Skip to main content

Kerusi PKR : Sudahlah tamak, tak sedar diri plak tu.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Cenangau 1 | Cenangau 2

Gua paling pantang kalau orang kategori elite tak sedar diri. Kalau orang awam gua takda hal sangat. Sebab lebih kurang gua gak. Tapi kalau elite, apatah lagi ianya adalah pemimpin di mana masa depan jutaan orang awam bergantung kepadanya, memang gua anti habes.

Masa Hadi tengking suara pada gua pada Projek Langgar Hadi 2 tempoh hari pun, darah gua menyirap sampai umbun2. Mujur gua terikat dengan niat. Kalau tak.... setakat Melayu cita2 mati atas katil... huih... wallahualam la... nak tulis pun tak boleh. Hanya Allah mengetahui tahap keupayaan, tahap kelayakan, mana yang baik, mana yang buruk terhadap setiap hambanya.


Kesibukan gua menyiapkan tempahan dan menyetelkan kereta gua sebelum bini gua meletup menyebabkan gua asyik ketinggalan isu. Yerla.. gua kena selesaikan tanggungjawab gua dalam bab kemudahan kepada bini gua. Mujur gua ada ramai bapak2 senior. Macam2 warna ilmu yang diorang kongsi. Tinggal gua kena tapis jer. Haha.

PKR yang tamak tapi tak sedar diri.

Banyak benda dalam PKR yang gua puji. Tapi bab bab2 maki, ada beberapa perkara yang perlu dimaki. Bab pembahagian kerusi. Lu punya calon yang berkualiti pun tak ramai, tapi lu main borong semua kerusi. Sedar diri la sikit bai.. akalaa... meluat sungguh la gua. Nak pulak si tamak Anwar bergabung dengan si gelojoh Azmin.

Apa salah bagi pada yang terbaik, dalam keahlian setakat yang ada? SNAP sudah lama di Sarawak. Gua ingat PAS lagi lama dari PKR di Sarawak. Yang penting ialah kekuatan mental, fizikal calon2 lawan kepada BN dalam mengharungi cabaran selepas kemenangan.

Weih... lu ingat rakyat Malaysia undi PAS, undi PKR, undi DAP kerana mereka cinta ke? Mereka undi kerana benci BN, benci UMNO. Dan mahu memberi pekuang kepada bukan BN untuk memerintah. Ini adalah ujikaji.

Tuntutan PAS Reform.

Gua imbas semula tuntutan PAS Reform. Mana-mana pengkhianat, perlu serahkan tanggungjawab itu kepada rakan lain. Di sini, kami menyenaraikan kerusi-kerusi yang telah berlaku pengkhianatan yang di maksudkan.

 



Nama kerusi.

Nama parti yang mengkhianat pengundi.
Parti komponen BR yang berhak mendapat kerusi sebagai sifat bertanggungjawab atas pengkhianatan.
Parlimen Pasir Mas
(Ibrahim Ali)
PAS
PKR atau DAP. PKR lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
DUN Behrang
(Jamaluddin Radzi)
PKR
PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
DUN Jelapang
(Hee Yit Foong)
DAP
PKR atau PAS. PKR sesuai berdasarkan atas kertas. Tetapi PAS lebih diyakini pengundi bukan Melayu berdasarkan keputusan terbaru.
DUN Changkat Jering
(Kapt (B) M. Osman Jailu)
PKR
PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
Parlimen Kulim-Bandar Bharu
(Zulkifli Nordin)
PKR
PAS atau DAP.
DUN Perlabuhan Kelang
(Badrul Hisham Abdullah)
PKR
PAS atau DAP.
Parlimen Bagan Serai
(Mohsin Fadzli Samsuri)
PKR
PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
Parlimen Bayan Baru
(Datuk Zahrain Mohd Hashim)
PKR
PAS atau DAP.
Parlimen Nibong Tebal
(Tan Tee Beng).
PKR
PAS atau DAP.
DUN Lunas
(Mohd Radzhi Salleh)
PKR
PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
DUN Ngemah
(Gabriel Adit Demong Rabu)
PKR
PAS atau DAP. DAP lebih sesuai kerana faktor kelemahan PAS di Sarawak.



Comments

  1. Salam Yob Aduka, waaah bagus punya jadual, memang rasional jugak. Hidup bakal Presiden PAS!

    ReplyDelete
  2. Jgn lupa calon2 PKR yg khianat tarik diri ketika tempoh berkempen dlm PRU 2008.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...