Skip to main content

Tumbang BN di Sarawak, kompom demo BERSIH catat 1 juta orang.

Oleh : AdukaTaruna

Dapat kecilkan kerusi BN dari 2006 adalah menang pada gua. Tahniah kepada semua dari Anwar PKR, LGE DAP sampai Hadi PAS. Paling penting kepada semua rakyat Sarawak.

Dapat nafikan majoriti 2/3 BN adalah bonus pada gua. Kompom Najib tak jadi PRU13 tahun ni. Kompom demo BERSIH Jun ini mencatat 1 juta manusia. (Insyaallah adalah mutlak kepada word kompom).

Dapat tumbangkan BN Sarawak adalah ajaib pada gua. Kompom Taib Mahmud disekat oleh UTK dari meninggalkan negara. Jet peribadi tidak dibenarkan berlepas. Taib Mahmud akan senasib dengan Khir Toyo.

Bagi mengembalikan sokongan rakyat Selangor yang marah kepada Khir Toyo, UMNO dakwa dia ke mahkamah.

Bagi mengembalikan sokongan rakyat Sarawak yang marah kepada Taib Mahmud, UMNO akan dakwa dia ke mahkamah.

UMNO paling kuat di dunia, Johor, boleh berkira2 menjadi PM. Shahrizat sujud syukur kerana peluang menyingkirkan Rosmah adalah cerah. 70% ahli UMNO akan ambil kesempatan dengan menekan Rosmah.

Comments

  1. Bro.

    Paling penting kita nak tengok undi Melayu S'wak kepada PR meningkat atau tak. Kalau Cina bandar gua tak heran.

    Pada gua, PRN S'wak tak boleh dijadikan pengukur tahap sokongan rakyat Semenanjung.

    Undi rakyat S'wak tak dipengaruhi oleh isu nasional ( video sex, SPR, SPRM etc. ). Concern mereka ialah isu tempatan ( tanah adat, utiliti, Taib Mahmud etc. ). Sedangkan rakyat Semenanjung concern dengan isu nasional ( mungkin sebab negeri S'wak yg besar sehingga isu tempatan mereka adalah isu nasional utk negeri sebesar itu. Apabila isu tempatan selesai, mungkin concern mereka beralih kepada isu nasional di Semenanjung ).

    Sokongan rakyat S'wak kepada PR berhubung isu tempatan belum tentu dapat mengekalkan / meningkatkan / mengembalikan sokongan rakyat Semenanjung kepada PR berhubung isu nasional.

    Cer kita tengok antara isu di S'wak :

    Isu utiliti
    Kira peratusan kawasan di Semenanjung dan kawasan di S'wak yg masih minum air hujan & pakai lilin. Nisbahkan antara kedua2 tanah besar ini. Sudah pasti peratusan S'wak lebih tinggi.

    Isu Ketua Negeri
    Namakan ketua negeri di Semenanjung yg tempoh perkhidmatannya melebihi Taib Mahmud. TGNA 21 tahun, tapi gua tak rasa isu ni boleh swing pengundi Kelantan.

    Isu tanah adat
    Isu ni khas utk rakyat S'wak. Tanah milik rakyat dirampas kerajaan negeri. Di Semenanjung, tanah yg memang rezab kerajaan, cuma nak diambil balik.

    So ketiga2 isu tempatan di S'wak ni boleh ke kita harapkan utk menawan hati pengundi Semenanjung utk mengundi PR? I don't think so.

    Be realistic. Masih banyak isu tempatan yg belum diselesaikan kerajaan negeri PR. Masih banyak isu parti di peringkat nasional yg masih belum diselesaikan, especially PKR dan PAS. Tu belum masuk nak counter setiap isu yg diputarbelit media BN. Jangan harapkan gelombang S'wak, baikpulih dulu parti dan kerajaan negeri masing2.

    PR jangan lupa kekalahan berturutan di Galas, Tenang, Kerdau & Merlimau. Jangan lupa kemenangan tipis di Manek Urai.

    Adakah gelombang di S'wak boleh menawan kembali hati pengundi Galas selagi isu tempatan belum diselesaikan kerajaan negeri?

    Adakah gelombang di S'wak boleh mengubah hati Melayu Felda di Tenang, Kerdau & Merlimau?

    Adakah gelombang di S'wak boleh mengembalikan kepercayaan pengundi Cina yg memangkah PAS selepas berlakunya fitnah UG?

    Adakah gelombang di S'wak boleh memuaskan hati pemimpin & ahli PKR berhubung isu pemilihan 2010?

    Silap2, gelombang di S'wak dijadikan modal oleh segelintir pemimpin yg bermasalah utk terus berkuasa dalam kepimpinan tertinggi PKR dan PAS, walaupun tanpa sokongan ahli dan ditolak pengundi. Haha.

    ReplyDelete
  2. nok tekan Rosmoh dengan benda bhai?larat ke..?aishh

    ReplyDelete
  3. RPK yg selama ni hidup bagai pelarian tetiba buat kejutan. Lu ingat org S'wak ada kisah? Takde bai, diorang kisah kat Taib Mahmud je.

    Tapi utk org Semenanjung, PR kena counter la isu ni. Gua bimbang RPK ni bukan saje senjata akhir, tapi ada peluru2 akhir yg lebih berbahaya. Mukadimah dah nampak. Kalau betul ada, jangan gunakan pada malam sebelum PRN S'wak, takde makna bai. Ngabih boreh je. Org S'wak tak kisah. Guna utk PRU je nanti, hehe.

    Usahawan karpet Pakistan pun boleh beli RPK dengan RM 50,000 + notebook, berapa agaknya offer Najib. Pakcik kayo!

    Habis PRN S'wak, gua harap sekembalinya pemimpin PR ke Semenanjung, sama2 berhimpun dan bela kematian Ahmad Sarbani. Engange dengan kesatuan kakitangan Kastam. Lead group pembelaan ni.

    Ada sedara gua bestpren dia. Memang semua tak percaya bai. Seorang imam yg hidup sederhana dan pegawai yg paling bersih di kalangan rakan2 sekerja, boleh bunuh diri? Jamban punye SPRM.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.