Skip to main content

Analisis gua PRN Sarawak.

Oleh : AdukaTaruna

Memilih pemimpin melalui undi, pastilah yang paling ramai akan menang. Dalam sistem alam ini, golongan bodoh adalah paling ramai dari golongan cerdik.

Sejujurnya, memanglah gua tak percaya satu2 rejim peringkat negara itu akan tumbang melalui pilihanraya, tetapi sekurang2nya terdapat bukti rejim boleh tumbang peringkat negeri melalui pilihanraya. Walau keadilan pilihanraya itu sangat pundek dalam istilahnya.

Cadangan gua kepada kesemua parti politik, terutama BR, 2 golongan ini perlu diambil perhatian berat.

  1. Golongan hutan dan separa hutan.
  2. Golongan wanita.
Gua mendakwa, golongan ini adalah golongan bodoh dalam sistem alam yang wujud. Mereka berada dalam pengetahuan yang amat sedikit. Setuju, setuju lah. Tak setuju, tak setujulah.

Bagi tajuk golongan hutan dan separa hutan, tiada definasi khusus untuk meletakkan kawasan itu sebagai sempadan hutan, dan kawasan ini sebagai sempadan bukan hutan. Bermulanya kawasan hutan dan berakhirnya kawasan hutan amat sukar dipastikan. Tapi dakwaan ke arah itu logik pada gua. So, gua tak dapat nak ulas mengikut angka.

Untuk tajuk 2, yakni golongan wanita, memanglah terdapat pelbagai pembolehubah di dalam dakwaan ini seperti wanita bandar (kemudahan maklumat), wanita mengikut kaum, wanita mengikut pendidikan, tetapi gua kira secara pukul rata.

1. PRN Sarawak yang lalu, hampir 50% dari pemilih adalah pengundi adalah wanita. Undi popular BN pada PRN Sarawak 2011 keseluruhannya adalah 372,379 undi atau 55.36%. 

2. PRK Tenang, 51% dari pemilih adalah pengundi wanita. Undi popular BN pada PRK tersebut pula ialah  hampir 69%.


3. PRK Merlimau, 52% dari pemilih adalah pengundi wanita. Undi popular BN pada PRK tersebut pula ialah  hampir 70%.

4. PRK Kerdau, 51.4% dari pemilih adalah pengundi wanita. Undi popular BN pada PRK tersebut pula ialah  hampir 68.4%.

Kesimpulan dakwaan gua ialah, dalam sistem alam golongan bodoh paling banyak. Dalam sistem rantai makanan, golongan lemah paling banyak. Dalam sistem undi jari, golongan teramai akan membentuk keputusan. So, jika kamu memenangi melalui wadah ini, 2 golongan ini harus disasari.

  1. Golongan hutan dan separa hutan.
  2. Golongan wanita. 
Sebab2 kekalahan PAS.

Memanglah orang yang bergelumang sepanjang kempen akan mendakwa mereka lebih faham. Tetapi, gua mendakwa, mereka faham dalam tajuk titik peluh. Manakala, faham akan tajuk pembolehubah adalah sukar. Tanpa pembolehubah, titik peluh berusaha mengepam tayar keretapi pasti tidak akan berjaya.

"Lu tak payah kecek Aduka.. lu tak rasa susah senang pam tayar keretapi."

Tajahut, saf betul time solat tidak akan berjaya menegakkan Islam melalui wadah undi. Bersugi tidak akan berjaya  mengeluarkan air dari perut bumi jika tidak menggalinya. Allah tidak akan ubah kalau manusia itu tidak berusaha. Apatah lagi lagi kalau usaha tersebut tiada kena-mengena dengan hajat. Fahaman ulama bodoh Melayu perlu dihapuskan.


[1]
Dasar pendek mengapa pengundi perlu memilih PAS.


Dasar panjang memanglah kebanyakan penyokong PAS semenanjung faham. Memilih PAS selagi relevan adalah untuk mencilok sistem Islam melalui demokrasi.


Tetapi sejauh mana PAS menjelaskan dasar pendek mengapa pengundi harus memilih PAS, bersesuaian di kerusi pecahan pengundi yang ditandingi PAS.

  • Adakah pengundi undi PAS untuk Baru Bian?
  • Adakah pengundi undi PAS untuk anak angkat?
  • Adakah pengundi undi PAS untuk singkirkan Taib Mahmud?
  • Adakah pengundi undi PAS untuk Anwar sebagai PM?
Jika pengundi PAS berbeza deria rasa mengapa dia perlu undi PAS, berdasarkan sebab2 di atas atau yang tidak ditulis, maka, berapa banyak kemungkinan mereka akan bertukar fikiran di saat-saat akhir? Kerana tiada satu doktrin utama yang memusatkan mengapa mereka perlu undi PAS. Kesemua mereka berbeza deria rasa.

