Skip to main content

Tragedi seram Bukit Putus.

Oleh : AdukaTaruna

Ni kira catatan lama gua nih. Jalan Bukit Putus skang dah macam highway.

Gua terima kol tadi. Member gua. Nombor public phone. Member gua pun dulu ada cakap tu no public phone. Dia cakap 2 nombor terakhir tu, kalau ditambah menjadi (bape ntah lupa) adalah no public phone.

"Guaa takder duit ni. Public phone. Kete gua rosak kat Ulu Bendul. Bawah sikit dari Ulu Bendul. Kat restoran. Tolong gua..."

Tut tut tut..

Terus putus beb. Ekeleee...

Wa cam suara siapa. Takder duit? Public phone? Takder syiling la nih. Sape suruh tak isi minyak Petronas Xtra. Kalau tak syiling follow kete lu.

Suara macam member gua si Wan. Gua pun sms adik si Wan, cakap kejap lagi gua datang ambik, kete abang dia rosak. Dia cakap ok. Dengan lelaki memang senang. sms jer, terus paham dan on. Tapi kalau pompan, tu diaa..... berjela story kena jawab.

Kena lalu Bukit Putus ni beb. Pukul 12 malam dah ni. Mase zaman jahiliyah dulu, member gua pernah kena kejar dengan orang tua naik basikal beb. Mase tu dia nak buang body RxZ curi. Kena kejar beb. Cane laju la ambil coner kat Bukit Putus tu, org tua tu tetap saing sebelah lu. Dia la, gua takder pengalaman. Tapi orang tua naik basikal memang femes la kat Bukit Putus era2 zaman rempit gua dulu. Skang ni takda kot. Maybe orang tua tu dah beli LC. Tak pun beskal dia kena rembat.

Lepas gua ambik adik member gua tu, gua terus menuju Bukit Putus. Gelap wooo... hutan simpan ma. Setelah bertukar menjadi Karamjit Sigh, gua selamat melepasi Bukit Putus. Bawak slow. Mana kete member gua ni?

Pendek cerita, gua jumpa. Satria silver. Member gua lambai2. Bebudak kampung lepak kat restoran tu usha kitorang. Ni bebudak kampung Aboy Gemok la nih. Hahahaha.

Kete semput2 beb. Macam 3 piston jer jalan. Jalan mmg boleh jalan. Tapi nak daki Bukit Putus tu memang tak lepas.

"Tak lepas ni wan. Tinggi bukit kat 'tengkolok' tu."

"Takper, lepas kot. Lepas tu dah turun bukit dah."

Memandangkan gua tak tahu apa pasal engine kete, gua wala' jer la. Adik member gua bawak Satria, abang dia dok sebelah. Gua follow dari belakang. Pasang double signal.

Memang slow beb. Gear satu ma. Sampai kat bukit tengkolok tu, kete dah takleh gerak dah. Memang takleh panjat punya. Gua dah cakap. Gelap ni wooo... jangan orang tua naik basikal tu buat kelakar dah. Le tour de Langkawi dah lepas dah ni. Jgn nak memandai2 lalu depan kitorang pulak. Kalau org tua tu muncul, gua jual nama Haron Din jer beb. Tak kira gua. Gua cakap jer gua budak Rusila. Nak kena penampar from behind sila lah.

Selaku pakar motivasi kat situ, gua bagi 2 solution. Tarik atau patah balik.

a. Kalau tarik, rantai takda. Terpaksa potong seat belt buat tali.

b. Patah balik, park kereta rumah member wa. Si Aboy Gemok. Kena kol dia dulu. Dia dok Nilai. Menyusahkan mak mertua dia plak. Kalau tak nak, park jer kat memana yang rasa selamat.

Last2, potong seat belt. Kete gua tarik satria. Masalahnya, si 2 beradik ni buat hal. Tak nak sorang2 drive Satria. Pundek! Penyudahnya diorang dok dalam Satria, Gua sensorang tarik. Berat ma. Kejap2 pandang cermin. Kalau ada penumpang, memang wa lari masuk Satria kat belakang tu. Hahahaha.

Tapi kalau tetiba ada Hassan dan Nasha, memang sah gua lempang muka diorang laju2. Logik bai diorang muncul time tu. Sebab diorang ni pakar perjumpaan dalam gelap. Bukit Putus memang gelap plak tu.

Tarik punya tarik, alhamdulillah sampai gak kat bahagian menurun. Kitorang berhenti dulu. Nak wat keputusan. Nak biarkan Satria ni menurun sendiri, gua follow belakang ke; atau biarkan dalam keadaan gua masih menarik Satria nih.

Kalau masih menarik satria, kena hati2. Enjin mati, break kaki tak makan, steering berat. Kena main handbreak. Tali tu pendek. Silap2 berlanggar pulak.

"Gua ingat biarkan camni la. Bawak slow2. Kena main handbreak la."

"Lu bawak Satria la Ngah. Tak pandai gua."

Ok lagi beb. Masalah sekali lagi 2 beradik sehidup semati ni, 2-2 naik kete gua. Gua sensorang naik Satria. Terus gua teringat orang tua naik basikal. Adoiii yaiii..

Pendekkan lagi cerita, kitorang pun bergerak slow2. Kete lain memang hampir tiada. Kalau ada pun peduli apa diorang. Sama gak kalau wa pon. Hahaha. Kalau Pekida lain la. Park kete tepi jalan, dan buka 3 pintu. ///

Bawak slow2. Bukit Putus masih panjang. Terasa pulak panjang Bukit Putus ni. Dulu mase wa zaman motor, wa rasa macam pendek jer. Ngeeee...

Tengah2 laluan Bukit Putus, tetiba belt tadi tercabut. Member depan nak berhenti, tapi kan menurun. Kereta Satria tu meluncur laju. So, tak payah la berhenti. Dia terus jalan la. Takan nak break pulak.

"Jalan...!!! jalan...!! jalan....!" Gua jerit dari belakang. Member wa kat depan teragak2. Belt tu putus sebelah wa. So, kete depan terjurai la tali tu. Kalau dia tak laju, tayar Satria ni pulak langgar tali tu. Mau jadi bumblebee plak Satria ni kang.

Gua keluar kepala, gua jerit dengan kuat.

"Laju Wan! Laju Wan! Laju Wan!"

Pastu gua dengar adik dia pulak jerit.

"Laju bang! Laju bang! blah! blah! blah!"

Terus mangkuk 2 beradik tu laju sampai hilang beb. Isa Samad korang. Tinggal wa ni beb. Akkalaa........

Jangan kau muncul orangtua basikal!

Jangan kau muncul orangtua basikal!

Jangan kau muncul orangtua basikal!

Ni kalau orang tua beskal tu tetiba muncul sebelah pintu gua, memang gua bukak pintu tu kasi dia menyarap atas jalan. Kena plak orang tua tu kepala dengan usus jer... pergh... gile seram nih. Cecepat gua tekan butang power windows.

Waaarghhhhhhhhh!!!!! Tingkap sebelah gua tak naik. Kena bantu dengan tangan. Isa Samad punya Proton!!!!! Tengok cermin belakang. Warghhhhhhhhh!!!! Gelap wooooooo...

Bila sampai bawah, dah ada lampu jalan, wa nampak diorang berhenti. Jibauk 2 ekor ni mesti ditempeleng. Gua nekad. Wajib. Itu ijtihad 2 pahala gua. Wa terus parking tepi. Belum parking pun, 2 jibauk tu meluru keluar dan berlari ke arah gua dalam keadaan tercungap2..

"Apsal Ngah? Apsal? Lu nampak orang tua basikal tadi ke?" 

Pundek!

Comments

  1. kalau lu nak tau public phone ke tak....
    2 digit kat belakang tu lu tambah jadi 11... tu public phone la....
    contohnya kalau no tepon camni... 09-7662356....
    5 + 6=11 .... tu no tepon public phone la....
    tapi kalau lu tambah 5 + 6 tak kuar no 11....
    maknanya kalkulator lu rosak.... kahkahkahkahkahakh

    ReplyDelete
  2. cis!!! cis!!! cis!!!

    punyalah konsentret aku baca dengan feel seram yang tidak terhingga... last-last perut aku keras!!!

    cilakak lu bagi jiran aku ketuk dinding tengah malam camni sebab aku gelak kuat!!!

    ReplyDelete
  3. hahahaha...hahahah..lol...

    sakit perut suri baca citer nih... kelakau gilerrr.. gelak sampai kuar2 airmata!!! seyeeesss tau... lawak la...

    tapi mmg paham sgt situasi kat bukit putus tu dulu.. mmg serem.. byk jgk kenangan serem kat situ...

    ReplyDelete
  4. bukit putus tu patut buat filem drift jer. Kona tahap U-turn bai.

    ReplyDelete
  5. kelakar giler...
    tak tau nak imaginekan yng part turun bukit laju2 smbil terbayang orang tua naik basikal. hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu