Oleh : AdukaTaruna
Maka, telah berkatalah Tantawi :
Sumber : FreeMalaysiaToday
[1]
Pada gua, dalam wadah undi jari ini, kemampuan untuk menarik sektor yang berkaitan dengan pangkat yang diberikan kepada seseorang itu sangat2 penting. Kemampuan. Yakni qowi. Allah sebut qowi dulu, kemudian baru amanah.
“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau upah untuk bekerja ialah orang yang Qawi (berkompetensi) dan Amin (bertintegriti)” [al-Qasas 28: 26]
Qowi tu kira keahlian dalam satu2 bidang la. Kalau bidang memancing, lain pula qowinya. Kalau bidang memasak lain pula qowinya. Jadi, jika jawatan Ketua Pemuda, dalam pula wadah undi, maka; qowinya haruslah berupaya membawa suara muda, pembaharuan, dan paling penting berupaya menarik sokongan anak muda. Jika tidak, keluarlah dari bidang undi jari, masuklah HT atau Tabligh.
[2]
Selain dari qowi yang dibincangkan di atas, Ketua Pemuda juga harus menjadi pendesak. Pendesak kepada jemaah itu sendiri. Fikrah old school akan luput per zaman. Dunia ini bukan milik old school, tetapi dipinjam dari generasi akan datang. Dan sempadan kepada time line zaman itu ialah ialah pemuda. Pemuda atau Ketua Pemudalah yang bertanggungjawab terhadap hak milik generasi akan datang dari cacat cela yang ditinggalkan old school.
Mari kita lihat :
Seperti hujah The Sniper, keadaan terkini pengundi Malaysia mengikut pecahan umur ialah :
60 tahun ke atas 27%
40 hingga 59 - 37%
21 hingga 39 - 36%
Orang tua semakin hari semakin berkurangan (meninggal dunia). Yang menggantikan ruang vakum itu (menjadi tua) datangnya dari umur pertengahan (40-59). Yang semakin bertambah ialah pengundi baru yang bergabung dengan pengundi muda.
Kemudian kita lihat genetik Cina yang bergerak / memperjuangkan idealoginya dalam landasan pembolehubah yang tepat. Kita lihat dulu, struktur organisasinya, dan kaitannya dengan umur.
Sumber : DAP Malaysia
Dahulu, di dalam DAP, ikon crowd puller kepada golongan muda (terbanyak mengikut pecahan pengundi), dan crowd puller terhadap golongan bukan ahli (pengundi tanpa party) mereka ialah Lim Kit Siang. Manakala Dr Chen Man Hin, Karpal Sigh dan Dr Tan Seng Giaw pula lebih kepada 'Majlis Syura' iaitu pemikir parti yang menjaga dasar.
Crowd puller kepada golongan muda adalah penting kerana mereka membentuk jumlah yang banyak dalam pecahan pengundi mengikut umur. Crowd puller kepada golongan tidak berparty juga penting kerana mereka membentuk undi tambahan yang besar daripada undi ahli yang sudah pasti dan tetap.
Apabila zaman berubah, muncul crowd puller baru bernama Lim Guan Eng, maka, Lim Kit Siang kini sekadar Ahli Parlimen. Lim Guan Eng diberikan tugas sebagai Ketua Menteri dan Setiausaha Agung. Melabelkan dan menjenamakan crowd puller mereka kepada lebel dan jenama DAP adalah penting.
[3]
Persoalan setakat ini ialah :
Ketika ini Bob Lokman pula. Apakah Tantawi akan membiarkan Bob Lokman bergerak tanpa ikatan tugas serta baiah seperti Akhil Hayy?
Persoalan seterusnya ialah :
Anda tidak akan berjumpa analisa dan persoalan ini jika tamat di Al-Azhar dengan segulung ijazah dan segulung serban. Apakah Tantawi mempunyai Qowi untuk mempersoalkan perbezaan ini?
SU Agung DAP - Lim Guan Eng
SU Agung PKR - Saifudin Nasition
SU Agung PAS - Mustafa Ali
Mari lihat lagi.
[4]
Masuk semula dalam DAP, seterusnya kita melihat di dalam strutur organisasi mereka, berapa banyak golongan old school dan berapa banyak golongan muda. Dari 31 jawatan organisasi, 20 darinya adalah golongan muda. 90% daripada calon2 pilihanraya mereka juga adalah golongan muda.
Bro MSO telah mencatat :
Sumber : Tinta Merah
[5]
Dunia semakin berubah. Saluran 1, saluran pengundi tua semakin kurang. Yang mengambil alih saluran 1 pula datangnya dari pertengahan. Saluran muda semakin meningkat.
Genetik Cina faham pembolehubah. Walau majority Cina di Malaysia tidak kenal Allah, tetapi mereka tunduk dan patuh kepada sunnah Allah. Ketetapan alam. Berusaha dengan usaha yang tepat untuk perkara yang dihajati.
"Lu tak faham Islam, Aduka. Kita tak menang sebab tak bersugi."
Genetik English juga faham pembolehubah. Pemikir pemasaran McD dan KFC mengiklankan kanak-kanak. Maskotnya juga bersifat mesra kanak-kanak. Pemikir pemasaran ais krim Cornetto, Coke, etc mengiklankan muda-mudi. Mengapa?
Jika anda memilih wadah undi sebagai jalan penegak Islam, anda perlu dapatkan kuasa teramai. Anda perlu himpunkan kuasa teramai. Setelah itu, barulah berpeluang untuk menjelaskan falsafah berat dan panjang mengapa dan siapa dan apa.
[6]
Tantawi... jika faham bahawasanya lu bukan manusia pilihan Ilahi, bermakna lu perlu tunduk kepada sunnah Allah untuk perkara yang lu hajati. Lu kena patuhi pembolehubah alam. Jika lu faham lu adalah manusia pilihan Ilahi yang mempunyai mukjizat atau karamah, barulah lu hanya perlu doa dan tunggu Allah bekerja untuk lu.
Jadi, tanya diri lu. Sebagai KP PAS yang memilih jalan undi untuk menegakkan sistem Islam, adakah :
1. Gua mempunyai Qowi untuk mendesak pemuda PAS diberikan tempat sekurang2nya 50% dalam hiraki?
2. Gua mempunyai Qowi sebagai crowd puller?
3. Gua mempunyai Qowi bagi melahirkan atau mengesan atau mengikat crowd puller?
4. Gua mempunyai Qowi bagi mendesak Presiden supaya berani berhadapan dengan anak muda, berani berhadapan dengan amukan isu, berani berhadapan dengan wartawan dan blogger. Lu lihat Anwar berhadapan dengan wartawan jam omega. Lu lihat TGNA berhadapan dengan wartawan / blogger ketika isu jumpa Istana Terengganu.
Jika anda layak, silakan kalungkan amanah itu ke lehermu. Sesungguhnya jawatan kepimpinan itu adalah suatu
amanah (yang ada kaitannya dengan hak-hak manusia), dan sesungguhnya jawatan kepimpinan itu (akan mendatangkan) kehinaan dan penyesalan (pada hari kiamat), kecuali orang yang memegangnya dengan (menyempurnakan) haknya serta menunaikan apa yang menjadi kewajipanya di dalam hal jawatannya itu.
Maka, telah berkatalah Tantawi :
“Jika masih diberi kepercayaan, saya akan mempertahankan (jawatan ketua pemuda PAS). “Tetapi jika ada orang lain yang lebih baik, saya akan memberi laluan,” katanya hari ini.

- Siapakah crowd puller untuk 2 golongan penting itu di dalam PAS?
- Di manakah kedudukan crowd puller itu di dalam party?
- Apakah Tantawi sekarang ini mempunyai elemen crowd puller?
- Setakat mana Tantawi sebagai KP PAS menyediakan satu mekanisme mengesan atau membentuk sendiri crowd puller.
Ketika ini Bob Lokman pula. Apakah Tantawi akan membiarkan Bob Lokman bergerak tanpa ikatan tugas serta baiah seperti Akhil Hayy?
Persoalan seterusnya ialah :
- Sejauh mana desakan dalaman Tantawi untuk menempatkan golongan muda dalam hiraki PAS?
- Berapa orang pemuda PAS yang menjadi ahli parlimen dan menjadi ADUN dalam PAS berbanding PKR dan DAP?
Anda tidak akan berjumpa analisa dan persoalan ini jika tamat di Al-Azhar dengan segulung ijazah dan segulung serban. Apakah Tantawi mempunyai Qowi untuk mempersoalkan perbezaan ini?
SU Agung DAP - Lim Guan Eng
SU Agung PKR - Saifudin Nasition
SU Agung PAS - Mustafa Ali
Mari lihat lagi.
[4]
Masuk semula dalam DAP, seterusnya kita melihat di dalam strutur organisasi mereka, berapa banyak golongan old school dan berapa banyak golongan muda. Dari 31 jawatan organisasi, 20 darinya adalah golongan muda. 90% daripada calon2 pilihanraya mereka juga adalah golongan muda.
Bro MSO telah mencatat :
Suasana di sidang akhbar bersama itu jelas sekali terpancar kegembiraan dari kalangan pemimpin DAP khususnya. Beberapa orang calon muda DAP yang menang juga turut samaa hadir. Mereka berdiri di belakang di sepanjang sidang akhbar. Kemudaan mereka menyebabkan orang tidak menyangka mereka adalah wakil rakyat dan mungkin akan menyangka sebagai anak para pemimpin.
Sumber : Tinta Merah
[5]
Dunia semakin berubah. Saluran 1, saluran pengundi tua semakin kurang. Yang mengambil alih saluran 1 pula datangnya dari pertengahan. Saluran muda semakin meningkat.
Genetik Cina faham pembolehubah. Walau majority Cina di Malaysia tidak kenal Allah, tetapi mereka tunduk dan patuh kepada sunnah Allah. Ketetapan alam. Berusaha dengan usaha yang tepat untuk perkara yang dihajati.
"Lu tak faham Islam, Aduka. Kita tak menang sebab tak bersugi."
Genetik English juga faham pembolehubah. Pemikir pemasaran McD dan KFC mengiklankan kanak-kanak. Maskotnya juga bersifat mesra kanak-kanak. Pemikir pemasaran ais krim Cornetto, Coke, etc mengiklankan muda-mudi. Mengapa?
Jika anda memilih wadah undi sebagai jalan penegak Islam, anda perlu dapatkan kuasa teramai. Anda perlu himpunkan kuasa teramai. Setelah itu, barulah berpeluang untuk menjelaskan falsafah berat dan panjang mengapa dan siapa dan apa.
[6]
Tantawi... jika faham bahawasanya lu bukan manusia pilihan Ilahi, bermakna lu perlu tunduk kepada sunnah Allah untuk perkara yang lu hajati. Lu kena patuhi pembolehubah alam. Jika lu faham lu adalah manusia pilihan Ilahi yang mempunyai mukjizat atau karamah, barulah lu hanya perlu doa dan tunggu Allah bekerja untuk lu.
Jadi, tanya diri lu. Sebagai KP PAS yang memilih jalan undi untuk menegakkan sistem Islam, adakah :
1. Gua mempunyai Qowi untuk mendesak pemuda PAS diberikan tempat sekurang2nya 50% dalam hiraki?
2. Gua mempunyai Qowi sebagai crowd puller?
3. Gua mempunyai Qowi bagi melahirkan atau mengesan atau mengikat crowd puller?
4. Gua mempunyai Qowi bagi mendesak Presiden supaya berani berhadapan dengan anak muda, berani berhadapan dengan amukan isu, berani berhadapan dengan wartawan dan blogger. Lu lihat Anwar berhadapan dengan wartawan jam omega. Lu lihat TGNA berhadapan dengan wartawan / blogger ketika isu jumpa Istana Terengganu.
Jika anda layak, silakan kalungkan amanah itu ke lehermu. Sesungguhnya jawatan kepimpinan itu adalah suatu
amanah (yang ada kaitannya dengan hak-hak manusia), dan sesungguhnya jawatan kepimpinan itu (akan mendatangkan) kehinaan dan penyesalan (pada hari kiamat), kecuali orang yang memegangnya dengan (menyempurnakan) haknya serta menunaikan apa yang menjadi kewajipanya di dalam hal jawatannya itu.
Bro... lu punya bahasa terlalu tinggi utk difahami oleh golongan ulama melayu yg berotak kecil. SU agung pas & umno lebih kurang sama tua (dah putus haid)
ReplyDelete