Skip to main content

Anak muda sokong PAS kerana Hadi - Azman Sharpawi

KUALA LUMPUR, 12 April –Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Azman Shapawi Abd Rani berkata, pimpinan Hadi selaku presiden parti Islam itu telah berjaya menarik sokongan golongan muda terhadap parti itu.


“Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang kini disifatkan berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti.

“PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat.

“Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, hari ini anak-anak muda bersama dengan PAS, masyarakat Cina berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru tegas Azman Shapawi, hanya kepimpinan Hadi yang boleh membawa PAS terus maju ke hadapan untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, alasan untuk menukar presiden kerana gagal menarik sokongan golongan muda dalam menghadapi pilihan raya umum adalah tidak tepat.

“Pandangan (kurang sokongan orang muda) itu tidak tepat. Itu (isu) tidak berlaku kerana tidak ada satu kajian dibuat golongan muda tidak sokong PAS kerana presiden parti.

“Hari ini orang muda telah beri sokongan kepada PAS, jadi untuk tukar presiden PAS bukan isunya, walaupun itu (cadangan) tidak bercanggah dengan perlembagaan PAS,” katanya.


Gua : Jika Allah izinkan, gua akan ke Rusila berdepan dengan Hadi dengan 4 soalan, tidak lama lagi. Kita lihat bagaimana Hadi menarik intelektual anak muda.

Comments

  1. aduhai...terima la kenyataan wahai pimpinan PAS..aura Arwah ustaz fadil dah tak terasa sekarang..

    Hikayat Lubang Najis: Orang Melayu Mesti Baca!!!!

    ReplyDelete
  2. Sokong bawak rebah.
    TGHH seorg x mampu buatkan diri sendiri. Think thanknya(termasuk menantu) yang menaikkan imejnya.
    Politik adalah persepsi. Jika persepsi org awam tehadap TGHH adalah negatif, banyakkah undi yg akan pergi ke PAS?

    ReplyDelete
  3. Iye ke? Gua sokong PAS sebab Nik Aziz, Nizar, Husam Musa, Mat Sabu, Khalid Samad. Gua akan jadi ahli PAS sebaik saja Hj Hadi turun dari kerusi presiden.

    ReplyDelete
  4. Justeru tegas Azman Shapawi, hanya kepimpinan Hadi yang boleh membawa PAS terus maju ke hadapan untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN)

    "Hanya BN yg boleh memerintah Malaysia. Baik buruk BN, hanya BN yg boleh jadi kerajaan"

    "Kalau PAS perintah, aku makan ubi kayu je le.."

    Ni antara kata2 yg keluar dr mulut Melayu Felda di DUN Tenang. Gua tak tau plak kalau IQ Azman Shapawi setaraf IQ Melayu Felda. Kalau betul, gua sebagai perwakilan Pemuda malu sgt, walaupun gua tak pangkah lu pun masa muktamar 2009.

    "Pandangan (kurang sokongan orang muda) itu tidak tepat. Itu (isu) tidak berlaku kerana tidak ada satu kajian dibuat golongan muda tidak sokong PAS kerana presiden parti"

    Azman, tunjukkan kajian yg menunjukkan golongan muda sokong PAS sebab Presiden.. silakan!

    "PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat"

    Realistik la ostad. Majority diorang sokong PAS / PR sebab bencikan BN. Bencikan BN sebab 1 juzuk. Sedangkan BN masih memerintah dan memiliki kelebihan 10 juzuk yg PAS / PR takde. Kalau BN reform 1 juzuk tu, diorang swing bai.. Tu la masalah segelintir pemimpin PAS, tak reti berfikir dan tolak idea yg realistik utk kepentingan parti.

    "Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, hari ini anak-anak muda bersama dengan PAS, masyarakat Cina berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada PAS"

    Lu buat culaan, berapa kerat non Muslim yg berjinak dgn PAS sebab kehebatan cara pimpinan Hadi? Gua pun nak tengok kajian lu gak.

    "Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang kini disifatkan berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti"

    Betul ke lu mewakili DPPP? Betul ke sekor2 Exco DPPP setuju dgn lu? Gua kenal diorang bai. Kalau Dollah Karim masih dlm Pemuda, silap2 lu kena balik, hehe.

    ReplyDelete
  5. -tibe2 rase nk trmuntah bile bace artikel ni..uuwweeeekkk!!!..trmuntah jgak akhirnye..

    -agak2 la si azman woi kalo nk membodek skalipun..gile2 kipas punye ayat ko ni..

    ReplyDelete
  6. lu nak soal TGHH?lu dengan soalan gempak lu je lah...gegar je lebih...gila publis..rate lu memang nurun..nak naik balik nampaknya lu kena kutuk agong pulak la, cam lu kutuk sultan johor dulu..

    ReplyDelete
  7. Taufik : biar lah dia dgn agenda dia,lu nk sokong,sokong lah.lu tknk sokong,udah.perbuatan dia bukan bleh buat negara jatuh muflis,ataupon rakyat kena radiasi radioaktif pon.

    ReplyDelete
  8. husam dah tolak pinangan awal2.gua yakin org lain baik nizar,mat sabu atau sesape pun akan reject bila dicalonkan presiden.so presiden pun bakal menang tanpa bertanding.

    camne nak buat bai..sampai bile nak camni?kena tggu presiden jadi arwah dulu ke?

    kalau betul dgn adanya kajian golongan muda atau non muslim tak support hadi awang sedikit sbyk dpt membantu,kena riki2 gak tu utk jadikannya kenyataan.bantuan research dgn prof aziz bari mungkin berguna

    ReplyDelete
  9. hadi awang????

    dia peluk najib dah semalam dlm tv3.

    apa la bangang!

    tak pernah belajar dr kesilapan!

    ReplyDelete
  10. Hahahahaha...... Hahahahaha...... HahaHADI.....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  11. Apa ni all this fuss? Bawak bertenang semua! Ada cerita pasal TGHH ramai la yg komen & komplen? Relek bawak mengucap, semua. He he he

    Ingat TGHH bukan kejam macam Gaddafi, tau... tak jugak macam Taib Mahmud ... dia akan turun sendiri kalau orang tak mau dia. Tapi adanya orang semacam si AZMAN ni, susah la nak jadi kenyataan buat masa terdekat ni.

    ReplyDelete
  12. aku org muda, aku sokong PAS, tp bukan pasal Hadi. Pasal aku mmg dari dulu dah sokong...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.