Skip to main content

Rosmah suruh PDRM siasat, dari mana bocornya rahsia rahsia beliau?

Sumber : Nota merah



"Wahai Che Pakaq oooooiiiii, kenapa hang tulis tentang aku...?"



Berita | Bekas wartawan Harakahdaily dihubungi Polis lewat petang tadi kerana dipercayai mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ketika melaporkan suatu skandal membabitkan Perkorporatan Lembaga Kemajuan Perindustrian (MIDA) pada Julai dan Ogos dua tahun lalu.

Dzulfikar Mashoor atau nama sebenarnya Zainulfaqar Yaacob dipanggil membantu siasatan ekoran dari dua laporannya – Pengkorporatan MIDA dalam proses, tetapi… bertarikh 9 Julai 2009 dan MIDA diselubungi rasuah selepas dikorporat? bertarikh 17 Ogos tahun yang sama di sesawang media milikan PAS.

Sehingga kini, kedua-dua laporan tersebut masih boleh diakses di Harakahdaily.

Dalam laporan pertama, Zainulfaqar melaporkan bahawa pemberi maklumatnya tidak menolak kemungkinan bahawa pengkorperatan MIDA ekoran pengarahnya Datuk Jalilah Baba mempunyai hubungan erat dengan Rosmah sebagaimana dipetik semula seperti di bawah:

Dakwa mereka lagi, posisi Jalilah sendiri sebenarnya mempunyai hubungan istimewa dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hatta merentasi profesionalisme beliau dengan MITI.

“Sebelum makan malam 30 April lepas, bisik pada Najib, Najib terus setuju (korporat MIDA),” ujar mereka sambil tidak menolak kemungkinan bahawa Jamilah turut mempunyai hubungan yang erat dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam laporan kedua pula, Zainulfaqar melaporkan sekali lagi hasil dari sumber pemberi maklumat di dalam MIDA sendiri.

Langkah perkorperatan itu, dilaporkan mendorong pasukan Jalilah hanya akan mengekalkan 300 orang dari 800 pekerja keseluruhannya hatta membimbangkan kakitangan bawahan MIDA sekarang.

Langkah perkorperatan yang dilaporkan turut mendapat sokongan langsung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka akan menjadi topik penting pada sidang Dewan Rakyat November (2009) ini.

Ketika dihubungi oleh Pegawai Penyiasat (IO) Isp. Asyraf dari IPD Brickfield Kuala Lumpur, Zainulfaqar berkata, “saya akan memberi jawapan (untuk membantu siasatan) tengah hari esok, itupun selepas mendapat konsultansi peguam saya.”

Isp. Asyraf dalam reaksi spontan dilaporkan berkata, “kami hanya mahu merakam keterangan mengenai laporan MIDA sahaja, abang boleh untuk menjawab atau tidak jawab…”

Dalam perkembangan berkaitan, Zainulfaqar pada 18 Mei tahun lalu pernah dipanggil ke Bukit Aman bagi merakam keterangan mengenai laporannya berhubung pembabitan agen Israel dalam pasukan polis, seperti didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehingga kini, laporan berjudul Isu perisik: Wartawan Harakah dipanggil polis masih di sesawang malaysiakini.

Dua peguam – Puspawati Rosman dan Murnie Hidayah Anuar menemani Zainulfaqar ketika Polis merakam kenyataannya mengenai Asiasoft: Ujian genting bagi Hishammuddin.

Seperti rakaman siasatan sebelum ini, Zainulfaqar dijangka disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana terbabit “penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian” walaupun siasatan kes sebelum ini tergantung begitu sahaja. Zainulfaqar dijangka merakam keterangan seawal-awalnya pada Khamis ini.

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...