Skip to main content

Tidak ada lelaki itu dalam jemaah Islam Melayu.

Oleh : AdukaTaruna

Seorang lelaki muda. Berpendidikan tinggi. Berakhlak baik. Genius dan licik. Terpanggil menentang peneraju jemaahnya, lillahitaala. Kerana Allah. Walau tahu berada dalam arus terbalik dan songsong. Taboo apabila meminta amanah dari orang lemah yang memudaratkan.

"Saya tahu kemungkinan saya kalah adalah tinggi dalam suasana terbalik jemaah Melayu muslim ketika ini. Saya tahu saya seakan menggali kubur karier politik dengan tampil seperti ini. Tetapi, ketahuilah, sesungguhnya, saya terpanggil demi tadjid kerana Allah. Saya tidak menjadikan politik itu sebagai karier sebagaimana saya tidak kisah ianya terkubur kerana ini."

"Seperti PAS yang meminta amanah dari UMNO dengan sekian sebab, saya juga meminta amanah dari Presiden PAS dengan sekian sebab. Ini adalah manifesto saya. Tadjid demi Allah. Dalam menyediakan satu sistem terbaik jemaah untuk generasi akan datang."

[1]
Tadjid pemilihan.
1. Perwakilan dipilih ahli sendiri. Bukan secara tuding2 jari dalam mensyuarat sesama puak sendiri. Ada pemilihan untuk menjadi perwakilan. Macam biasa, Majlis Syura punya power veto. Calon2 yang bertanding anytime boleh dibatalkan dengan hujah bertulis. Guna dakwat kekal. Pengiraan undi secara terbuka.

Kerusi2 pimpinan pusat dipilih oleh perwakilan, yang telah dipilih oleh ahli. Guna dakwat juga. Pengiraan secara terbuka. Bukan macam skang. Tertutup, lewat dan sangat2 mengundang fitnah. Macam biasa, Majlis Syura punya power tertinggi. Calon2 yang bertanding anytime boleh dibatalkan dengan hujah bertulis.

2. PAS negeri pilih PJ sendiri. Supaya saya sebagai Presiden tidak boleh membuka ruang2 untuk selesa berlaku tamak kuasa kepada saya sendiri. Jika PJ saya pilih, sudah tentu ketua cawangan org2 PJ. Sudah tentu perwakilan yang menentukan kepentingan parti pun akhirnya orang2 saya juga.

3. Membela unit amal melalui ekonomi. Selama ni Unit Amal ni dah macam tenaga kerahan. Tapi tiada pembelaan ekonomi. Puluhan tahun duit derma hangus tanpa mampu diternak dan diberanakan.. Derma, derma dan derma berpuluh tahun.

Saya mencadangkan perniagaan francais. Bila francais, bermakna dibimbing oleh ahli dalam peniagaan. Kalau ahli dalam politik berniaga, dibimbangi menjejaki KOHILAL. Berapa orang Unit Amal? 100 000? Sepatut kini sudah ada 50 cawangan francais bagi membela 100 000 Unit Amal. Kalau tak mampu dari segi gaji, dari segi perlindungan insuran tetap atau unit trust pun satu target yang munasabah untuk 10 tahun permualaan.

4. Adakan hizbah atau KPI atau apa sahaja istilah yang sesuai. Jika saya Presiden, berapa kali saya ke luar negara, dan berapa belanja party yang saya gunakan. Berapa kali saya keluar negara ketika parti menuntut Presiden berada di dalam negara menguruskan isu. Berapa kekerapan penjelasan saya sebagai Presiden per isu. Semuanya direkodkan oleh Unit Khas ini. Ada statistik.

Kemudian, kira jumlah masa untuk party per hari termasuk masa dalam perjalanan. Berapa lama dia sampai ke ceramah / program, berapa lama dia berada di situ. Puratakan dalam sebulan. Then, bandingkan dia dengan jumlah isteri dan anak2. Bahagikan baki masa dengan setiap isteri2, setiap anak2. Agak2 tidak layak untuk menjadi Presiden / Timbalan /, di mana dia memudaratkan kepada pencapaian jemaah Islam, unit ini akan bawa usul pecat ke Majlis Syura.

