1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

Feb 9, 2011

Rasuah: Ketua UMNO Pandan pitam ketika tuduhan dibaca

Sumber : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Feb. - Ketua UMNO Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap lapan pertuduhan pindaan menerima rasuah daripada seorang kontraktor, pitam di kandang tertuduh secara tiba-tiba ketika pertuduhan dibacakan.

Kejadian yang berlaku ketika pertuduhan dibacakan tidak sampai lima minit oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh, mengejutkan kesemua pihak termasuk anggota keluarga tertuduh dan para wartawan yang berada di galeri awam apabila kepalanya terhantuk pada kandang itu.

Isteri tertuduh yang turut hadir bergegas mendapatkan dan menenangkan suaminya yang mulai sedar. Difahamkan kejadian itu berlaku disebabkan Abdul Ghani tidak mengalas perutnya kerana berpuasa hari ini.

Prosiding bersambung setengah jam kemudian selepas Abdul Ghani memberitahu mahkamah bahawa dia masih mampu meneruskannya.

Abdul Ghani, yang diwakili peguam bela M. Athimulan kelihatan pucat dan tidak bermaya itu, masih tenang memberikan pengakuan tidak bersalahnya terhadap kesemua pertuduhan pindaan. - Bernama

1 komentar:

Hanz Newman said...

Dia tak sangka kot selama hari ni dia ambik (terima)rasuah rupanya. Ingatkan tu hadiah atau duit 'entertainment' ..duit kopi?

Ho ho ho

Dasar orang UMNO kurang paham Islam.