Skip to main content

Isu judi perlu ditangani PAS Kelantan dengan segera.

Oleh : AdukaTaruna

Gua ucapkan terima kasih kepada Cikgu Pa kerana pantas menjawab isu berkenaan judi di Kelantan, dan pendirian PAS. Apa yang gua faham, PAS Kelantan menegakkan sesuatu dasar itu mengikut Islam, dan mengikut prioriti dan peluang, dalam kerangka yang dibenarkan oleh Islam.

Contoh 1 (rumah ibadat bukan Islam).

Islam tidak menghalang kebebasan beragama. Hubungan manusia<->Pencipta adalah hak urusan Allah. Tetapi Islam mewajibkan dakwah sesama manusia dalam hubungan manusia<->manusia.

Jadi, sebarang tanah-tanah tempat ibadat bukan Islam yang wujud sebelum pemerintahan PAS, tidak dihalang. Dan tidak juga ditambah. TGNA pernah bertanya mengenai satu lambang salib yang tiba-tiba tiada pada satu bangunan gereja. Dia bimbang berlaku arahan dari mana-mana pegawai bawahannya. Tetapi pihak gereja memaklumkan bahawa salib itu diturunkan bagi kerja-kerja ubahsuai.

Contoh 2 (ternakan babi).

TGNA pernah menjelaskan bahawa ternakan babi di perkampungan bukan Islam dibenarkan kerana itu adalah hak mereka. Tetapi untuk dijadikan industri, pihaknya masih menjalankan kajian mengenainya. Untuk sementara itu, memadailah bekalan diperolehi secara persendirian ataupun luar Kelantan.

Contoh 3 (arak).

Sebelum mengambil dasar sama ada mengharamkan atau membernarkan arak, PAS Kelantan mendapatkan pandangan dari semua wakil2 agama. Terdapat beberapa agama yang mengharamkan arak. Dan terdapat beberapa agama yang membenarkan arak.

Maka, PAS Kelantan tidak mengharamkan arak secara total, tetapi dikawal dengan ketat untuk kegunaan penganut agama yang membenarkannya.

Contoh 4 (judi).

Dalam perjumpaan yang sama seperti contoh 3, kesemua agama yang berkumpul mengharamkan judi. Tidak seperti arak. Maka, di sinilah asas judi tidak dibenarkan sama ada JUDI HARAM atau JUDI HALAL.

Isu terbaru yang cuba dimainkan semula UMNO ini, boleh meragukan sokongan bukan Islam yang keadaan terkininya mereka lebih percaya PAS dari BN malah maybe dari PKR sendiri.

Gua syorkan, dapatlah kiranya PAS Kelantan menghimpunkan kesemua wakil2 agama, sekali lagi. Dan mengeluarkan referendum bersama, pendirian terhadap judi. Kertaskan kepada kami, rakyat Malaysia, wakil agama mana yang haramkan judi, wakil agama mana yang benarkan judi. Itu akan menjadi satu dokumen sejarah dan rujukan kepada generasi akan datang.

Wallahualam.

Comments

  1. he he..
    Ayat realiti:
    Perkara-perkara di atas semua BN dah buat. Cuma umno guna kaedah berkerajaan.PM BN pun tak payah melalak sana sini bab benda-yang berkaitan tu berkaitan ajaran Islam.


    Ayat politik:
    Bab judi PAS nak cuba pluralkan agama.Siapa PAS ?, yang mendabik dada satu tidak dua memperjuangkan Islam di Malaysia. Seperti Aduka kata prority atau peluang perlulah didalam kerangka Islam.


    Ayat pembolehubah:
    Ini lah prority utama, ini jua peluang untuk kemenangan Islam. Bila lagi!


    Semoga ia jadi tauladan dan rujukan sejarah 1 peranan berpolitik di wadah PAS yang ikhlas kepada semua.

    ReplyDelete
  2. BN dah wat? ada ura2 haramkan judi n arak ke?

    Maybe gua silap baca najib nak wat hub hiburan malam dlm ETP

    Plural kan agama?.ho ho ho.

    Serupa ckp Sultan mahmed 2,khalifah2 sebelumnya semua nak pluralkan agama jek sbb pakai kaedah yg sama.

    Gua paham.Kaedah BN adalah paling super Best n terbaik mengalahkan kaedah khulafa2 dulu kan?

    Kaedah hub mlm paling Islamik!!

