Skip to main content

Jika tidak kerana DAP..

Oleh : AdukaTaruna

2006 BN menang 63 dari 71.
2011 BN menang 55 dari 71.

1. DAP genetik Cina yang berjaya menang untuk kuasa idealoginya. Kreatif (siap cipta maskot 'ubah' lagi), tahu pembolehubah, kerja keras, etc.

2. PKR majority genetik Melayu yang laju dari segi nak menang (kerana terdapat campuran genetik Cina di dalamnya), tapi kemampuan fizikal / rohani tidak cukup. Banyak masalah.

3. PAS genetik Melayu yang lembab untuk menang (hampir 100% genetik Melayu). Keliru sama ada menang untuk tegakkan Islam, atau kalah dan biarkan Allah bekerja untuknya.

"Biar Islam kalah peringkat negara dan tertindas selama 60 tahun di Malaysia, asalkan ulama menang di peringkat parti."

Pernahkah setiap perwakilan PAS yang dikuasai PJ Negeri yang dilantik Presiden PAS tanpa demokrasi itu, melakukan solat istikarah atas tajuk :

"Dalam waqi terkini ini, layakkah Hadi Awang memegang amanah Presiden PAS?"

Bayangkan betapa besarnya dosa setiap perwakilan genetik melayu dalam PAS jika memilih sesuatu yang bukan ahlinya, dan bukan bukan qawinya; di mana ianya memudaratkan kuasa Islam.

Kepimpinan Ulama adalah bidaah ciptaan Melayu. Kepimpinan mengikut kasta adalah sesat. Dalam Islam, Allah menyuruh kita memilih qawi (keahlian / kelayakan) dahulu, kemudian baru amanah.Sifat wajib rasul yang 4 pula mewajibkan sifat Fatonah. Yakni intelektual. Bukan hafaz yakni penghafal.

 
“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau upah untuk bekerja ialah orang yang Qawi (berkompetensi) dan Amin (bertintegriti)” [al-Qasas 28: 26]





Comments

  1. PAS kena 5-0 ek?

    Alhamdulillah, asalkan Islam menang, sudah, kan?

    ;)

    ReplyDelete
  2. Orang sebut Anak Angkat, dia pun nak sebut Anak Angkat jugaaaakkk...

    Tu pasal gua cakap banyak persoalan back fire dari statement bodoh Hadi tu. Dari jadi anak angkat PAS, baik jadi anak angkat BN. Dah tentu BN pegang peruntukan negeri dan negara. Dah tentu BN memegang kuasa gubal. Orang suruh undi PAS pasal falsafah. Bukan ikut cakap manis ucapan BN di Manik Urai.

    ReplyDelete
  3. Gua dah cakap aritu. Kita sama2 tengok undi Melayu. Meningkat berapa peratus berbanding Cina bandar. Melayu Melanau ke Melayu Tenang ke Melayu Merlimau ke, gen tetap sama. Jangan tumpang bangga la dengan gerombolan hadirin ceramah DAP. They deserve that.

    DAP menang 12 dr 15 kerusi. Dalam tempoh 5 tahun (2006-2011), undi kepada PAS di Beting Maro cuma meningkat sebanyak 300 undi sahaja.

    Gua dan rakan2 tetap akan teruskan agenda menyediakan pengganti Hadi dalam muktamar PAS bagi 3 Kawasan di sini, walau tahu akan berdepan dengan 80% ahli Kawasan yg berkeras nak kekalkan Hadi. Selebihnya gua serah pada Allah yg Maha Membolakbalikkan hati.

    ReplyDelete
  4. satu perkara yang saya setuju ngn aduka, Hj. hadi sesuai murabbi, mursidul am. dari segi siasah politik, mahfuz omar, mohd sabu, husam musa, lebih sesuai menjadi presiden PAS, kerana mereka bertiga memahami gaya, sepak terajang dan macam mana nak menghadapi musuh politik PAS. cuma aduka kena percaya yang Allah akan membantu orang yang ingin memartabatkan islam di muka bumi. ahli pas tidak bodoh tetapi, patuh pada siasah islam yang memartabatkan takwa sebagai syarat utama menjadi pemimpin

    ReplyDelete
  5. Universiti Islam Yala anugerahkan Tuan Guru Hj Hadi sebagai tokoh Alim Rabbani..makin hari makin dikutuk puak pendengki, makin hebat Tuan Guru dihormati dan diiktiraf masyarakat antarabangsa...sepatutnya kita umat Islam Malaysia bersyukur masih wujud ulama seperti ini, pemimpin mursyid diiktiraf dunia..bersyukurlah ahli Pas memiliki Presiden seperti ini...yg bukan ahli tu boleh blah la..apa nko fikir kalau letak Mat Sabu jadi Presiden Pas boleh menang? nko beriman x dgn qada' qadar Allah? kalau Allah kata menang, kun fayakun je..bukan masalah siapa Presiden...mengaji lagi la ilmu Tauhid Rububiyyah..huhu

    ReplyDelete
  6. Mmg kalo "kun fayakun", biawak pun boleh makan polar bear. Bkn tk yakin dgn kuasa Allah tp tawakal tnpa usaha adalah hina. Sng cite, Mekah tu dulu, kalo nabi duduk diam jer, doa siang malam pg ptg, mmpu ke jatuh ke tgn org Islam? Teoritikalnya mampu sbb doa nabi peratusan tinggi dimakbulkn. Praktikal, nabi bkn stkat doa, dia hijrah, tubuhkan negara, wujudkan sistem pentadbiran, kehakiman, ekonomi. Asas dh kukuh baru pikir nk "lawat" mekah, bknnya terus main serang jer.

    Pengajaran sirah nabi, strategi penting. Askar Islam, walaupun nabi turut serta, pun boleh kalah kalo strategi out. Bkn ak cakap, sejarah yg mmbuktikan. Terpulang lar nk ambil pengajaran atau tidak.

    "Those who cannot remember the past are condemned to repeat it"

    ReplyDelete
  7. MaLin, akhlak mcm awaklah menyebabkan orang awam yang awak anggap jahil murakaf makin jauh dari islam. saya beri pandangan dengan bahasa yang baik awak gunakan kata kasar, dalam masa yang sama awak nak berdakwah dengan orang macam mana ni?sebab itu Allah hijab doa-doa pejuang macam awak ni. gunalah bahasa yang beradab skt

    ReplyDelete
  8. malin..klo mcm tu lu tak payah keje utk cari makan.
    biaq lapaq perut anak bini lu.
    tunggu je nasik dtg dr langit..bodosh! ^_^

    Allah suruh kita berusaha la bhai..
    Islam nak menang kena usaha.
    di Malaysia kena masuk pilihanraya..
    kena tubuh parti..
    kena ada organisasi...
    kena ada strategi utk tarik undi..
    termasuklah memilih pemimpin yg layak dan diterima ramai...
    kan ke semua tu berkait, ape la benak sgt lu ni malin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...