Skip to main content

Satu hari nanti.... tengoklah....

ratu elizabeth4 Elaun Ratu Elizabeth VS Kerabat Sultan di Malaysia
Ratu England, Queen Elizabeth pun boleh tahan “seleranya”. Baru-baru ini, Queen Elizabeth telah meminta menaikkan gaji pertamanya dalam tempoh 20 tahun kerana defisit 6 juta pound yang dialaminya tahun lalu. Permintaan baginda dilhat bakal mendapat tentangan hebat kerana kerajaan baru campuran Conservative Lib Dem baru sahaja memotong 6 billion pound daripada belanjawan sektor awam bagi negara Britain baru-baru ini.
ratu elizabeth7 Elaun Ratu Elizabeth VS Kerabat Sultan di Malaysia
Kalau diikutkan sebenarnya Ratu Elizabeth kini memperolehi dan menikmati pendapatan tahunan sebanyak 7.9 juta pound tetapi Ratu Elizabeth membelanjakan 14.3 juta tahun lalu. Kebanyakkannya dihabiskan pada bayaran gaji pekerja istana sebanyak 9.9 juta! Kos membayar gaji Ratu England dibayar sepenuhnya dengan menggunakan duit cukai pendapatan rakyat. Dianggarkan setiap rakyat Britain membayar sebanyak 69 sen (seorang) bagi setiap tahun untuk menanggung kehidupan diraja yang mewah ini.
Di Malaysia agaknya berapa perbelanjaan yang ditanggung untuk menggaji Sultan, Yang Dipertuan Agong, Sultanah dan juga kerabat Diraja Di Malaysia? Sekadar info….
Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong
Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.
Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880
  1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)
Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM87,880
  1. Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)
Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :
  1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
  2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
  3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong
Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.
Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong
Invalid Domain NameInvalid Domain Name
Invalid Domain NameInvalid Domain Name
Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). Individu yang sedang memperolehi
siti aishah Elaun Ratu Elizabeth VS Kerabat Sultan di MalaysiaYang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah kini tinggal bersama ibu dan bapa beliau, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan Lt-Kol Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim di Carcosa Seri Negara
1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan penyelenggaran kenderaan
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000
Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :
1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan
Elaun Sultan dan kerabat Diraja
Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan
1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480
Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebnayak RM14,600 sebulan
1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan
Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut :
  • Raja Muda – RM13,000
  • Raja Puan Muda – RM5,200
  • Tunku Bendahara – RM4,000
  • Bini Tunku Bendahara – RM1,250
  • Tunku Temenggung – RM3,500
  • Isteri Tunku Temenggung – RM900
  • Tunku Laksamana – RM3,000
  • Isteri Tunku Laksamana – RM600
  • anak-anak Sultan – RM1,000

Comments

  1. oi..mamat hanip nih mmg otai.skali pekena balik..kuang kuang kuang.

    http://hanief.blogspot.com/2011/03/skmm-mcmc.html

    ganas2

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Boleh buat Persatuan Blogger2 Kena Tangkap.

    ReplyDelete
  3. out of topic la..beside, budak hanif tu patut steady la..baru soalsiasat, jgn la cpt melatah sampai nak aibkan org sprm tu..dia pun ada keluarga, x pasal terlibat sama...dia cuma jalankan tugas..cari makan utk keluarga beb..tukar pegawai lain pun tetap jalankan tugas yg sama..cuba la fikir rasional..nak belasah, belasah kepalanya (org yg bg arahan), baru betoii...

    ReplyDelete
  4. komen spesifik utk malin:

    hang sah sah mentaliti melayu umno-spesis ganu bawang..eh hadi awang.

    apa benda yang melibatkan keluarga pgwai sprm tuh yg budak hanep tu buat? sebab post pic mamat tuh ngan bini dia and anak dia yang di amik dr facebook?

    lu sbut cari makan n jalankan tugas..tapi dr cara depa push for password budak tuh x nampak ke depa sgt2 bodoh dlm buat kerja depa? skmm tuh bai..

    that is his right to retaliate pada
    mangkuk2 skmm tuh...bawak waran akta pun sendiri tak paham apa ke jadah????

    trust me, hanep tuh dah cukup belasah org2 yang berkuasa kat malaysia nie...hang ja yang tak nampak..

    stupid punye malin!

    ReplyDelete
  5. hahhhaaa...

    hanip nie kena tangkap ada otak bai..

    kalau adoka, kena tangkap pasal tak pakai otak... ada otak ke takde ke.. wa tatau...

    hahahhaa....

    ReplyDelete
  6. kalau ko xhina sultan hari 2, mesti ko bleh kawen ngan anak sultan dan dapat gaji mcm 2.. AHAHA

    ReplyDelete
  7. lama tak masuk daun dengan geng ni..ho ho
    ...aku rasa kalau kome ni berkuasa alamat punah ranah alam ni..he he tak profesional langsung akeke..tapi

    ReplyDelete
  8. info gaji/elaun PM/isteri pm ada tak? nak tau jugek.. :D

    ReplyDelete
  9. gaji&elaun bini peEm kan najib dah umum bajet aritu..RM100 juta untuk tahun nie...

    ReplyDelete
  10. ahahahaha

    http://hanief.blogspot.com/2011/03/skmm-mcmc.html

    bapak tipu dowh MCMC

    Kod penyulitan: Encryption code
    Kod penyahsulitan: decryption code
    Kata capaian: Access word

    Perrgghhh... undang2 Malaysia thap cipan ke aper?

    Apa2 pun mgkn MCMC tmpt terbaek utk saya keje lepas grad :)

    ReplyDelete
  11. lu olang ni kecah apa, tajuk pasal habuan sultan. awat p hanief pulak? takut dengan hang tuah (polis) ya? wa pun bimbang gak sebab bala tentera UN lembap jika mau bagi bantuan!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...