Skip to main content

Berjuanglah kerana Allah.

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Semasa panas gua dituduh menghina Sultan Johor dengan perkataan mampos dulu, kampung gua, tempat gua membesar menjadi sedikit kucar-kacir. Risalah tulisan gua yang ganas, yang hanya difahami wataknya oleh pembaca gua di internet, disebarkan. Dari rumah ke rumah, di surau dan sebagainya.

Rakan2 gua yang kenal perwatakan gua sejak kecil, mati2 tak percaya tu tulisan gua. Gua mengaku tu tulisan gua. Diorang separuh tercengang. Walau ada ugutan mencederakan gua, gua boleh tahan. No prob. Insyaallah. Setakat Anak Sengat nak cari gua di Seremban, tak perlu. Jika dia berstatus elite, dan wujud keperluan kerana Allah, gua sendiri akan ke rumahnya. Berdepanlah dengan gua. Insyaallah dan wallahualam.

Tapi maybe sebab gua Melayu, hati gua kalah kalau mudaratkan orang lain yang ada kena-mengena dengan gua. Semasa pulang dari sekolah, Aiman, adik bongsu gua mengadu kepada gua, sekolahnya mengadakan perhimpunan semata-mata mengutuk perbuatan menghina sultan.

Latar belakangnya, sekolah gua terletak dalam kampung gua. Dekat sangat dengan rumah gua. Maaf terpaksa poyo, adik gua pula bolehlah dikatakan glamer sebab dia kacak dan ketua geng sebaya. Dia ada banyak projek yang memeningkan kepala mak gua. Maybe bagi membentung perbuatan abang kepada Aiman menjadi trend, maka, ianya menjadi satu doktrin wajib dalam setiap perhimpunan. Tafsiran gualah.

Sebab usia adik gua belum layak untuk turut menanggung semua itu (tafsiran gua), setelah berfikir panjang dan berdoa, gua ambil keputusan berhijrah ke kampung isteri gua. Itulah asbab Allah terajang gua ke bumi Kelantan ni. Mudah2an, dengan ketiadaan gua, tekanan yang adik bongsu gua rasa, melalui risalah, melalui perbualan, melalui bahasa tubuh, akan berkurangan, berkurangan dan hilang dengan cepat. Gua tidak mahu adik gua murung, gua tidak mahu rakan2 adik gua serba salah bila datang ke rumah gua, gua tidak mahu. Gua memang kamceng dengan budak2. Tapi gua tegang dengan elite.

[2]

Alhamdulillah, di bumi Kelantan, gua terus dapat kerja. Pereka grafik di satu syarikat cenderamata. Allah juga bagi gua seorang rakan yang sesuai dengan gua. Zainal. Yang kini sama-sama mengusahakan bengkel cetak baju kecil-kecilan.

Dahulunya, Zainal dan keluarganya UMNO. Melayu kebiasaan. Tiada capaian internet. Hanya dengar2 melalui media yang kebetulan mereka berada di situ. Tiada naluri selidik. Alhamdulillah, kini sudah berubah. Sehinggakan satu ketika, Zainal bertanyakan pendapat gua, mengenai namanya dalam Pemuda UMNO.

"Jangan berjuang kerana pemimpin, Nal. Jangan berjuang kerana jenama. Teruskan aktiviti dalam Pemuda UMNO. Dari melepak kat kedai kopi. At least kita berpersatuan. Dapat dengar hujah sana dan dapat dengar hujah sini."

Di situlah bermulanya detik agen gua dalam Pemuda UMNO satu cawangan, di bawah Dali Pengkalan Chepa.

[3]

Dijadikan cerita, baru-baru ini berlaku satu suasana panas dalam satu mesyuarat UMNO yang dihadiri oleh rakan gua. Dari cerita rakan ini, gua simpulkan perbalahan mereka bukanlah kerana idealogi. Bukan kerana falsafah. Tetapi kerana pengurusan, kerana kuasa, masalah organisasi, bantuan dan sebagainya.

Tidak lama selepas mesyuarat yang panas itu, ketika gua keluar, tidak jauh dari rumah, gua ternampak satu kedai dengan pintunya bercatkan logo PAS. Beberapa bendera PAS yang besar berhampiran. Dan satu signbord besar tertulis :

MARKAS GELOMBANG HIJAU.

Shit! Stupid punya PAS. Bisik hati gua. Gua bab2 memperlekehkan program orang, tetapi meniru tanpa isi, memang gua fakapkan aje la. Dulu UMNO buat Rakan Muda, PAS perlekeh dan buat Rakan Masjid. UMNO buat rakan muda dengan isi. Dengan sejumlah program yang disusun. Apa agenda dan program Rakan Masjid?

Sekarang UMNO buat Gelombang Merah. Ada kertas kerjanya. Apa yang dilakukan. Infrastruktur apa yang mahu diberikan kepada golongan muda. Aktiviti sekian, dasar sekian. Hangat2 tahi Melayu tajuk lain. Tetapi apa pula isi dan agenda Gelombang Hijau kalau selain berhati busuk, bersifat dan berjiwa pembangkang sampai ke kiamat?

[4]

Tempat gua terletak bawah seliaan Nik Amar. Gua riki2 kalau ada perasmian markas baru tu. Dan dihadiri Nik Amar. Memang siapla ulama ni gua soal. Kalau dia lari, gua boleh follow. Rumah dia dengan rumah gua jalan kaki 10 minit.

Ketika gua risik peritiwa baru itu. Siapa yang buat? Ada perasmian atau tidak, bila dan maklumat2 yang gua perlu, rakan gua memberitahu, bekas Ketua Kampung Pusat (lantikan UMNO) bertindak menyewa premis kedai itu, mengecat pintunya dengan logo PAS, menaikkan bendera dan signboard MARKAS GELOMBANG HIJAU (lepas ni gua ambil gambar dan edit semula letak gambar), selepas dari peritiwa panas mesyuarat UMNO.

* Lepas ni, jangan plak puak2 PAS g robohkan dan bergaduh dengan kumpulan tersebut. Memang bangang nak mampos hukumnya tuh. Kalau takut signboard itu mengelirukan, slowtalk elok2.

[5]

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian (pergh.. dah macam kutbah Jumaat plak ni), berjuang kerana pemimpin tidak lama. Berlawan kerana jenama akan kecewa. Berubah kerana marah akan berpatah balik. Berkorban kerana Muhammad pun, wafat juga baginda akhirnya. Menulis kerana Hadi Awang pun akhirnya ghaib dengan hina dan malu.

Batu Api - Hilang hampir 2 bulan
Penembak Babi - Hilang hampir 3 bulan
Kumpulan Orang Gila - Ghaib setengah tahun.
Ali Zaidan - 9 bulan sudah tidak menegakkan Hadi. Identiti pun sudah terbongkar
Cyberpoyo - Pupus setahun yang lalu.
Songkok Putih - Tamat bertugas.

Jika mereka berjuang kerana pemimpin bernama Hadi, mereka akan kembali. Ya. Kembali ketika muktamar nanti. Ihdinas sirotol mustakim. Tunjukkan gua jalan yang lurus. Letakkan gua pada jalan Lu, ya Allah. Bukan jalan PAS, bukan jalan Hadi, bukan jalan Anwar Ibrahim. Mereka hanyalah asbab yang berada dalam pengetahuan Lu.

Akhir kata, marilah kita berjuang kerana Allah, walau kita tidak layak untuk itu. Jangan berjuang kerana jenama PAS atau PKR. Itu hanyalah alat zaman. Jangan berjuang kerana Nik Aziz atau Anwar Ibrahim. Itu hanyalah alat zaman. Wallahualam.

Comments

  1. aku jugak pernah di marah oleh orang PAS kerana tidak panggil nik aziz dgn 'tok guru'...

    ReplyDelete
  2. aduka

    wa ngaku wa PAS tegar dan pendokong di cawanagan wa di negeri pantai barat yg rata2 ramai bukan melayu kebiasaan malah berinternet.

    wa setuju dengan aduka dalam banyak pekara,yg wa tak setuju pun wa tak kisah sebab dengan masa aduka akan berubah.aduka darah muda sekarang.

    cuma jgn memberi bullet yg tidak tepat pada pencacai dumbno.bukan semua org PAS seperti yg aduka kenal.datang ke caw wa then aduka akan faham.

    ReplyDelete
  3. Tekong Darat. Orang tu marah sebab lu panggil Tekong Nik Aziz kot. Ngeee...

    ReplyDelete
  4. umpma deroyan mangkor... penat buka kulitnyer.. tp isi yg sedap xder...

    ReplyDelete
  5. "Tunjukkan gua jalan yang lurus. Letakkan gua pada jalan Lu, ya Allah. Bukan jalan PAS,"

    Harap Sdr Aduka tolong guna perkataan yg sesuai bila "mengadap" Allah.. nak rock sgt pun jgn sampai menyesatkan...

    Jgn banyak sangat baca tulisan astora jabat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.