5. MP dan ADUN PAS diberi kursus intensif Public Relation.Buat satu polisi pengurusan media. Siapa yg berhak bercakap, bab2 yg dia berhak bercakap Semua MP dan ADUN PAS diberi kursus pengurusan Pejabat Perkhidmatan Rakyat. Kalau boleh biar betul dr segi Branding (signboard, warna,etc), tatacara pengurusan (respond time pada setiap kes rakyat,etc) dan lain2 lagi.

6. Isytihar harta kesemua pimpinan pusat, DUN dan parlimen PAS.

7. Presiden hanya 2 penggal sebelum automatik turun. Selepas sepenggal, dia layak bertanding semula sebagai Presiden. Setiap penggal ada pemilihan. Setiap penggal berjumlah 3 tahun. Bermakna, dalam 1 penggal PRU, mungkin 1 dan mungkin 2 pemilihan berlaku kepada party.

8. Mursyidul Am selagi diperlukan party. Anggota Majlis Syura pula dilantik secara syura sesama mereka.

Namun, dalam jemaah genetik Melayu, tiada lelaki seperti ini. Yang bersedia kalah demi tadjid dalam perjuangan Allah. Sangat berani untuk mengubah arus yang terbalik.


[2]
Dauble standard Islam oleh ulama Melayu.

Islam itu mempunyai 1 standard yang tetap. Tetapi yang menyadikan 2,3 dan 4 standard berbeza ialah tafsiran ulama.

Double standard 1.
Ahli PAS boleh kritik Presiden UMNO.

Bukan ahli PAS tidak layak kritik Presiden PAS.



Double standard 2.
"Kempen adalah dibenarkan, namun ianya sesekali tidak boleh memperlekeh dan memperburuk pihak-pihak lain. Cuma kena jaga adab, jangan perlekeh atau burukkan pihak lain." Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sumber : Harakahdaily

"Umpat yang dibenarkan ialah dedah keburukan lawan." Hadi Awang.
Sumber : Pemuda PAS


Double standard 3.
Apabila ulama meminta amanah, dibenarkan. Tidak kira ulama Melayu lebih lemah dari Abu Zhar sahabat Nabi saw atau tidak, tetapi asalkan ulama, ia dibolehkan.

Apabila bukan ulama meminta ulama, apatah lagi menyebabkan ulama lemah itu dikehendaki turun dari amanah, maka, standardnya ialah :

عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبدَ الرحمنِ لا تَسْأَلِ الإمَارَةَ فَإنَّكَ إِنْ أُوتِيتَها عن مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إليها وإِنْ أُعْطِيتَها مِن غيرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عليها

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)




Tidak ada lelaki itu dalam jemaah Islam Melayu.

Comments

  1. Dahsyat nko
    macam robot ada intel buildtin2side2.
    citer bab watak PAS camner priseden dipilih dan terpiih.Standard nko lak nadir! entah nol! alamak
    Per kata meh buat berakit ke Pulau Dayang Bunting.Kita ikat rakit nih sama2 dengan akar(akar tongkat ali pun k) kalau rotan nyelekk!
    lawak2 skit jer k

    ReplyDelete
  2. atiq: Etika berkomunikasi, guna bahasa yg org faham. English atau melayu, Perak atau Kuala Lumpur, gunakn bahasa yg org faham. Kalo artikel cite sal benda2 seharian xpe. Kalo cite mengenai hujah atau idea, elok guna bahasa yg "senang faham".

    Pasal tajuk, ssh politik nk berubah selagi dinasournya belum diganti. Kalo dinasournya pupus pun, golongan baru mgkin dh "tainted" dgn korupsi.

    ReplyDelete
  3. keh keh
    kan ker etikal diatas macam bahasa robot 1+2=3 tak macam tu sifat nya.
    aku ajak dia gi ke pulau bunting..boleh nazar dapatkan lelaki tuh hehe
    usaha ler jgn putus asa
    guna rakit pun tak aper daaa tak payah speed bot mahal tuh
    nak ikat rakit hadi(akar) pun tak per asal jadik keh keh
    Tak kan tak faham .. aku ikut tajuk ler tu

    ReplyDelete
  4. yg ada hanyalah lelaki ini atau bro dismen haha

    n3 mantap.lelaki itu perlu juga ada ilmu kebal iaitu tahan maki dari ahli pas sendiri

    lu silap type ke ni? "Apabila bukan ulama meminta ulama..."

    ReplyDelete
  5. A ah la Taliban. Gua silap. sepatutnya :

    Apabila bukan ulama meminta amanah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...