Skip to main content

Pendapat gua mengenai Al Kitab.

Oleh : AdukaTaruna

Gua ditanya melalui sms. Pendapat gua mengenai Al Kitab. Bible Bahasa Melayu tu. Nak tulis secara berat, dah pukul berapa dah ni. Besok gua ada projek Langgar Kawasan Kuliah TGNA. Niaga T Shirt politik, ma..

Pada gua, apa2 hal, kita ikut Islam. Walaupun adakalanya kita rasa amat berat sangat dengan sistem itu. TG Harun Taib pun dah story berkenaan tiada salahnya Bible dalam BM. Hak mereka. Nash pun dah sound gak. Saiful Islam dan MAZA gua tak sempat riki.

Yang menjadi masalahnya pada gua, ialah sikap kita. Sudahlah bodoh, penakut pula. Sudahlah penakut, salahkan orang lain pula.

[1] 

FAM bodoh dalam meningkatkan mutu bola sepak. Kemuncak kepada tekanan, ialah Piala Asia dulu. Sampai anak sultan letak jawatan. Khairy pun poyo letak jawatan. Konon. Pastu tanding jadi Timbalan FAM. Lepas bapak dah takda, kena terajang secara mulia.

Ketika bola sepak Malaysia macam sial, Piala Merdeka yang berprestij, kejohanan yang berusia, yang pernah disertai oleh negara2 besar, dimansuhkan. Kerana apa?

Kerana bodoh. Tapi penakut nak hadapi akibat kebodohan. Dan kemudian salahkan sistem. Dan musnahkan sistem. macamn orang lembab bangun pagi, bodoh pula dalam memandu ke tempat kerja. Akhirnya musnahkan sistem punch card sebab selalu dapat merah.

[2]

Begitu juga dengan apa juga isu agama / kaum / pendidikan / ekonomi. Termasuklah Al Kitab Bible nih. Cuba Bible bahasa Melayu itu diserahkan secara percuma kepada pendidikan pondok2. Ada masalah? Takda. Malah, boleh dijadikan peluru debat pula.

So, Malaysia adalah satu negara yang punah secara total. Khusus dalam tajuk pembinaan modal insan. Pendidikan dan kekeluargaan. Budak2 sekolah module UMNO nak berhadapan dengan Bible Bahasa Melayu pun cuak? Itu yang sahabat Muhammad saw tak boleh imagine bila Muhammad try gambarkan dulu.

[3]

Tapi benda dah terjadi. Di panggillah waqi. Atau suasana. Suasana Malaysia. Berbezalah pendapat antara ulama. Sama seperti isu kalimah Allah. Antara yang bersandarkan waqi, dengan bersandarkan nas, mana yang lebih diutamakan?

Andai Bible Bahasa Melayu diharamkan. Yang mana lebih mudarat?
  1. Akidah umat Islam acuan UMNO yang boleh dipesongkan.Tapi mempunyai pilihan melalui kuasa yang ada untuk memperisai mereka.
  2. Mendatangkan perkara baru atas nama waqi, tetapi secara nyatanya mengubah ajaran Islam dalam tajuk keadilan. Bayangkan Muhammad saw mencetak Al Quran pelbagai bahasa di jajahan Islam Parsi, tetapi menghalang kitab agama lain dalam bahasa Parsi atas nama waqi di jajahan Islam Parsi.
  3. Bayangkan juga Muhammad saw berdebat dengan pendita Yahudi dalam bahasa Arab di hadapan audien Arab, dan menghalang pendita Yahudi membalas hujah dalam bahasa Arab, atas nama waqi. Yahudi itu perlu berbahasa Ibrani.
Ke guane bro? Pada gua, pembolehubahnya bukan Al Kitab dalam bahasa Melayu. Tetapi sistem. Dan antara nas yang membenarkan memilih waqi dengan nas yang direct kepada isu, gua berpendapat,  lebih baik memilih nas yang direct kepada isu.

Dari haramkan Al Kitab dalam Bahasa melayu, baik haramkan majalah Mangga lucah dalam bahasa Melayu terbitan Utusan kalau tak silap.

Wallahualam.

Comments

  1. Assalamualaikum...

    Pandangan Tuan tidak terarah pada semua aspek...

    Patut kena bahagikan pada 2 aspek yg positif dan negatif... yg positif seperti mana yg tuan hujahkan.. sy sgt setuju...

    Yg negatif bagi saya... lebih memudahkan org yg tidak kuat imannya terpesong kearah yg negatif(murtad).. sudahlah isu murtad di negara tidak terbendung pd ketika ini..(tidak dihebohkan-Pemimpin sedia ada tanggung nanti diakhirat)

    Renung2kan lahhh..

    ReplyDelete
  2. Isu ni mmg berat. Solusi yg susah, lagi susah dari nk ubah pentadbiran di Malaysia. Seperti yg bro kata, kalo kite halang, maksudnya kita tk amalkan "fair fight". Imej Islam akan terjejas teruk dan akan dikatakan penakut.

    Tp kalo tk halang, akidah umat kat sini, yg dh lg nipis dari epidermis bawang, mmg tk cukup. Setakat hafal buku teks Pendidikan Islam, saya yg B3 utk SPM, lg faham agama dari budak2 A1 kat KL. Modul SPM pun mcm tk menarik. Kena hafal nama kitab2 para imam tp contoh isi skit pun tkde pendedahan. Cara pemikiran pun tk penah disentuh. Stkat biografi, then what for?

    Masalah negara kita ni, lepas dh luluskan benda2 yg sensitif, xde follow up. Patut buat lar lg banyak kempen perbandingan antara agama. Konfem akan mendekatkn masyarakat kat agama yg benar. Ini tk, MCMC lg suka support artis Malaysia dr support ulama... apahai ar.

    ReplyDelete
  3. -AT,pnjelasan lu msih kurang jelas ar..aku fham cntoh2 yg lu cube kaitkan cume, utk keadaan skang dgn thap keimanan rakyat malaysia yg majoriti mngilai program AF dr Imam Muda adakah relevan bible dialihkn base dlm BM?..

    ReplyDelete
  4. RUJUK PANDANGAN DR HARUN DIN. ISU AQIDAH USAH BINCANGLAH. AKU PUN KENAI HANG TU SAPE.

    KALAU NAK BINCANG JUGAK, DALAM MAJLIS. ADA KITAB, ADA PAKAR. PAKAI LOGIK, MACAM MAT SABU JER LAH..

    ReplyDelete
  5. Cehh.. projek t-shirt ke projek bunuh syaitan. Gua saje SMS tepat jam 12 malam Jumaat. Gua dah agak lu memang tak reply punye. Waktu post 12:39 tu saje lu adjust, takde la org tanya di mana lu pd waktu tengah malam Jumaat? Tu blum gua tanya mana jam Casio Siam lu, wakaka.

    Gua takde hal pasal hak dan kebebasan Al Kitab. Gua faham penjelasan dr ramai ulama' dan mufti.

    Yg gua persoalkan, kenapa pihak gereja enggan setiap jilid Al Kitab didaftarkan, dicop dan diberi no. siri? Kenapa perlu rasa terhina? Al-Qur'an melalui prosedur yg sama, takde sape yg bising?

    Gua nampak pihak gereja sengaja ambil kesempatan dan mula provokasi. Ulama' dan mufti dah bg green light. Kementerian berlembut dan bersetuju dengan syarat didaftar, dicop dan letak no. siri. Eh, tak mau jugak puak gereja ni. Konon rasa terhina. Tang mana yg terhina tu?

    Kalau novel Harry Potter import minta pengecualian pendaftaran dan no. siri macam ni, kena herdik dengan Kementerian, takut.

    Tapi oleh sebab ini Al Kitab, ada sentimen agama. Apa lagi, ambil kesempatan la. Sampai di S'wak, Najib terpaksa melutut merayu undi mereka dengan janji penyelesaian isu ini.

    Gua tak nak timbulkan soal hukum. Itu dah panjang lebar diulas para ulama'. Gua timbulkan sikap pihak gereja yg naik lemak dan mula tunjuk belang dalam tolenrasi yg diberikan.

    Dalam bab ni gua setuju dengan tuntutan dalam memorandum PEMBELA. Toleransi dah diberi, cuma minta ikut prosedur je. Ape susahnya?

    ReplyDelete
  6. Luncai, ko neh agak melampau ble membabitkan ustaz harun din dalam isu neh? harun din cuma memberikan ulasan pengunaan kalimah Allah swt dalam bible. bukan nya isu bible di bm kan. kalau taktahu, cari tahu. jgn komen melulu. babitkan pula org2 yg beriman. benak otak ko neh. melampau betul.

    aduka taruna, add blog aku dalam link blog ko bro..

    amenoworld.blogspot.com

    tq

    ReplyDelete
  7. nak buat dalam bm ko, urdu ko, waima bahasa arab skalipun like his heart la! buat apo kito nok takut! semua kehidupe kito mula dengan takut.. tp tidok bertepat. takut oghe kato, takut punoh anok kito, takut rama pilih kristian, semua takut!!! pahtu sblm adonyo al kitab dale BM ado sapo2 takut dok?? kalu takut gapodio doh hok kito buat untk hile raso takut tu? toksoh g jauh ko perane pihak kajaan, KITO SEDIRI nih! gapo hok kito buat? ado kito baco KITAB KITO Quran? berapo kali sehari? tahu makno setiap ayat? sebanyok mano? ado g beguru? dgr ore ngajar? tahu tajwid? tahu kisoh d sebalik penurunan ayat2 dale kitab kito? ado aja anak2 kito? ado aja istiteri kito? ado jadi imam bila solat jemaah dgn anak ? isteri? keluarga? ado ko???? takut.. takut.. tapi takdok buat gapo pung! sapa bilo nok lagu ni? peristiwo ni aku anggap ujian Allah pado kito!! mungkin Dio tgk kito nih xse kelih pung! amalkan! ikut pun Quran, nah Dio tra test kito dgn al kitab! hohoho melalok kito maroh ko al kitab! tapi pegangan kito ko al Quran lagu mano pulok!!! lor nih xsoh dok tgk ko kerajaan! tgk mulo dari diri kito dulu!!! xsoh dok alik takut tok betepat jah!!

    ReplyDelete
  8. AMENOWORLD, AKU DAH BERDEPAN DENGAN HARUN DIN DAN BERTANYA, HANG ?

    ReplyDelete
  9. Mana cukup jumpa si Harun Din saja, Luncai..lu kena pi jumpa TGHH, sama..peluk cium laga pipi a la orang Arab sikit, baru kelas gitu ...hehe.

    ReplyDelete
  10. GOD=TUHAN=ALLAH......kenapa tak pakai tuhan je aaar?

    ReplyDelete
  11. pendapat gua aje......impacy benda ni bukan sekarang tapi 10,20,30 tahun lagi ...long term plan

    yg aku tak paham....semu translate dlm bahasa malaysia accept GOD jadi ALLAH....apasal tak translate ke TUHAN je?

    Lepaih nie ada nasyid Kristian pulak....baru la budak2 kita nyanyi " Aku mingikut MU, kemana- mana KAMU pergi.......( I will follow you...."..gerenti ramai budak tadika kat kampung nyanyi punya.....

    Amacam??? OK ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.