Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Apr 14, 2011

Real vs Barca semi la plak..

Oleh : AdukaTaruna

Kan ke tahap super sunday kalau Real vs Barca kat final. Manakala Man U bungkus awal. Muahahaha. Mampos kena maki dengan fan Man U nih.

Timbal balik kelab Sepanyol menentang kelab luar sangat membosankan. Yer la.. dah belasah tempat sendiri. Pastu main macam jibauk la kat tempat lawan. Cuba buat macam team N9. Tempat sendiri ke, tempat lawan ke, tetap jibauk forever. No double standard.

Real Madrid.

Player Real Madrid no 12 yang rambut ala2 Alleycat tu, pada gua tak layak la main Real Madrid. Control ball tahap EPL, kretiviti as player tengah pun tahap player England. Stakat laju macam biawak kena sergah dalam semak, bersepah player macam tu.

Game kali ni, kalau lawan tengah Barca, memang tak berfungsi la attacking midfield. Mampos la puak penyerang. Silap2, Alleycat tu terpaksa jadi defending midfield dengan Alonso.

C. Ronaldo gua tengok dan sebenarnya dah lama tengok, dia dah matang. Takda la berlakon mcm Mamak Putera UMNO, takda la mengamuk, tengking pengadil macam budak2. Bagus. Cuma rambut berminyak dan still bersikat rapi walau menanduk bola tu, gua menyampah. Huduh gile untuk usia macam dia. Dia kena lantik Jean Francois dalam akaun Facebook gua sebagai perunding imej.

Paling menyentuh semangat inkuri gua ialah teknik rembatan dia. Teknik yang sama time dia ambil free kick. Gaya macam sial. Macam sepak tak habis tenaga. Tapi bola dia melengkung ke bumi. Berapa banyak dia tewaskan keeper dengan teknik mcm tu. Terbaru keeper EPL kena. Pagi tadi. Gua ingat kalau gua dapat kuasai teknik C. Ronaldo tu, gua nak sepak kepala pengadil Ostolia time sukan Asia dulu.

Penilaian gua (5 bintang penuh)

Pertahanan (3.5)
Tengah (3)
Sayap kiri kanan (3)
Penyudah (4)

Barcelona.

Ini team peberet gua. Dulu peberet gua Real Madrid. Tapi sebab uncle Zidane duduk situ. La ni duduk kat meja mesyuarat jer, gua blah ke Barcelona. Janji bukan EPL. Hua3..

Paling gua suka tahap candu tengok kemahiran dan keyakinan tengah Barca. Xabi dan Iniesta. Kalau ball posision Barca adalah 60%, 90% darinya adalah Xabi dan Iniesta.

Falsafah Barca ialah tiada corak bertahan, tiada corak play safe. Kesemua game akan main menyerang. Tak setuju, tapi sangat2 menarik untuk ditonton. Juga berfalsafah no 50-50 ball. Boleh dikatakan tiada hantaran bola 50-50. Tiada keeper yang tendang jauh ke tengah, tiada coner kick, tiada hantaran jauh. Kesemua short pass, hatta conner kick pun short pass juga. Tak percaya tengok dan kaji la sendiri. Sekilas ikan di air, gua dah tahu Hadi layak ke tak layak dengan amanah Presiden bagi gerakan Islam yang memilih politik demokrasi sebagai wadah.

Penyudah pula tahap gaban. Messi yang dikawal minima 2 orang akan menyebabkan Villa selesa. Villa, Xabi, Iniesta, dan Alves adalah orang yang selalu menyumbat gol akibat agihan kekuatan pertahanan lawan yang lebih kepada Messi.

Cuma prob sikit dengan defend. Dah main stail menyerang, maka, defend terpaksa naik tinggi untuk support tengah. Defend kiri kanan plak selalu overlap. Maka, kekuatan defend Barca gua letakkan sangat lemah. Bahaya kalau lawan team penakut pukul curi ala2 Rusila macam Man U. Sangat2 bahaya.

Penilaian gua (5 bintang penuh)


Pertahanan (2)
Tengah (4.5)
Sayap kiri kanan (4)
Penyudah (4.5)

Fasa 1 Real Madrid vs Barcelona.

Gua ramalkan Jose (Real Madrid) akan main bertahan dan counter attack. Dia ada pengalaman menewaskan Barca dengan cara yang sama ketika pimpin Inter dulu.

Carvalho miss next match. So, kekuatan defend Real maybe kurang segram dua. Sikit jer. Tapi still boleh diambil kesempatan dari ketidakserasian akan penggantinya. Pendek cerita, gua ramal :

Real Madrid 1 Barcelona 2

Dengan situasi penguasan Barca menghampiri 60%. Serangan Barca bertubi2 tapi Casillas yang power menyelamatkan banyak cubaan. Gol Real Madrid dari counter attack. Banyak kad kuning dari Real sebab kena bertahan dengan keras.

1 comment:

Hanz Newman said...

Selama hidup ni event/game impiang ana ialah:

1. Malaysia layak masuk WC on merit. Tapi kut PM & tauke-tauke mana nak 'beli' FIFA & kita layak sebagai hos WC pun jadi la. M'sia boleh, kan?

2. PAS vs UMNO di Stadium Nasional Bkt Jalil. Atas tiket charitu kutip derma kilat ker, untuk mangsa tsunami ker, apa-apa aje la. Janji lawan kat padang, tengok sapa terer?

3. Team Blogger PR & pro-PR Versus Bloggers UMNO-BN... futsal pun ok.. Ada sapa berani organise ker? FAM? Boleh blah ..jgn harap!

Ho ho ho