    ReplyDelete
  3. Contoh 1-3 kan ker sama sahaja tekniknya.
    Kaedah 4: Nak tunggu agama lain cakap apa baru buat keputusan. Itu kan pluralkan agama. Iktiraf agama lain selain Islam. Konsep PAS ke? Kalau kata itu di katakan proity dan peluang PAS nak dapat undi tak payah le buat banyak kenyataan melulu. Apikasi PAS tak betul boleh jahanam semua orang.

    Aku bukan nak bodek BN.
    Aku cuma kata BN lebih baik dari PR di arena Politik. Lebih jernih dari PR walauapun bagi orang buta.

    ReplyDelete
  4. ???

    studi la islam n kaedah dlm islam sket bro.

    Seingat gua kaedah camni la yg nabi wat.Banyak gila cth maa..

    kesian lu nih.Ni la kesan pendidikan malaysia yg loser

    ReplyDelete
  5. atiq...

    kalo aku kata najib menyumbang RM7 juta kepada gereja di Sarawak, itu bermaksud najib iktiraf kristian ke? najib mengamalkan pluralisme agama ke?

    ReplyDelete
  6. BN lebih baik PR?
    susah mau ckp
    coz PR belum perintah pusat.
    bila mana PR perintah Pusat Baru
    boleh membuat comparison antara kedua2 nya.

    yg pasti BN perintah msia 50thn
    ni lah hasilnya.

    yg pasti kita mau yg terbaik utk rakyat bukan yg terbaik utk perut2 pimpinan yg memerintah msia.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. PM ada tanggunjawabnya kat rakyatnya.rakyat ada hak nak guna duit kerajaan..tiada hal! Macam nik aziz ada haknya luluskan bangunkan patong besar..apa halnya kalu dia nak jaga rakyat nye nak galakkan pelancongan ker. Tambah hasil negeri ke..nak dapat sokongan ker..tada hal!
    Tapi mulut tu jaga lah. Telajak perahu bulih undur2. Nko ingat anak buah pas ni macam nko ker..depa ni lagi pandai nak putar alam. Nko boleh kontrol depa dengan kebodohan nko tu?
    50 thn. cuba di garap. inilah hasilnya lebih baik dari polisi
    PR yang merapu tu. Ingat rakyat sekarang yang muda2 boleh di temberang ke? Aku pun boleh janji buku jingga..merah, kuning. Kalau aku jadi PM rakyat duduk rumah jer. semua beres! Nko mesti gelap mata beb! Mesjid akan Penuh 5 waktu.Mari lah,makan minum free.! Adeke gitu. Dah tau minyak naik buat ler kursus nak jadi tokeh minyak! Dah tau saman ada ekor buat ler saman kepala! Aku pun ada 3 saman hehehe.. kreatif sikit. Nko ingat berapa saman ekor, nak undi depa ke? Tolong bayarkan!

    ReplyDelete
  9. Mari semua ni lah peluang kita ber'dakwah' sama si Atiq ni. Nampak sangat ramai lagi spesis macam dia out there yg kena di'brainwashed' akibat hasil a la pendidikan terpimpin M'sia oleh pemimpin & budaya UM?NO.

    ReplyDelete
  10. no soul , no brain..nothing la mamat atiq nih.zombie

    Ape die ckp sendiri pon die tak paham.kesian..

    ReplyDelete
  11. sambil lalu..

    oh aku cakap ada kontradik ker..BN lebih ok dari PR

    Nko nak kata PR tu Islam? Kata lah
    Nko nak kata PAS tu ketua PR? Kata lah
    Nko nak kata PR xo.k dari BN Kata lah

    Itu pun kalau nko tak tau apa yang nko kata hehe..

    Takper ler..

    ReplyDelete
  12. 50thn ni lah hasilnya
    lebih baik dari polisi PR?
    polisi apa yg dikatakan baik tu?
    polisi apa yg dikatakan kureng baik tu?
    perlu di bicarakan dari kedua belah pihak samada PR or BN
    secara gentle
    bukan nya menghadkan ruang pd pihak lain,demi utk pegang jawatan/kuasa & perut masing2.

    nak pilih BN or apa saja dipersilakan,
    tp berikan ruang yg sama bg semua pihak utk menerangkan pd rakyat yg mana mereka perlu membuat penilaian dlm memilih parti utk memerintah Msia.

    ReplyDelete
  13. Nko baru jer nak try memerintah..tengok jer ler PKR satu keluarga jadi geng.Nko siapa lak!

