Skip to main content

Pilihlah gua sebagai Presiden PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Semalam gua tertengok TV1. Rancangan Adik2ku. Power siot rancangan tuh. Tahniah kepada RTM, Jakim hatta ke Rosmah sekali yang hadir malam tu, walau gua meluat tengok aksinya dalam beberapa tajuk. Member gua cakap, yang patut menang si pompan yang dapat no 2 tu, tapi sebab si johan tu ada bodek Rosmah, dia menang. Member gua dakwalah. Gua tak tengok time tu sebab gua g pos barang guna bas. Jadi, ala2 pelajar2 rancangan Adik2ku jugak, gua minta lu pilih gua as Presiden PAS.

Jika lu orang pilih gua as Presiden PAS :

1. Gua akan reform kaedah pengundian.

Perwakilan dipilih ahli sendiri. Bukan secara tuding2 jari dalam mensyuarat sesama puak sendiri. Ada pemilihan untuk menjadi perwakilan. Macam biasa, Majlis Syura punya power veto. Calon2 yang bertanding anytime boleh dibatalkan dengan hujah bertulis. Guna dakwat kekal. Pengiraan undi secara terbuka.

Kerusi2 pimpinan pusat dipilih oleh perwakilan, yang telah dipilih oleh ahli. Celup dakwat gak. Pengiraan secara terbuka. Bukan macam skang. Tertutup, lewat dan sangat2 mengundang fitnah. Macam biasa, Majlis Syura punya power Ultraman Kosmos. Calon2 yang bertanding anytime boleh dibatalkan dengan hujah bertulis.

2. PAS negeri pilih PJ sendiri. Supaya gua sebagai Presiden tidak boleh membuka ruang2 untuk selesa berlaku tamak kuasa kepada gua sendiri. PJ gua pilih, dah tentu ketua cawangan org2 PJ. Dah tentu perwakilan yang menentukan kepentingan parti pun akhirnya orang2 gua gak.

3. Membela unit amal melalui ekonomi. Selama ni Unit Amal ni dah macam balaci. Tapi takda pembelaan ekonomi. Duit derma hangus ntah ke mana. Pastu minta derma lagi. Derma, derma dan derma. Gua tak peduli. Janji no plat gua PAS.

Nak niaga takut lingkup. Melayu la kan. So, niaga guna francais. KFC ke Mekdi ke, RFC ke. Bila francais, bermakna dibimbing oleh ahli dalam peniagaan. Kalau ahli dalam politik berniaga, jadi KOHILAL la. Berapa orang Unit Amal? 100 000? Patut dah pegang 50 cawangan francais bagi membela 100 000 Unit Amal. 50 tahun lebih PAS ni dah. Kalau tak mampu dari segi gaji, dari segi perlindungan insuran tetap atau unit trust pun cantet dah.

4. Adakan hizbah atau KPI atau apa sahaja nama Arab asalkan bunyinya membantu pengaruh ulama. Kalau gua Presiden, berapa kali gua ke luar negara, dan berapa belanja party yang gua gunakan. Berapa kali gua keluar negara ketika parti menuntut Presiden berada di dalam negara menguruskan isu. Berapa kekerapan penjelasan gua as Presiden per isu. Semuanya direkodkan oleh Unit Khas ini. Ada statistik.

Kira jumlah masa untuk party perday termasuk masa dalam perjalanan. berapa lama dia sampai ke ceramah / program, berapa lama dia berada di situ. Puratakan dalam sebulan. Then, bandingkan dia dengan jumlah isteri dan anak2. Bahagikan baki masa dengan setiap isteri2, setiap anak2. Agak2 tidak layak untuk menjadi Presiden / Timbalan /, di mana dia memudaratkan kepada pencapaian jemaah Islam, unit ini akan bawa usul pecat ke Majlis Syura.

5. MP dan ADUN PAS diberi kursus intensif Public Relation.Buat satu polisi pengurusan media.Sapa yg berhak ckp,bab2 yg die berhak ckp, dll. semua MP dan ADUN PAS diberi kursus pengurusan Pejabat Perkhidmatan Rakyat.Kalau boleh biar betul dr segi Branding(signboard, warna,etc), tatacara pengurusan(respond time pd setiap kes rakyat,etc) dan lain2 lagi.

6. Isytihar harta kesemua pimpinan pusat, DUN dan parlimen PAS. Gua isytihar dulu. 
  • Mazda 323 tahun 1982, lantai lubang sini-sana.
  • Handphone China kaler itam
  • Gigi palsu plastik (dalam proses)
Esok, kalau tiba2 gua dah pakai Fortuner, no plat PAS12, handphone Pinkberry, gigi palsu emas, sila report dan minta Unit Hizbah siasat gua. Kalau gua gagal kemukakan perjalanan harta gua, bawa usul ke Majlis Syura untuk pecat gua. Pergi mampos sama ada gua ulama ke tak.

7. Presiden hanya 2 penggal. Mursyidul Am selagi diperlukan party. Anggota Majlis Syura pula dilantik secara syura sesama mereka.

So, lantik gua atau gua pukul teknik Rusila pada lu orang. Gua plan nak buat T Shirt Langgar Hadi nih. Lu orang berani tak pakai time muktamar? member PAS gua, selamba pakai baju PAS Reform time mesyuarat PAS. Dikatakan berjaya mengurangkan tegang2 leher dalam mensyuarat.

Don wori la... muktamar bukan kat Rusila... kat KL. Lu pakai jer sambil maniskan muka. Diorang jaguh kampung jer.

Comments

  1. wahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah.Presiden mana tengok Merong Mahawangsa bhai.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yob Adukaku! Waah kalau Yob jadi Presiden PAS, Yong gerenti ramai Puteri Umno apply masuk jadi ahli parti PAS, maklum ler Presiden hencom macam budak jahat! Eh...gigi palsu mahal ye, kalau dah jadi Presiden pakai gigi palsu, ni musti rasuah!

    ReplyDelete
  3. Kesian dkt org melayu. Yg boleh fikir strategi banyak dari kelas "bawahan". Kelas "atasan" pun ada strategi gak, strategi nk penuhkan poket. Kalo ikut teori, lg bagus mcm ni, dari segi praktikal, xboleh buat takut tahap politik Malaysia jd terlampau "maju". Apa2 pun saya respect dgn bro:

    1. Sepanjang saya kat U, bnyk yg menghasilkn strategi yg terbaek dn sistematik dtg dari member2 cina sy
    2. Bnyk melayu U guna strategi- "just follow what have been done". Xde improvise langsung
    3. Yg join program mmg bnyk melayu, tp yg nk create dn uruskn program, mmg cina. Melayu kalo xde title, pangkat (Majlis Perwakilan, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa) mmg duduk bilik.

    Anyhow, secara peribadinya mmg kalo nk kata baka melayu ni bodoh agak xditerima umum. Tp kalo nk fahamkan kiasnya, ia sama je bunyi dgn "kita masih mundur". x semestinya pakai IPhone ko dh maju. So, masing2 ada cara masing nk majukn negara ni. Buat aje ape yg kite rase betul n mampu :)

    P/S: http://hanief.blogspot.com/2011/03/skmm-mcmc.html

    Penerangan seksyen 249 MCMC

    Kod penyulitan: Encryption code
    Kod penyahsulitan: decryption code
    Kata capaian: Access word

    Kod penyulitan xsama dengan kata laluan. Ini mmg bukti org melayu malas baca buku. Kalo ada lg yg nk bela kata "melayu bkn baka bodo", bg bukti yg menarik. Ak mengaku ak melayu dn ak pun boleh jadi bodo kalo malas mmbaca.

    ReplyDelete
  4. silakan duka lara.aku sentiasa menanti kau.muktamar ni aku bertugas,aku menanti kedatangan kau.sebelum nk pergi tu.kau kutuk banyak2 presiden sampai lunyai k.ada saidina abu bakar dan jgn lupa saidina umar pun ada.lu pilih la yer...wa tunggu lu bhai.

    ReplyDelete
  5. ko lupa satu benda lg, pemilihan calon pilihanraya. Biar pas kawasan sendiri yg pilih sapa yg bertanding kt kaw tersebut. Baru la menghasilkan YB pilihan ramai serta bukan pak turut.

    ReplyDelete
  6. Haha..
    x baik bro mengate adik kecik yang menang tu
    Die x tau pape
    Bagi la die meraikan kejayaan die
    Tapi bagi aku yang memang tengok cite adik2 ku tu, mmg patut budak laki tu menang
    Pendek nye budak tu konsisten..

    Tapi yang panjang nyee..
    penat aku baca manifestor ko..

    Pape pun aku ucapkan selamat berjuang
    Sebab penat ko buat manifestor panjang2..
    =)

    ReplyDelete
  7. Gua suka kalau ahli DHPP dibenarkan membentuk perwakilan dan diberi kelayakan utk mengundi dlm muktamar. Relek arr, pilih pemimpin parti, bukan pilih anggota Majlis Syuro.

    Demand mereka mewakili demand non-Muslim di luar sana, sasaran undi PAS.

    Sebagai sayap bersekutu, hak mengundi DHPP perlu dipertimbangkan semula.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.