[2]
Kebodohan teraju.


Ketika Galas, TGNA mendamagekan keadaan apabila gambar rakaman Minaq Jinggo, pemberian duit (zakat) dengan tunai, tanpa sampul, tanpa replika; betul2 duit segulung menjadi hebahan di setiap media.


Ketika PRN Sarawak, TGHH disiarkan menarik Najib untuk memeluknya. TGHH yang memeluknya. Bukannya Najib. Satu layanan istimewa antara elite dengan elite, di saat waqi perang.

"Hadi mempunyai hubungan yang baik dengan saya (Najib / UMNO / BN), tetapi dia (Najib / UMNO / BN) tidak boleh terima kerjasama dengan DAP. Tidak menguntungkan Islam."

Dasar2 pendek yang dipecahkan di atas, untuk pecahan pengundi yang ditangi PAS, terus musnah. Paling tidak, bawah 1000 undi yang akan berubah.

[3]
Blogger PAS fokus kepada kerusi bandar.

Pendapat gua seterusnya ialah, blogger / petugas / pemimpin PAS yang terlalu fokus kepada kerusi yang 'selamat'. Yakni bandar. Kebanyakan blogger PAS menyiarkan gambar kebangkitan penduduk bandar sekaligus mencerminkan imej yang salah kepada keadaan sebenar kerusi PAS. Keadaan kerusi DAP tidak sama dengan keadaan kerusi PAS.

Berbanding TGHH yang berada dan bertungkus-lumus di kerusi yang tepat, TGNA dilihat berkempen di kerusi DAP. Cuma, boleh diterimalah kerana TGNA maybe uzur untuk dibawa ke pendalaman dan as faktor nasional or sebagainya.

Wallahualam

Comments

  1. analisa lu memang sukong ikut tajuk beb kahkahkahkah.. kesian lew member gua solang nie.. lu jew lew beb jadi presiden PAS.. kahkahkah

    ReplyDelete
  2. ikhlas,wlaupun ada ckit2 logik,tp ni lu punya analisis,biasa la syok sendiri versi lu..gua hargai lu punya titik peluh isi arang batu kat monorel..

    ReplyDelete
  3. Gua setuju bro!

    1. Manusia 10% genius, 30% bijak, 60% ikut telunjuk.

    2. Di mana-mana, peratus pengundi wanita melebihi 50%. Sepatutnya gerakan mendekati pengundi wanita melebihi 50%. Yang berlaku, mendekati pengundi lelaki 80%, wanita 20%!

    3. Purata % pengundi mengikut had umur, 60 tahun ke atas 27%, 40 hingga 59 - 37%, 21 hingga 39 - 36%. Tapi yang jadi calon untuk menjadi wakil rakyat purata yang berumur 60tahun ke atas

    Mengapa tidak di bahagikan peruntukan untuk menjadi calon 27% - 60 tahun ke atas, 37% - 40 hingga 59 dan 36% - 21 hingga 39?

    Atau kedudukan orang2 penting dalam parti juga harus mengambilkira % had umur dan jantina ahli?

    ReplyDelete
  4. pada tuan punya blog and the geng..
    ake ake aku punyer posting awal sah tak langgar etika. Mula-mula ada, pas tu tak der, pas tu ada, pas tu tak der..eh abender ni boleh komen tak? ke ke

    ReplyDelete
  5. Tak faham la gua apa maksud lu ni atiq oi

    ReplyDelete
  6. 1.malam tadik aku ada post komen aku
    di tajuk n3 ni lah
    2. pas tu aku tengok post tu ada kat sini
    3. pas tu dah tadak
    4. pas tu ada baliki ake ake
    5. pas tu takdak balik hingga kin
    6. tak kan aku ngigau kot..?
    7. Semua nya pada waktu berbeza mlam tadik. Kalau nko tak padam .. komputer aku ker bersilap mata nih! Kom. aku ni memang terkenal manyak virus2/malware aku kumpul..buat teman kata kan..keh keh pasal tak reti buang.Aku elak padam jerrr
    8. Maaf ler.

    ReplyDelete
  7. Lu download Spyware Terminator. Free jer. Install. Dan scan. MEsti tahap ribu dah tu.

    ReplyDelete
  8. k aah download ST 2.3 bolee tahan gak lamanya..install online...eh fast scan..tot tot tot..kat report tu panjang lak isi citernya. Nak aku remove..akupun tak tau abender tu..tak jalan kom aku t. ake ake nak tidor buat lagi deep scan lak ..tq.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu