi takdo nya dia resort kat metod gitu... lu bygkan macamana dia nak mengurus persepsi kt masyarakat sekeliling (sahabat2, kaum keluarga, orang awam, musuh2)... nak tido pun tak leh beb...munajat ke Allah je yg tenang...sampai la ketika turunnya Surah An-Nur..kalo lu tgk surah tu complete permasalahn zina ni.. guidance dia...dari cara menerima berita/fitnah,siapa,bagaimana,sabitan, hukuman complete...(kesesuaianya merentasi zaman n teknologi... kalo zaman robot sejibik lu pun nanti...tak leh dio nak kencing org2 yg beriman ni).... tapi lu ingat masa turun tu senang2 ke public nak terima surah ni..macm2 tuduhan/fitnah musuh lagi ada la... persepsi ttg ianya dicipta sendiri utk menyelamatkan kroni di highlitekan...masa tu mana geng2 munafik nampak jelaslah...yg 100% beriman je yg percaya kt Muhammad SAW..lu ingat Muhammad SAW utamakan persepsi ke arahan dari pencipta...
    Pasal Anwar..... dlm permasalahan ni dia ikut apa yg dibuat Muhammad SAW seperti apa diperintah Allah...tu yang kita sokong..pasal niat dia..kita bersangka baiklah.
    (Pasal Muhammad SAW dan Sahabat resah/runsing/gundah logik la sbb masa tu blm turun surah An-Nuur ni... tapi kalo skrg ada orng awam/ahli agama pun kaco bilo tu nama dia super bangang).
    Org benar pasti akan Allah bantu cara/apa bantuannya tidak semestinya seperti apa yg kita jangkakan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.