Skip to main content

BERSIH 2.0 : Konvoi Kelantan-Seremban-KL.



Oleh : AdukaTaruna

Jika diizinkan Allah, anak gua bakal berkad pengenalankan Kelantan. So, sebagai bapak kepada anak Kelantan, gua mencari sesiapa yang berminat untuk konvoi ke Demo BERSIH 2.0 Jun nanti. Gua umum skang supaya lu orang bleh stanby. Apa yang perlu ada untuk menjayakan konvoi ni adalah 2 golongan. 
  1. Pemilik kereta.
  2. Penumpang. 
Begini, bro. 1 kereta boleh isi 4 orang, termasuk si pemilik. Katakan ada 3 pemilik kereta yang berminat. Bermakna, 9 penumpang + 3 pemilik kereta boleh berkonvoi bersama-sama. Nanti kita bahagi2la supaya 1 kereta mempunyai sekurang2nya 2 driver. Penumpang yang mempunyai lesen memandu kita bagi2kan.

Kos minyak pergi dan balik pula, Kelantan-Seremban, adalah RM200 (kereta Mazda 323 gua RM150). Tapi janganla lu ajak naik Ferrari plak. Mampos la nak share minyak. Share 4 orang (termasuk driver) jatuh RM50. Dari Seremban, gua akan bawa lu ke satu port baik punya, untuk park kereta, dan berehat. Sebelum menaiki komuter ke stesyen KL. Stesyen KL sejengkal dengan Masjid Negara. Tambang komuter gua tak pasti skang. Katakan RM15 untuk pergi dan balik (2 hala).

Kalau drive kereta masuk KL, memang kompom payah punya. Roadblock gila babun. Naik pengangkutan awam ni pun sipi2 jer nih. Stanby la kalau keadaan sabotaj berlaku. Macam train / bas delay atau tak turun di stesyen2 sepatutnya.

Perbezaan kos.

Skang gua bagi lu perbezaan kos pulak. Kos perjalanan sahaja lah nih. Kos makan, kos rokok lu kira sendiri. Jangan lupa minta resit. Bleh claim kat JKKK tempat anda. Kos konvoi ialah RM50 + RM15 = RM65


1. Keretapi Wakaf Bharu - Seremban RM27. Pergi balik RM54. Tu baru sampai Seremban. Sampai KL, kena up lagi. Gua tak sure berapa, tapi rasanya melebihi RM65.

2. Bas KB-KL RM45. Sehala tu. Pergi balik RM90.

3. Basikal KB-KL RM20. Pergi dan balik. Tu sebab kira ganti tiub bocor.

Perbezaan masa.

Skang perbezaan masa plak. Tak kira masa untuk berak, kencing, merokok, sesat, etc.

1. Keretapi Wakaf Bharu - Seremban lebih dari 12 jam. Walau tulis kat tiket tu sampai dalam masa 12 jam. Gua tahu la. Dok ulang-alik sokmo g Mahkamah Seremban. Naik kul 7 malam kat Wakaf Bharu, sampai kul 10 pagi kat Seremban. Baru Seremban. Mau pukul 1 petang baru sampai KL.

2. Bas KB-KL 8 jam. Bergantung kepada kerempitan driver. Mmg cepat. Tapi gua ramal, pada tarikh berkenaan, masuk KL menggunakan jalan raya akan tersekat berjam2 di pintu masuk KL.

Sapa2 yang naik bas rombongan Cik Kiah anjuran PAS Kawasan plak, mmg kompon diarahkan patah balik oleh polis. Siap eskot lagik. Lu ingat pak lebai - pak lebai PAS ni pandai buat muka menipu ke? Tu belum kira bas diminta bermalam di balai polis lagik.

"Err saya dalam perjalanan ke rumah kenduri kawin, En polis."

"Kenduri kawin kepala otak lu. Kawan lu seat depan cakap nak g Sunway Legun."

"Err.. dia lain. Saya lain."

"Lu ingat gua bangang nak beza antara bas rombongan dengan bas ekspress ke Ostad?"

10 bas yang disewa PAS Kawasan, hanya 1 jer sampai time bertolak. 9 lagi dibayar 2 kali ganda untuk batalkan tempahan. Gigit jari pak lebai - pak lebai PAS ni. Paling kuat semayang hajat balas dendam sebelum pulang peluk bini. Kena bodoh sampai ke mati. Hampir 60 tahun kalah kena bodoh dek UMNO. Berapa rugi dah dalam tajuk kekuatan demo di KL nanti.

3. Kereta KB-Seremban 9 jam. Tolak 9 malam (lepas Isyak), sampai kul 6 pagi. Subuh, lepak, sarapan dan berak sambil berehat di Seremban, kul 10 pagi naik komuter. 12 tengah hari sampai Masjid Negara. Kalau sabotaj stesyen pun, ada masa lagi untuk sampai ke Masjid Negara sebelum Zuhur. Sebab Zuhurlah time peserta demo bercantum. Memang meriah.

Habis demo selalu petang. Bergantung kepada kekuatan peserta untuk putus asa atau tidak. Demo Melayu ma.. gua jamin tak makan masa berhari2 punya. Nak rempuh FRU pun takut. Selalunya pukul 8 malam gua dah ada di Seremban semula. Lepak, makan, berak dan jamak, pukul 10 malam drive semula ke KB. Drive gilir2 la. 1 kereta kalau boleh ada 2 driver.


Kalau sangkut kat roadblock.

Nanti, kalau jadi, gua story la sikit2 bagaimana. Apa yang penting ialah, pastikan bahan2 demo / parti seperti baju, risalah, stiker kereta, etc tidak boleh dijumpai polis. Dan jangan mengaku kita adalah konvoi. Biar 1 kereta berisi ulama sangkut, takper. Janji 2 kereta lagi lepas ke demo. Dari 3-3 tak dapat pergi ke demo. Sesiapa yang pegang falsafah biar Islam kalah, asal ulama tak kalah, gua tampar laju2.

Selebihnya kita bincang kalau jadi lah. Insyaallah.

Amacam?

p/s : HEROICzero jika lu hadir, jangan pakai baju Man U. Paham. Abg2 FRU adalah anti Man U.

Comments

  1. bro.. lu sudah pecah lobang awal2 apesal? nt pdrm buat gile dia org pi buat road block kat tgh2 jln komuter kat bdr tasik selatan lg susah. malaysia boleh bro...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu