Skip to main content

Hujah tahap Herman Samsudeen

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Memula dapat sms dari member. Dia bagitau Prof Abdul Aziz Bari keluar statement pasal Hadi. Bila gua baca, gua pun meluat. Pasal apa?

1. Dulu masa dia keluar statement hentam Hadi, Hadi and the geng terpaksa buat seminar untuk serap asakan EGM. Tak kisah sangat la.

Bila dah dijemput masuk gelanggang, terkial2 pulak tu. Bacul , tiada home work. Bentanglah hujah time tu. Bentanglah kajian time tu. Kalau gua la.. dapat peluang tu.. wallahualam. Nasib baik Prof spek mata retro tu menyelamatkan maruah manusia2 bertitle Prof.

Last2.. nak2 muktamar, tubik lagi suara dia belasah Hadi. Gua yang memang anti kepada kelayakan Hadi pun meluat baca. Cerita pung pang pung pang.. bila dipelawa masuk gelanggang? Hadi, Bodigat Hadi yang pukul curi gua tu, dengan prof Bari gua dah anggap maruah dia sama jer. Penakut dengan hujah secara berdepan, berrakam dan live.

[2]

Tapi perasaan meluat gua terubat bila baca hujah Herman. Pemangku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan tu beb. Punyalah panjang nama pangkat. Hehe... hiburan malam.

Sumber : Harakah

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanggah pandangan penganalisis politik, Prof Abdul Aziz Bari di dalam Malaysian Insider yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat. 

Biasalah.. gua faham. Dah lu ahli, wala' jer la. Ramai gak yang backing. Normal la.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP memutuskan hubungan dengan PAS.
Gua start kelakar kat sini la. Kalau debat live dan berrakam la... memang maut nih.

"Err.. Incik Pemangku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, mengapakah Barisan Alternatif musnah? DAP memutuskan hubungan dengan PAS (Hadi Awang)?"

"Mung jangang biadap. Rampas handphong dia."

"Mung siapa? Kawang Aduka? Jangang rakang. Jangan rakang."

"Ambil handphong dia. Ambil. Kamera kawang dia pung ambil. Ambil!"

Tu jer la yang lu boleh bila berdepan dengan hujah secara berdepan, secara berrakam dan secara live.

Selain itu, katanya pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja.
PAS asyik ulang Memali, rasuah, Altantuya, Teo Beck Hong, Rosmah jer. Apsal? Takda isu baru?

Itu bukan isu. Itu hujah. Dalam hujah takda soal basi atau tidak. Jika tidak buang sahaja hujah Al-Quran yang sudah berulang2, berusia beribu tahun itu. Socai punya Pemangku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Tambahnya, ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, di bawah kepimpinan presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008.
Tidak patut kritik Presiden FAM kerana, walau Pahang selalu dapat rombakan sistem bagi menyelamatkan dari terjerumus ke Liga Bawahan, tetapi Kelantan menang piala juga bawah kepimpinan Presiden FAM.

Tidak patut kritik Presiden FAM kerana, walau Malaysia selalu dibelasah, prestasi merosot, tetapi Selangor juara liga Super di bawah kepimpinan Presiden FAM.

Socai punya Pemangku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Malah, katanya jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi  dari 7 kerusi pada 2004.
Masa Fadhil Noor jadi Presiden, Terengganu menang 10. Lepas Hadi jadi Presiden, Terengganu kalah tinggal 1. Barisan Alternatif musnah. DAP tubik. Lepas kena belasah gila2, dan berlaku tsunami benci UMNO, orang lain menang, Terengganu menang 4.

"Siapa kata Hadi tak relevan, nyah? Dari 1 kerusi, dapat 4, tau... awww.."

Dia boleh kira start angka 1, bukan 10. Sebab di Pasti, matematik ajar kira bermula dari 1. usrah2 juga bai... nak jadi Pemangku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kena tau gak Matematik.

Ni bukan Kepimpinan Ulama. Ni Kepimpinan Socai.

“Sebagai Presiden keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti di seluruh negara bukannya di Terengganu sahaja. Dan ianya sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS di bawah Presiden,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Lu tak fikir ke, kenapa Allah takdirkan PRK dan PRN berturut2, terdekat, semua PAS kalah? Dari Galas - Tenang - Merlimau - Kerdau - Sarawak.

Baik lu cakap Presiden PAS layak jadi Presiden di PBB sebab selalu join majlis antarabangsa. Jangan tengok Malaysia, tapi tengok antarabangsa.

Tambahnya, tuduhan Aziz yang turut mengatakan bahawa Presiden PAS menjadi punca kegagalan PAS memenangi mana-mana kerusi di Sarawak juga amat dangkal.

“Lainlah jika PAS sebelum ini pernah menang di Sarawak dan kemudiannya kalah semua kerusi dalam pilihan raya baru-baru ini,” katanya lagi.
Haa.. kan.

Lu tegok lah hujah dia. Tu pasal Hadi Awang lari bila gua asak dia berhujah secara berdepan. Tahap Herman juga lah ni. Dia sendiri bunuh hujah dia.

Lain lah PAS pernah menang di Sarawak? Apsal tak sebut lainlah kalau PAS pernah menang di Terengganu untuk hujah di atas tu? Pasal PAS pernah menang di Terengganu lah keluar hujah kekalahan Terengganu tu.

Kepimpinan Socai.

Katanya, pilihan raya Sarawak 2006 menyaksikan PAS bertanding 1 kerusi tetapi kali ini 5 kerusi dan ini satu petanda bahawa Presiden PAS telah berjaya memainkan peranannya di dalam Majlis Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan ketika proses pembahagian kerusi.
Dulu PAS tanding 1. Sekarang PAS tanding 5. Itu kehebatan Hadi dalam berunding dengan Pakatan Rakyat?

Dey socai. Dulu PKR berapa? Dan sekarang berapa? Dulu DAP berapa, sekarang berapa? Bermakna, Hadi bukan hebat kalau lu guna hujah lu ni. Tapi corot. Lu sedar tak,. lu sendiri bunuh hujah lu ni?

Ni bukan Kepimpinan Ulama, Incik Pemangku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, ini Kepimpinan Socai.


Menurutnya, Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Presiden PAS adalah punca kegagalan 16 September.
Ni jer gua setuju dengan lu. Gua pun bingung gak Aziz Bari ni bila kaitkan 16 September dengan Hadi. Nak tuduh Majoriti Melayu Muslim la tu kot. Orang dah pelawa masuk gelanggang, dayus pulak. Tup2 nak muktamar, bersuara. Setakat bersuara dok dalam semak, sorang menyorok kat semak UIA, sorang menyorok kat atap Rusila, buang zakar lu tuh.

“DPPWP hari ini cukup berpuashati dan memberikan sokongan penuh kepada Presiden PAS di atas usaha beliau membangkitkan semula keupayaan PAS setelah melalui zaman kekalahan pada 2004,” katanya.
Eloklah tu. Mudah2an lu jadi calon PRU13 ni. Hidup Kepimpinan Socai.

Comments

  1. Tk nk komen pasal isu politk tp lebih nk komen kpd hujah. Saya dh baca, ulang baca dan mmg betul hujah bro HS agak lemah.

    Terpikir gak, kenapa dalam banyak2 komen kat blog ni, xde sape yg nak bantai hujah AT mcm ni? Dulu ade bro SFH tp skarang xkan suma wala' kat bro AT? :D

    Apa2 pun, teruskan asah minda dgn hujah2 yg brkualiti. Jgn takat cita pung pang tp isi kosong.

    ReplyDelete
  2. keh keh
    suka gak ke blog ni
    blog yang manyak bawa citer PAS nak reform dalam kancah sekutu Hadi lawan Aziz. ake ake

    Entah ler kome..aku tertarik ngan bila statement.."Itu bukan isu. Itu hujah. Dalam hujah takda soal basi atau tidak. Jika tidak buang sahaja hujah Al-Quran yang sudah berulang2, berusia beribu tahun itu. Socai punya Pemangku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan."

    1.Pendapat aku hujah A-Quran adalah ketetapan untuk panduan pengamalan pada semua aspek ruang dan masa manusia dan tidak macam hujah manusia yang manyak spin sana sini yang banyak tersasar. Kelemahan manusia pada hujahnya terletak pada skopnya dan faktor dirinya yang tak tercapai kehendak.
    2.Untuk mencari kebenaran hujah agar menatijahkan kebaikan bukan ler senang. Beza kalau untuk hanya mencari hukum alam yang tuhan anugerah di dunia ni.Bagaimanapun kaitan kepada kebaikkan diutamakan.
    3. Peranan ulamak sebetul ulamak dizaman yang advance mustahil boleh berdiri sendirian selain ada kesatuan yang irat.Tarzan kat hutan pun memerlukanya agar dia boleh bergaut dan menonggang gajah siot selain dari mat rempit boleh dapat anugerah tahunan berpristej..ake ake orang bandar pun nak juga umur lanjut2 sampai berlipat 10. Jelasnye ulamak besar tanggung jawabnya. Mereka lah kumpulan harapan kita.kat Malaysia ni bukan seorang hadi atau aziz semata.
    3. Jadik aku rasa di arina politik memacu tarzan, mat rempit dan orang tua2 tu(contoh jer) mendapatkan kasih sayang Islam di Negara ni sekurang2nya akan meningkat dan ok.

    alamak..aku kena taip blik lak post ni..dengan idea dah mula kelabu..tadik tak leh masuk! Ini aku siap2 save kalu masalah kom.buruk aku ni..

    ReplyDelete
  3. selepas pru 12, pas benar2 kecamuk. professor undang2 pun dikatakan memberi "pandangan budak tadika". inilah akibat dari kurang faham dengan 'politik' yang pas sendiri memilih untuk terlibat.

    "pandangan budak tadika" sudah tentu berandarkan perkembangan selepas pru 12, yang bermula dengan perjumpaan senyap2 dengan pemimpin umno.

    ini diikuti dengan "idea" kerajaan perpaduan" yang timbalan presiden kata bukan untuk bawa umno masuk pas (ini nak tipu budak tadika).

    sessi tutup buka tutup buka "kerajaan peprpaduan" meburukkan lagi 'persepsi' terhadap kepimpinan pas. 'persepsi' ini ramai budak tadika tak faham termasuk cikgu2nya.

    "umno sudah berubah" mengikut hadi, untuk apa kenyataan ini kalau bukan merapatkan saf dengan umno? hadi sendiri tidak mampu menjelaskan secara terperinci apa itu "kerajaan perpaduan" yang dikatakan dari ideanya sendiri.

    kegairahan hadi menaiki pentas umno dan berpeluk2 dngan najib semasa kempen prn sarawak adalah kerja budak tadika. yang sangat teruja dapat bertemu kawan2 yang "setadika". sehingga tidak mempudlikan 'kawan' yang dipeluk itu membawa penyakit dengan harapan pelukan beliau akan dapat menghapuskan penyakit 'kawannya' itu.

    pertembungan di antara kepimpinan amat jelas sekali. timbalan mursyidul am tidak lagi bersama mursyidul am. dia juga melawan pandangan parti dalam isu kalimah Allah. dari mulut timbalan presiden 'muntah' "tok guru (nik aziz) is not pas" semasa wawancara dengan malaysian insider berikutan cadangan muktamar khas oleh mursyidul am.

    press conference hadi selalunya dirujuk/dijawab oleh setiausaha agong yang sentiasa berada di sebelah beliau di setiap pc "kerajaan perpaduan".

    inilah di antara perkara2 yang dilihat oleh "budak tadika" dari uia itu. ia tidak mampu dilihat oleh "professor2" pas!

    kalau ini bukan liabiliti sang presiden, lalu apa? penasihat2 di sekeliling beliau? tepuk dada tanya iman.

    "professor2" pas ramai yang syok sendiri. sokongan pengundi kepada pas dilihat sebagai sokongan kepada perjuangan pas. pandangan ini bertembung dengan pandangan "budak tadika" dari uia. sedangkan itulah realitinya.

    syabas kepada "professor2" dppwp kerana kehebatan memberi pandangan seperti 'katak di bawah tempurung'.

    selamat bermuktamarubah pas!

    ReplyDelete
  4. "Moh.. kite tuko aje le Presiden yg baru, nak?" cadang sorang perwakilan PAS, Batu Api.

    "Sape calon penggantinya?" tanya Andika.

    "Nasha, ok tak?"

    @@

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.