Oleh : Nota Merah
"Tengah tengok 'amah' Indonesia ke?"
PRN SARAWAK | Takut dengan peranan Free Sarawak Radio dalam meniupkan kesedaran di pilihan raya negeri Sarawak ke-10 mendorong Putrajaya hari ini bertekad mahu menyiasat juruhebah radio bebas itu lalu mengambil tindakan undang-undang kelak.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diminta menjalankan siasatan lanjut ke atas juruhebah terbabit.
Kementerian Dalam Negeri turut dimaklumkan mengenai tekad Putrajaya yang kini masih diteruajui oleh Umno Barisan Nasional seakan mahu ‘bunuh’ radio bebas tersebut.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan projek Kampung Wifi Nanga Machan di bandar Nanga Machan dekat sini hari ini, Rais berkata sekiranya siasatan itu membuktikannya, kementerian akan melaporkan perkara itu kepada Pejabat Peguam Negara untuk diambil tindakan.
Rais mendakwa stesen radio yang beroperasi secara rahsia itu dilaporkan bersiaran dari London, dikatakan menggalakkan pendirian antikerajaan di kalangan rakat Sarawak di samping mengkritik pemimpin-pemimpin negeri dalam siarannya yang disiarkan dua kali sehari.
Dalam perkembangan yang sama, Bernama melaporkan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini membuat laporan polis di Kuching bagi membolehkan SKMM memulakan siasatan kerana berang dengan radio bebas itu.
“Kami tidak boleh secara sembarangan menghentikan mana-mana isyarat daripada sumber internet atau menerusi frekuensi gelombang pendek kerana ini termaktub dalam Konvensyen Hak Asasi Manusia Geneva.
“Daripada segi kritikan, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Kita tidak harus berasa terlalu cemas sama ada mereka berkata benar atau sebaliknya,” katanya.
Mengenai kritikan oleh pemimpin pembangkang mengenai projek Kampung WiFi adalah tidak praktikal kerana menggunakan banyak tenaga kuasa, Rais berkata perkara itu tidak benar dan ini hanya mencerminkan kejahilan mereka.
“Projek Kampung Wifi menggunakan tenaga minimal kerana ia menggunakan “Very Small Aperture Terminal” (VSAT) iaitu sistem komunikasi berasaskan satelit.
“VSAT dengan mudah boleh hantar isyarat ke komputer dan komputer riba,” katanya.
Rais berkata dakwaan bahawa ia menggunakan banyak tenaga kuasa hanyalah retorik politik pemimpin pembangkang seperti setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
“Beliau mungkin dengki bahawa usaha SKMM mengagihkan komputer notebook dan pewujudan Kampung Wifi kini amat berjaya. Bukan menjadi dasar kerajaan untuk melaksanakan sesuatu yang tidak praktikal atau akan membebankan rakyat,” katanya.
“Selamatkat Sarawak, Taib Mahmud Simbol BN Khianat Rakyat”
“PRU13: Satu undi pada Umno BN adalah SATU PENGKHIANATAN terhadap nasib rakyat!”
MCMC ni mmg gitu.. Majlis kat TV yg melanggar syariat, tk da tindakan. Org ckp pasal kebenaran, tegas betul tindakan diambil.
ReplyDeleteJgn igt pemuda melayu semua terima je maksiat yg ada kat TV zaman sekarang. Ada yg prihatin dan menyimpan dendam..
P/S: Sedih dan malu bila TV tunjuk budak2 kecik nyanyi lagu kat majlis yg grand.. Malu smpi tk tau camne nk komen.. Kalo generasi masa depan sampah, ak tau dah nk jawab mcm mana.
nak lihat masa depan sesuatu bangsa,lihat lah anak muda bangsa tu
ReplyDelete