    DAP anak beranak depan mata buat kandang babi..nko nak lari kemana? DAP tak per lah Malaysia jamban depa je

    kalaaau 50th.? tinggi percen nyer tu!

    Menteri agama Nko pun boleh kata Ke Mekah dikata rugi baik melancong ke klntn.

    Nasib PAS tau malu walau disamakan nabi pun gitu . Eh. Tak malu ke lemahnya jawaban.

    Aku rakyat Msia yang haprak tunggu nko jer lama dah, sepanjang perbicaraan anwar. Nak ruang aper nyer? Siapa larang.Mungkin teknik salah tak?

    ReplyDelete
  14. mender la ko ckp atiq.Ko baru belajar cakap melayu ke?

    tunggang langgang sgt.tak paham.Tayah ckp elok2.ckp bebetul pon dah ok kasi org paham.

    sian nye ko nih

    ReplyDelete
  15. 50thn ni lah hasilnya
    lebih baik dari polisi PR?
    polisi apa yg dikatakan baik tu?
    polisi apa yg dikatakan kureng baik tu?
    perlu di bicarakan dari kedua belah pihak samada PR or BN
    aku lagi orang tak faham lagi lah aku suka nak terang lagi..lagi dan agi

    1.aku jawab komen contact imformation tu. k

    'secara gentle
    bukan nya menghadkan ruang pd pihak lain,demi utk pegang jawatan/kuasa & perut masing2.

    Nampak tak?

    1.Aku jawab BR mana ada bagi ruang pd. pihak lain..kroni lah tu!
    Baik PKR,DAP atau PAS

    Jika dikira percen nya kroni BR tinggiiiii dari BN dibanding dengan jumlah tahun penguasaan.

    Jika bab polisi aku guna contoh terbaru apa yang berlaku di Penang. DAP dengan kuasanya sebagai KM suruh Malik handle konsert Ning ade ke patut! Esok kalau BR memerintah takkan begini keadaanya >>> Orang ke Mekah untuk tunai Rukun Islam.dikatakan membazir.Baik melancong ke klntn.

    PAS pun sama Anak, anak menantu,....dikatakan kroni ala nabi>>?

    'nak pilih BN or apa saja dipersilakan,
    tp berikan ruang yg sama bg semua pihak utk menerangkan pd rakyat yg mana mereka perlu membuat penilaian dlm memilih parti utk memerintah Msia.'

    Aku tunggu lah ni.Tapi takkan menunggu macam batu!

    Aku akui bahasa aku kurang power. Nak main 'lahabau-lahabau' aku pulak jadi lahabau! sikit2 ok

    contoh:
    lahabau! nko tak faham2ker?

    ReplyDelete
  16. haha,

    kan sng pakai 1,2..baru paham jugak sesikit.

    yang tak paham dulu

    1."DAP dengan kuasanya sebagai KM suruh Malik handle konsert Ning ade ke patut"

    Malik tuh sape bro?Asal cth lu cam pelik jek bunyi nye

    2."Orang ke Mekah untuk tunai Rukun Islam.dikatakan membazir.Baik melancong ke klntn."

    Tak nampak die nyer significant pon.Dari mane boleh dtg pemikiran tu?

    Yang paham:-

    "PAS pun sama Anak, anak menantu,....dikatakan kroni ala nabi>>?"

    So true bro.Pekejadah..sama2 penuh kroni.Kalu jawatan Adun tuh siap leh waris pd anak2 laie.Ni bukan penyakit PAS la bro, tp penyakit dewa mendewa pemimpin+assobiyah puak melayu.

    Kalu BN tuh bersambung dr pak jd PM sampai anak jadi pm la nih.Mcm la tadak org lain.Gua arap nik aziz tak tergamak nak wat camtuh.

    2."Aku tunggu lah ni.Tapi takkan menunggu macam batu!"

    power siut ayat nih.wakakaka.Pikio2 kan le org PAS.

    ReplyDelete
  17. Malaikat Malik tu penjaga neraka..kah kah tak kan tak tau kot malik manusia kat dunia tu?

    significantnyer: satu Contoh bila BR ditugaskan menjaga Martabat Islam nanti: kepala dia ingat tentang untung maa lugi tatak aaa.lu melayu pigi aji bazir oooo.pigi klntn buang duit situ lagi babooot oo! itu melayu bodoh a? lu islam(pas ngan pkr) manyak babut aa. itu macam maaa-imiginasi aku lah!

    Yang paham:-

    "PAS pun sama Anak, anak menantu,....dikatakan kroni ala nabi>>?"

    kalau 2x5 tak der isu ler, tak ada hal lah.nik aziz pon kata merit..merit..merit..daa aku tak dengki pun sebab aku pun tak layak macam dia.Nko? aaa relax brot

    'Gua arap nik aziz tak tergamak nak wat camtuh..'apa lak main agak2! Kalu abduh tu tak merajuk kena pukul husam..silap2 nik aziz boleh kornerbaring macam mat rempit.Nko boleh larang cakap dia?

    Bahaya besar seorang pemimpin bersikap begitu. Bahaya besar..serupa macam nuar jer: tak boleh ke tak kaitkan mainan politik dia sat.(tak kafir punya) untuk bagi kerja sama dapatkan sempoi dna tu(dalam ajaran islam pun menuntut tegakkan keadilan begitu). Lepas tu nak sambung politik dia sambung lah.Tak kan dia takut dengan fatwa nik aziz 'agama tak leh dipisah dengan politik' sedangkan tegakkan keadilan diri tu tuntutan Islam gak..

    agak panjang. ayat buku teks form 5 aku guna.Aku try upgrade tak leh cam ner tu.

    ReplyDelete
  18. gua bole terima bro,

    1.Probnyer idea lu tak logik kot.DAP not that stupid kot.Even PAP kat singapore pon tak tepikir camtuh.Tak penah dengar lagi LKY tak kasi org melayu sing tak g haji.

    Realiti nya BN pon dah jln polisi camtuh ngn MCA.Y de hell the so called "negara islam malaysia" ade kasino terbesar kat SEA kat genting.Mana logiknya?Dah tentu desakan MCA.

    Lu tanak fight plak bab ni?

    2."Kalu abduh tu tak merajuk kena pukul husam..silap2 nik aziz boleh kornerbaring macam mat rempit.Nko boleh larang cakap dia?"

    Betul lu ckp, tp ape ending nya isu tuh?nik abduh berkuasa?arifahmi berkuasa?Tak jugak.Kalu ckp nik aziz semua org wajib patuh n kafir kalu tak ikut dah tentu org semua pollow jek.

    Boleh tak lu puji PAS sikit sbb ada check n balance?Mesti tak boleh nyer..hahaha

    Bab BN gua tayah sentuh kot.Warlord waris dr bapak ke anak.Dari jawatan ketua cawangan,adun,MP sampai la ke PM.Sapa mau larang maa..

    Lu mesti ckp ini keje mulia.Baka yg baik.Gua setuju je ngn lu..haha.Dah mmg UMNO style

    3.Kes anuar ni logiknya kalu mahkamah nak DNA die dah tentu die terpaksa bagi.Apasal ek mahkamah tak paksa dia?

    hahahaha

    ReplyDelete
  19. 1.Camner kenyataan LKY kepada orang Islam tu? Yang nik aziz ikut sama menari.
    ini cermin bila PR memerintah esok.Gabungan tersebut sangat tidak dipercayai, xdapat mempertahankan>>xmemurtabatkan Islam di sini.

    Oriantasi DAP 'mereka mesti dapat untung+rugi tak ada dalam kamus mereka=Tak dapat pun tak buat rugi apa kat depa.' Ini lah falsafah DAP yang diterap dalam politik dimana saja PR.Kurang/tidak penting jati diri mengganas di PAS dan melayu PKR yang selalu terkedu di tumpurung sempit mereka.

    BN berkongsi kuasa bersama komponennya dengan mempertahan struktur Malaysia yang ada. Satu struktur berasaskan susun letak dan keadilan>>memandu Penerapan kepada rakyatnya agar sanggup hidup dan mati demi mempertahankan Malaysia.Keadilan Islam yang jika mahu dirujuk oleh semua orang Islam khususnya.

    2.Jika Najib dikata mewarisi Ayahnya dan dimomokan sebagai kepimpinan yang korup dan hina, itu hanya permainan kata sahaja. Tidak jika pada kesenambungan negara.

    Aku puji pas bab fokus semangat politiknyer.Aset tenaga Islam.Tetapi aku berpendapat aset tu tersalah sasar di arena politik Malaysia oleh pemimpinya yang tak berapa kerat tu. nko nak jadikan check n balance dengan BN silakan. k

    3. Buah catur nya pada anuar. Ia diadili dikhalayak ramai dengan palitan peliwat di dahinya..dia hero kepada ‘ketidak adilan’ didunia ni lagi. sinonim dengan Mata Yahudi di lambang partinya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.