Skip to main content

MSO sudah menempah neraka untuknya.

Oleh : AdukaTaruna

Memula baca N3 Cenangau. Gua malas komen. Tak pasal2 PAS tuduh cenangau team dengan gua. Gua tak kenal Cenangau, so, gua try elak untuk menjadikan dia sebagai mangsa keadaan. Cenangau adalah ahli PAS yang aktif. Dan mungkin dia memerlukan hubungan sesama PAS dalam persekitaran arus semasa, dalam kehidupan dia hari2.

Kalau Wan Xi atau Fakaq gua kenal. Ni jenis rebus tak empuk. Kuliah Wan Xi kena sekat, dia tetap hidup dengan apa yang ada, tetap sokong PAS, tetap kritik PAS seperti biasa. Fakaq tersisih dari kerja, dia tetap hidup dengan usaha, tetap sokong PAS walau dipandang serong, dan tetap kritik seperti kebiasaan dia. Penarik Beca juga begitu. Dia sokong PAS atas perlembagaan, walau 1 juta ahli PAS maki dia. Dia tetap hidup dengan 4 kerat tulangnya.

Bro MSO telah menulis :

Jadi hari ini apabila Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menawarkan khidmat akan mengambil mana-mana Adun Pas yang menang sebagai anak angkat Pas Pusat, saya lihat ianya terlambat. Abdul Hadi bukan saja tertinggal bas ekspress tetapi turut sama ditinggalkan perahu untuk ke Beting Maro atau Sarawak.

Tawaran itu juga terbalik kuang, di mana seharusnya dibuat bukannya menanti Pas menang, tetapi sewaktu Pas Sarawak dalam kesusahan. Cara tawaran itu pula macam budak-budak yang berjanji dengan kawan-kawannya, kalau kamu menang aku akan bagi coklat. Inilah yang saya sebut sebelum ini akan kedangkalan minda presiden.

Kalau Pas sudah menang untuk apa dijadikan anak angkat lagi. Apakah Pas Pusat atau Pas Terengganu ada wang untuk membantunya? Rasanya tawaran itu bukan tawaran menarik lagi melainkan satu janji kebudak-budakan. Orang Sarawa mungkin dapat menilai sejauh mana keperluan untuk mereka memenuhi janji berkenaan.

Gua paling meluat manusia jenis sengkek idea, out kreativiti, intelek kaput, tapi duduk memegang amanah. Orang takda idea, tak layak, tapi pegang amanah yang memerlukan kriteria itu. Idea anak angkat bagi DUN yang menang adalah idea BN ketika Manik Urai. Ianya bukan berstatus falsafah, tapi manisan dalam ucapan.

  • BN buat Rakan Muda. Ada blue print, ada agenda. PAS buat Rakan Masjid. Kertas kerja pun takda. Program pun ntah ke mana.

  • BN buat Gelombang Merah. Nasib baik PAS Kelantan tak buat Gelombang Hijau. Kalau tak, gua maki jer.
Alih2, Presiden PAS paling kaput dalam sejarah, lontar idea Dun Angkat untuk Dun yang menang. Tepuk dahi gua bila gua baca Cenangau (sebab gua jumpa berita tu dalam Cenangau dulu dari yang lain). Punyalah banyak persoalan back fire berbangkit dengan idea bodoh macam tu. Memang jauh beza antara penghafal dengan pemikir. Antara keldai pembawa kitab dengan pemikir yang menunggang keldai sambil menulis kitab.

La ni, MSO, satu penulis yang dikenali ketika dulu menyokong kumpulan Terengganu pula bersuara hal yang sama. Walau terlewat, dari tulisan MSO, barulah boleh gua komen. Gua percaya, otai ni pun jenis rebus tak empuk juga dengan pulauan atau makian dari PAS sekeliling. Tak kira apa jenis arus.

Bayangkan kalau masa yang diambil Abdul Hadi Awang untuk melilau dan melayang ke luar negeri menghadiri pelbagai forum dan persidangan Islam antara bangsa, diambil untuk terbang dan melilau menjala ikan dan menternak budaya di Sarawak, sudah tentu manfaatnya besar kepada perjuangan Pas dan Islam juga. Kalau itu dibuat atau wang ke luar negara itu dilaburkan ke Pas Sarawak tentu Pas sudah berkembang di serata Sarawak.

Memang menempah neraka la... tu jer la yang boleh gua cakap.

Comments

  1. Hehehe.. Gua paling syahdu bila Hadi berpelukan dengan najib kat Sarawak.. Dalam hati Hadi masa tu mesti dia kata, sabar bro.. gua tak akan lupa ug.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Lu orang ni... suka sangat fitnah/kutuk Presiden PAS... Dosa tau...!!!!

    Ulama pewaris Nabi... ingat sikit... hahaha...

    ReplyDelete
  3. lu buleh tak kluar artikel pasal kickdefella...komen skit bro pasal kebangsatan pok sheikh tuu!!

    ReplyDelete
  4. Saya hieraki paling rendah dalm kasta Melayu, so tk leh komen pasal ulama. Tp mmg betul lar pasal "Memang jauh beza antara penghafal dengan pemikir." Mgkin itu sbb U kat Malaysia tk boleh jd top 100 walaupun research gempak gile, kurang pemikir di tahap sarjana muda, banyak penghafal jer. Solusi utk masalah ni mmg ssh, mmg kena start dr kementerian kalo tak, xde impact.

    ReplyDelete
  5. -Ni yg wa sbagai anak muda amat mngagumi n mnyayangi Hadi, hadi jrang komen isu2 smasa ngan cepat tp skali die wat ulasan/komen/cdangan mmg trserlah kebijaksanaan die,wa hrap sgt jwatan presiden pas tdak akan dipertandingkn smpai bila2,mmg btul tndakan husam musa mnarik diri brtnding jwatan pres pas, gile ape, wat nk kena maki ngan anak2 muda je husam ni ..

    -tanpa idea2 genius hadi nescaya anak2 muda smakin jauh ngan pas..

    ReplyDelete
  6. kerana tulisan ni,MSO telah mula direbus dek hardcore TKO..wakakaka..

    ReplyDelete
  7. MSO who? Dia tak tau ke kritik sorang ustaz apatah lagi ulamak spt TGHH tu, yg selalu berpeluk dgn ulamak-ulamak tersohor dunia & meeting di luar negara tu, 1 perkara besar yg hukum dosa?? Tempah tiket neraka jahanam, tu. Walau dia kata/cakap dengan hujah rasional yg betul & tepat sekali pun. Mesti wala & thiqah!

    Takkah dia tahu PAS maju di bawah ketiak TGHH selama hari ni? Dia duk bawah tempurung ker?

    oh sedap sungguh ayat 'sarcastic' gua kali ni.

    ho ho ho

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.