1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

Apr 28, 2011

Projek Perumahan PKINK yang meragukan.

Oleh : AdukaTaruna

Cerita hangat yang berligar di kalangan belia Kelantan tempat gua ialah 1 projek perumahan kos rendah. Ada 2 type. A RM25 000, B RM35 000.

"Mu gi kak depe (depan) KB Mall. Beli borang dio, 2 ya samah (RM2.50)."

"Dengar2 projek under PKINK (Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan)."

"Weih Nal. Mana opis PKINK. Depan KB Mall?"

"Eh.. tak tau eh.. PKINK kat sebelah Pizza Hut."

Pagi tadi gua pun pergi la ke tempat yang dimaksudkan. Bangunan PKINK. Naik tangga, jalan sikit, terus tolak pintu. Eh.. berkunci la plak.

"Nok g mano be?" Sound 1 Pak Guard.

"Assalamualaikum be.. nak bertanyalah. Di mana mahu beli borang projek perumahan?"

"Abe tanyo di tingkat 4. Kalau takda, tingkat 8, deh."

Pendek cerita, satu umat pun tak tau cerita. Gua terus ke KB Mall. Parking area Court. Dan usha dari situ. Gua terpandang satu signboard KOPERASI PERUMAHAN RAKYAT KELANTAN BERHAD.

Gua lintas jalan dan menuju ke arah bangunan tu. Naik tangga sampai tingkat 3. Kena buka kasut la plak.. tionaseng. Seb baik receptionist cun.

"Assalamualaikum.. nak bertanya... di sini ke mohon rumah kos rendah?"

"Yer.. di sini.. tahu dari mana, yer?"

"Dari rakan2.."

"Ooo.. tapi be... untuk anak Kelantan jer."

"Untuk isteri."

"Ooo.. isteri.. sebentar yer."

Pendekkan lagi cerita.. gua dijemput untuk table talk oleh pegawai wanita dia. Mekap tebal. Nyaris2 gua ingat Rozita Che Wan tadik. Antara isi penting penjelasan dia :

"Skim perumahan ini untuk ahli koperasi. Jadi, setiap permohonan dikenakan pendahuluan RM2500. Automatik jadi ahli. Kemudian, kita akan temuduga untuk kelayakan."

"Kalau time temuduga tu, kelayakan kita tidak lulus, apa terjadi pada RM2500?"

"Kita akan pulangkan semula."

"Oooo.. ok. (Bull shit! Cakap jer senang)."

"Di mana tapak projek?"

"Di seluruh jajahan Kelantan, kecuali Gua Musang."

"Contoh jajahan? Sebab saya duduk di Pengkalan Chepa. Kalau rumah jauh tahap Jeli, rasa tak praktikal."

"Orang yang lulus temuduga sahaja yang tahu selepas mesyuarat agung tak lama lagi."

"Oooo.. ok. (tapak rumah punya rahsia macam nak buat makmal dadah)."

"Adakah projek ini ada kerjasama dengan PKINK atau kerajaan negeri?"

"Yer... kita ada kelulusan, dan ada hubungan dengan PK...."

"Tadi saya ke PKINK untuk.."

"Err.. sebenarnya ini adalah koperasi. Tiada kaitan secara rasmi dengan kerajaan negeri atau PKINK."

Shortkan story lagi, ca alif but.. gua lambung. Itu story gua.. apa2 hal lu siasat sendiri kesahihannya. Sokong gua ikut tajuk.

0 komentar: