Skip to main content

Beginilah. Kalau dah tamak sangat PKR ni.

Oleh : AdukaTaruna

Gua faham, jenama PKR maybe lebih diterima dari PAS, di Sarawak. Nak bagi kat PAS walau PAS adalah parti senior dan paling amanah, tapi pemimpin PAS tu tak reti dalam pembinaan jenama. 60 tahun biar Islam kalah peringkat negara asal ulama tak kalah peringkat parti. Cuma ada jenama DAP dan jenama PKR di Sarawak.

Calon2 dari PKR pulak ntah sampah dari mana dia pungut, gua pun tak tau. Janji Anwar ke Putrajaya sebelum tua. So, gua mencadangkan begini :

1. Tiket PKR, tapi calon PAS atau DAP.

2. Mat Sabu as Timbalan Presiden PAS (Penjelasan 1), kalau takda sekor Melayu dalam PAS pun yang sedia kalah untuk mengubah budaya penakut Melayu (Penjelasan 2). Jika Mat Sabu as Timbalan Presiden PAS, gua harap, rakan2 lain lebih segan untuk menuntut kerusi secara tidak sedar diri. Gua nak tengok tahap Azmin bincang dengan tahap Mat Sabu. Timbalan sama Timbalan.

Presiden PAS, tak perlu story. Orang dah tak respek dah. Menipu. Lim Guan Eng sendiri mengingatkan ulama tidak boleh menipu.
"Dia kena ingat, dia bukan mahu jawab dengan DAP, tapi dia mahu jawab dengan dia punya Tuhan".

Jika Allah izinkan, gua akan asak Hadi lagi dengan penipuan yang dia lakukan. Gua yakin bahawa dirinya tahu, terdapat 1 manusia yang tahu dia menipu. Dan Hadi sangat takut akan itu. Terbit matahari dari barat sekalipun lah, dia akan elak soalan dan hujah dia penipu.

Penjelasan 1.

Gua ucapkan terima kasih kepada pihak2 dalam PAS yang berusaha menyediakan suasana 1 lawan 1 bagi kerusi Timbalan Presiden. Jika Nash tidak tarik dirilah. Tapi jika Nash tarik diri, gua cadangkan ada 1 lagi calon menentang Mat Sabu bagi menyediakan pilihan yang lebih kepada PAS.

Dan untuk itu, semua perlu hati2. Supaya tidak berlaku Nash buat U-Turn dengan kaedah Sam PKR; menjadikan suasana pecah undi yang sama ketika pemilihan lepas.

Penjelasan 2.

Melayu bangsa dayus untuk berubah. Kalaulah ada sekor Melayu yang berakademik bagus, berakhlak baik, biar pun tidak dikenali dalam party; menawarkan diri bertanding sebagai Presiden PAS dengan manifesto, dengan penjelasan sebab2, biarpun kalah teruk sudah pasti, tetapi imbak yang sangat2 besar kepada budaya dayus dalam kelompok Melayu.

Tawar diri bukan tahap kasar macam gua. Tapi tawar diri dengan cara orang bertanggungjawab, professional. Dapat 2 pencalonan sudah cukup ke muktamar. Impak dia kepada sifat2 dayus / penakut / segan / anti-dinamik Melayu itu, sangat2 besar. Melayu masa hadapan akan belajar sesuatu dari Melayu itu.

Wallahualam.

Comments

  1. Jika ditakdirkan Md Sabu jadi Timb. Pres, dia perlukan seorang Presiden yg jauh lebih hebat, cerdik, cergas, berani dan berkarisma dr dia.

    Kita dah tengok macam mana situasi ketika Khairy menjadi Naib kpd Hishamudin dlm Pemuda UMNO. Tenggelam si lembab dan penakut.

    Paling penting di muktamar PAS peringkat Kawasan, kena ada ahli/pemimpin yg berani ketengahkan calon segar dan relevan. Bahaskan.

    Walaupun keputusan akhir ditentukan oleh undi setiap ahli ( yg mungkin tegak atas dasar status calon atau populariti, bukan atas hasil perbahasan ), yg penting pecahkan tempurung minda grassroot supaya lebih realistik dgn tuntutan politik semasa.

    Inilah masa yg paling sesuai utk bahaskan kepimpinan. Brainstorming. Cergaskan otak ahli.

    Jika sokong ape sebabnya? Jika tolak ape sebabnya?

    Walaupun proses perbahasan seringkali gagal & tidak mendapat kerjasama sepenuhnya ( ahli malas berbahas atau tiada hujah profesional jika menyokong @ menolak etc.), tapi kena usaha kejutkan minda2 yg tido.

    ReplyDelete
  2. PKR bukan tamak dalam mengejar kerusi untuk bertanding di PRN Sarawak. Tetapi PKR merasakan bahawa PKR sajalah yang mampu menafikan majoriti dua pertiga BN walaupun usia PKR baru setahun jagung kalau hendak dibandingkan dengan DAP dan PAS. Tambahan pula PKR dipimpin oleh pemimpin anugerah Tuhan iaitu Anwar Ibrahim. TGNA dan Lim Kit Siang bukan pemimpin anugerah Tuhan. Biasanya pemimpin sebegini mendapat Kashaf terlebih dahulu daripada orang lain sebab itu lah Anwar cepat-cepat menafikan beliau terlibat dalam video seks walaupun pada peringkat awal berita tersebut tidak menyatakan nama pemimpin yang terlibat. Jadi Anwar sudah tahu apa akan terjadi pada masa hadapan. Senang cerita berilah kepada PKR semua kerusi di Sarawak. DAP dan PAS hanya jadi penyokong sajalah sebeb mereka bukan dipimpin pemimpin anugerah TUHAN.

    ReplyDelete
  3. -hadi bukan menipu, tp die berijtihad..even die slah, satu phala ttap dpt kat die..waaa,manyak untung maaa..

    -nasha nk tarik diri?..mtk maaf je la..mustahil benda tu brlaku,sbb ulama wajib pegang jwatan timb. pres dan pres wlaupun bodoh piang dan kuat menipu,lgplak bkn org2 pas je yg suke konsep 'ulama gile kuasa' ni,org umno pun suke dan pasti akan bg sokongan pd glongan ulama,tggu je la skongan dr utusan dan berita harian..aku rase mat sabu sgt sukar menang jwatan timb.pres, sbb wlau nasha xnak brtanding, wakil ulama ,tuan man mesti akan meruskan legasi ulama dlm jwatan trtinggi parti..

    -bg aku,elok ulama yg pegang jwatan trtinggi, sbb diorang ade mazhab dua pahala,byangkan kalo mat sabu sbg timb pres, dan mungkin akan dtg die akan wat kputusan yg bengong, mampus kaw2 org tua tu kena kutuk, tp kalo ulama xpe..die kan ulama..ulama x wat silap..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...