Skip to main content

Merong Mahawangsa : Yusri membodohkan Rom dan China.

Oleh : AdukaTaruna

[1]

15 Mac lepas, gua sampai Seremban kul 7 pagi. Kad temujanji mahkamah gua tercatit tarikh perbicaraan adalah pada 15 Mac 2011, 2.15 pm. Sampai rumah, gua dapati surat dari mahkamah kepada bini gua as penjamin. Surat meminta bini gua hadir pada 28 Mac 2011 sebagai tunjuk sebab mengapa wang jaminan RM5k tidak boleh dirampas. Gua dituduh tidak hadir pada 28 Februari 2011. Huh!

Sampai mahkamah, pihak mahkamah mengesahkan bahawa waran tangkap ke atas gua telah dikeluarkan pada 28 Feb kerana tidak hadir. malah perbicaraan pagi 15 Mac pun gua tak hadir. Tionaeng apakah ini? Kad mahkamah gua catit 15 Mac, 2.15 pm. Memandangkan gua anytime ke dalam, gua send sms ke edyes n dayat memberitahu kemungkinan itu. Kompom gua tak dapat teruskan Projek Langgar Hadi.

Mujur, peguam, En Radzlan fight, dan mahkamah bersetuju dengan penjelasan yang diberikan. Lega siott.. kena buli jer gua dengan gomen nih.




[2]

Kelegaan itu gua terjemahkan dengan mengajak adik bongsu gua merempit untuk tengok wayang. Mampos kalau ulama tahu nih. Sampai wayang, cam biasa adik gua ditugaskan beratur.

"Ngah.. tengok Kembang Siang, la.."

Aiman, adik gua buat permintaan tahap ngeri. Stakat cerita tahap drama Melayu tu, baik tengok kat rumah atau beli dvd cetak rompak jer. Tu pun dah rasa rugi sangat dah tu.

"Takde.. takder... Merong Mahawangsa." Gua dah cecah kaki ke wayang ni pun untung dah nih.

Apabila Yusri membodohkan empayar Rom dan China.

Sejak gua lahir, gua HANYA dapat tengok filem China / Hong Kong bodohkan orang lain, filem Jepun bodohkan orang lain, filem Holloywood bodohkan orang lain, filem Shah Rukh Khan bodohkan Melayu Melaka.

Buat pertama kalinya gua dapat lihat filem sendiri bodohkan Rom dan China. Hua3... bukan perkauman. Tapi pes time maa... memang gile ahh.. KRU.

Falsafah.

Falsafah cerita yang digarap Yusri gua letakkan sebagai out. Tak menjana kepala otak gua. Asbab gabungan Rom dengan China dan berperang dengan kerajaan Garuda semata2 kerana si puteri (pompan), gua muntahkan dalam wayang itu. Tak boleh terima walaupun pernikahan itu adalah taktikal politik yang tipikal. Regular. Setakat itulah falsafahnya, buang masa gua untuk tonton.

Jalan cerita [a].

Mujur jalan cerita, dan grafik yang agak kuat menyelamatkan feeling gua. Start dari hero Melayu celup itu membodohkan kerajaan India, gua dah suka akan filem ini. Menarik!

Antara adengannya, Merong yang kasar dan biadap itu menolak tawaran India dan Rom dalam bahasa Inggeris. Dan apabila diasak berkali2, sampai Merong pun berbulu, Merong pun berkata :

"Sudahlah hodoh, mulut busuk pulak."

Wakil kerajaan India itu blurr apabila dimaki Merong. Haha. Cayalah Yusri. Ya.. 70% dialog filem ini adalah Bahasa Inggeris. Ada subtitle la.. tu pasal gua paham. Ngeee...

Jalan cerita [b].

Walaupun gua anggap badan Merong masih belum siap sepenuhnya untuk karektor filem itu, tetapi Mat Saleh yang diMelayukan itu membawa watak dengan baik. Mujur Yusri mendakwa Merong adalah campuran benih Melayu (Umi Aida) dengan Iskandar Zulkarnain The Great, sebagai hujah menggunakan Melayu celup itu.

Ketika di kapal, Merong sparring dengan Putera Rom. Guna pedang. Dengan arahan aksi dari pengarah aksi Hong Kong itu, Merong berjaya menjatuhkan pedang Putera Rom dan tercapak ke lantai kapal (kayu). Putera Rom dilihat sangat hina apabila cuba mencabut pedangnya kembali, tetapi tidak berjaya. Then, sambil menyindir, Merong mencabut pedang itu hanya dengan satu tangan.

"Dah takda orang lain ke dari ini?" Ujar Merong. Askar2 Rom bertopi trojan buat muka bodoh.

Hahaha. Yusri memang cam celako.

Jalan cerita [c].

Watak yang pada gua sangat cemerlang sehingga menenggelamkan Merong sendiri pada suku ke 3 filem ialah watak orang kanan Garuda. Si botak tu. Gua tak tau nama pelakon tuh. memang ganas, cam cilake, cool, etc. Cuma badan dia tahap Melayu student U, sedangkan watak dia adalah pahlawan kumpulan Garuda.

Kekebalan si botak Garuda itu terletak pada tangkal. Dan Puteri China itu berjaya mencurinya. Ketika pertarungan Putera Rom - Botak Garuda, dalam keadaan dibelasah Botak Garuda itu, Putera Rom berjaya menumbuk, dan berdarah.

"Dia sudah tidak kebal lagi. Saya sudah ambil azimatnya." Gitu la kot dialog Puteri China itu kepada Putera Rom.

Apabila dengan adunan muzik yang kena pada situasi Putera Rom yang tiba2 bersemangat, Putera Rom bingkas bangun dan mahu membelasah Botak Garuda yang tidak lagi kebal. Tapi, walau tak kebal, Putera Rom tetap kena belasah gak. Wakakaka. Yusri memang sial. Mau berdemo omputeh bantah filem ni gua ingat.

Jalan cerita [d].

Antara gabungan hasil kerja pengarah aksi Hong Kong yang sangat baik, dan bakat oleh pelakon Botak Garuda itu adalah babak di mana, pertarungan Botak Garuda dengan Panglima Besar Armada China. Memang cun. Tetap tegak dan mara walau tanpa azimat. Walau luka silih mendatang. Tanpa Azimat, Botak Garuda membunuh Panglima Besar Armada China. Dan seterusnya babak pertarungan dia dengan unit pimpinan Merong pula.

"Akan kupatah2kan sayap dan tulang Garuda." Kata Merong.

"Hea?" Ejek Botak Garuda dengan mimik muka yang memang superb. Muka asal pun dah pecah rumah dah tuh.

Jalan cerita [e].

Cuma ada satu adengan suku terakhir cerita itu yang mengecewakan gua. Idea menggunakan cermin sebagai pantulan cahaya matahari sebagai senjata yang boleh membakar. Gua ingat Yusri ni dulu terpengaruh dengan sains makcik Felda kot. Jangan main tembak cahaya matahari guna cermin, boleh terbakar.

Cermin mekap Puteri China bukan kanta Yusri oi. Cahaya yang diperbesarkan kekuatannya menggunakan kanta baru boleh menyebabkan terbakar. Setakat pantulan dari cermin mekap, hanya menyilaukan. Bukannya membakar.

Penilaian gua. 5 adalah mata penuh.


Falsafah Cerita - 1
Jalan Cerita - 4
Watak Merong -3.5
Fizikal Merong -2
Watak Botak Garuda - 4
Fizikal Botak Garuda -1
Grafik - 3.5

Comments

  1. Dah jadi pengkritik filem la pulak.. hehehe.. Abih tu wang jaminan ko tu selamat ke??

    ReplyDelete
  2. Leh caya ke? aku tgk ramai gak yg kritik filem neh beb.

    ReplyDelete
  3. tuh ade sekor lagi blogger kne cekup.IC tawun 84 tuh bai.Lu kasi consultancy sket le.haha

    Apepae hal good luck ngn kes lu bro.Proj Langgar hadi inporm wa biler lu nak ape2.

    ReplyDelete
  4. Ameno World : Maybe gua minat cerita epik, kot.

    Dan cerita Merong Mahawangsa tu bukan cerita untuk Melayu Ringan. Yang komen tak sedap maybe sedap bila tengok pilem2 Ahmad Idham.

    Jeebond : Setakat ni wang jaminan gua selamat. Tapi tak tau la.. gomen under BN ni bleh buat magik.

    xenan : Siapa bai? Gua tak tau nih..

    ReplyDelete
  5. yang part cermin archimedes tu memang wujud..tapi efek dia terlampau sangat..terbakar boleh diterima tapi cepat sangat terbakar sampan tuh..dah la hulubalang pun siap mati sekali.. hulubalang pun semua badan 'tough' belaka..

    ReplyDelete
  6. bhai AT,
    bukan Ahmad idham la bhai..tp prof Razak mohaiden.
    - cinta fotokopi
    - kuliah cinta
    - ntah ape lagi..nak termuntah wa dengar....

    tp wa boleh lagi layan pilem Mamat khalid.
    paling best Kak Limah la..bakor bakor! wakakakaka....

    botak Garuda tu Khir Rahman. bro ni mmg ganaz, hehehe....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu