Skip to main content

Jangan bersedih gerakan tajdid PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Salam kepada semua penyokong gerakan tajdid PAS. Sama ada terbuka, atau tertutup.

Seperti yang kita selalu kongsikan bersama, PAS adalah kebetulan yang berada dalam satu2 zaman. Jika PAS tidak lagi relevan, sama ada Allah hadirkan tajdid di dalamnya; atau Allah hadirkan sekumpulan jemaah lain pula.

Mendesak mendapatkan peneraju yang berkaliber dalam peperangan meraih pengaruh dan penyokong yang bertepatan dengan pembolehubah undi majority; di dalam PAS adalah benda yang sukar. Kita perlu terus berbuat sebegitu, atas dasar faham yang direct kepada Allah, semampu kita. Kita tidak beriman atas tokoh. Kita tidak beriman atas jenama.

Jika jemaah sebesar PAS memakan puluhan tahun untuk menyaingi jemaah saingannya UMNO, masih tidak berjaya; inikan pula gerakan tajdid yang bergerak secara kecilan dan tidak rasmi ini. 2006 ianya bermula dan kini diizinkan Allah membesar sehingga 2011. Hampir 5 tahun.

Sejujurnya, memanglah kita sendiri tidak tahu sejauh mana relevannya kehadiran perjuangan tajdid ini. Namun, sekali lagi, seandainya kamu dapati ianya sudah tidak relevan, tinggalkan sahaja. Malah jika perlu lawanlah ia sebanyak mana kamu perjuangkan ia sebelum itu. Retorik2 kenangan zaman silam, sentimen jiwang karat bukan falsafah perjuangan.

Tua banyak jasa, kalau memudaratkan di zaman terkini, musnahkanlah ia. Jasa terdahulu tetap dicatit sebagai pahala jika diterima. Mudarat sekarang tetap berjalan sebagai dosa. Mudarat dosa yang berjalan sekarang tidak boleh dipertahankan atas alasan jasa pahala lampau. Fahaman bidaah dari kemampuan otak ulama baka Melayu harus diperbetulkan.

Salam kepada semua penyokong gerakan tajdid PAS. Sama ada terbuka, atau tertutup.

Sebenarnya, walau kelihatan masih gagal setakat 2011 ini, ketahuilah bahawasanya; perjuangan tadjid ini meninggalkan laluan sejarah yang mengaibkan, bagi orang yang aib dalam berkeras memegang amanah. Tiada lagi kelompok kuno ortodok yang akan menutupi fakta sejarah itu. Mereka hilang dan ghaib ditelan zaman. Sebaliknya barisan muda yang menyalin dan memperkenalkan sejarah itu. Diperdebatkan dan dirujuk juga oleh generasi yang telah melalui tajdid.

Dalam kita bercatur itu, sebenarnya kita termasuk dalam percaturan Tuan punya dunia. Selagi kita dapati PAS adalah asbab yang dihadirkan Allah bagi menegakkan Islam di Malaysia ini, selagi itulah kita tumpang tanpa rasa malu dan desak supaya tunduk kepada sunnah alam wadah perjuangan yang telah dipilih.

Sehinggalah, seandainya satu hari nanti, kita dapati Allah hadirkan asbab lain bagi mengganti PAS. Seperti mana munculnya parti Islam pengkhususan kepada demokrasi dalam waqi Turki, walau tidak menggunapakai word Islam, yang keluar dari Refah apabila tamat relevannya. Maka, tanpa rasa malu, demi perintah Tuan punya dunia, marilah bersama-sama tumpangilah asbab yang baru dihadirkan Allah itu.

Jangan bersedih gerakan tajdid PAS. Kita semua anak muda. Kita harus benamkan sebarang perasaan negatif itu dengan kefahaman terhadap Tuan punya dunia. Langgar apa yng perlu dilanggar tetap diteruskan semampu kita. Insyaallah dan wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu