Skip to main content

Polemik terbaru Tantawi.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Malaysian Insider

Payah kalau Pak Lebai taraf kepompong tempurung mahu aplikasikan perintah agama dalam wadah separuh tiruan, separuh asli ni. PAS terjun guna undi. Nak tegakkan Islam guna undi. Nak ubah perlembagaan negara guna undi. Tapi, cara ikut Nabi yang tak perlu undi. Pembolehubah out!

Terbaru, Malaysian Insider melaporkan, Tantawi mengarahkan Agensi Penguatkuasa setiap negeri PR, bekerjasama dengan Jabatan Agama di semua negeri PR dan polis dan rela untuk mencegah maksiat di Hari Kekasih.

Mari gua mudahkan untuk lu orang.

1. Agensi Penguatkuasaan Kerajaan Negeri PR - Milik Kerajaan Negeri PR
2. Jabatan Agama - Bawah Pusat
3. Majlis Agama - Bawah Sultan Negeri - Bawah pengaruh UMNO
4. Polis - Bawah Pusat
5. Rela - Bawah Pusat

Pemuda PAS MENGARAHKAN [1] untuk bekerjasama dengan [2],[3],[4] dan [5] di Hari Kekasih. Haha.. tepuk dahi gua ke, tepuk dahi ulama yang sepatutnya?

Kita lihat lagi. (sejak bila pulak kerja gua dah jadi tukang mudahkan kepala otak PAS ni? Arghhh... buang masa misi gua.)

1. Tanpa kerjasama PAS dengan PKR dan DAP, jangan katakan memberi arahan seperti ini, mencadangkan pun tidak dapat. So, baguslah. Hikmah bekerjasama, PAS bukan sahaja boleh mencilok, malah lontaran ideanya dibahaskan, diambil perhatian.

2. Kita lihat kebodohan ulama ini apabila melihat prioriti Islam itu terletak pada seks. Satu [1] milik kerajaan negeri VS dengan empat [2],[3],[4] dan [5] milik kerajaan pusat.

Bagaimana yang empat itu [2],[3],[4] dan [5], sabotaj dengan menimbulkan kemarahan, isu, kontroversi yang tidak diduga? Dengan kehadiran ahli2 Pemuda PAS yang diarahkan memberikan kerjasama (perpaduan) di satu-satu lokasi, tercetus satu sabotaj. Penderaan fizikal misalnya, serbuan yang silap misalnya, provokasi melampau misalnya, gerakan yang menghasilkan kemalangan jiwa misalnya.

Adakah Ketua Pemuda PAS memiliki pembolehubah media untuk menjawab sesuatu yang berlaku? Memang keruntuhan moral adalah penting, tetapi bagaimana kaedahnya dalam wadah dan waqi yang sedang PAS lalui? Bodoh ya amat. Bersugi dan bersolat malam tidak membantu untuk menegakkan Islam melalui wadah undi jari.

Semak blog Tantawi.

Gua dah semak. Tiada kenyataan apa2. Mungkin Malaysian Insider salah lapor. Mungkin betul. Tidak mengapalah, nanti adalah penjelasannya tuh. Kita tunggulah seperti penjelasannya mengenai projek dakwah ke Genting Highland ketika dulu.

Kelantan tak sama dengan yang lain.

Pembolehubah Kelantan berbeza dengan pembolehubah negeri lain.

1. Kesemua kerusi Kelantan, 1 lawan 1, PAS vs UMNO.

2. Kelantan telah memerintah selama 20 tahun. Satu angka yang matang untuk rakyatnya faham mengapa begitu, mengapa begini. Kalau PAS memerintah Kelantan baru sepenggal dah mengunci Tadika Kemas, mengharamkan itu, mengharamkan ini, memang gua ludah jer muka MB dia.

Gua stori lu satu mori.

[1]

Sejak gua duk Kelantan ni, 2 kali gua kena ambush dek Majlis Agama Islam Kelantan. Cuma gua tak bising la. Malah bangga plak sebab wujud penguatkuasaan itu.

Kejadian 1 berlaku kira2 jam 9 malam. Di tepi jalan airport Pengkalan Chepa. Gua makan colek buah n pizza Islam Kelantan dalam kete gua. Sambil tengok kapal terbang. Tiba2, satu pajero rapat dengan pintu gua (pemandu). Manakala sekumpulan lagi berjalan kaki di sebelah pintu bini gua.

Tiada pemeriksaan dan kata2. maybe muka gua muka org berkahwin kot. Org2 Majlis Agama Kelantan terus berlalu lepas usha gua. No kata, tiada pemeriksaan, tiada provokasi, mereka terus ke kereta depan pula. Dan seterusnya.

Gua fikir Majlis Agama guna kaedah hantar sekor pengintip dulu la jalan kaki untuk tengok sama ada unsur2 berkahwin atau unsur2 kapel-mapel nih. Then info kat team bekap.

[2]

Untuk buat block silk screen, perlukan kayu petak2 tu. Saiz apa ntah. So, satu malam, gua merayap berdua naik motor dengan member gua sekitar kawasan perindustrian Pengkalan Chepa. Cari kayu yang dibuang. Malam tu malam tahun baru.

Baru nak parking motor di lokasi yang telah dikenalpasti, 2 bijik pajero berhenti mengejut belakang gua. Nasib baik gua nampak logo Kelantan besar kat cermin. Kalau tak, gua tafsir samun dah. Kalau guna parang, maybe lawan, maybe lari. Kalau pistol gua buat2 pengsan jer kat situ. Hahaha.

Mereka tak turun dari kenderaan. Tiada provokasi. Tiada kata-kata. Tiada sentuhan fizikal. Bila dia pastikan gua n member gua lelaki (tafsiran gua), diorang berambus. Tak lama. Tak sampai 2 minit pun.

Apakah pembolehubahnya?

Katakan kedua-dua kejadian ada pemuda PAS sebagai sukarelawan.

Di Kelantan.

1. Kesemua kerusi DUN Kelantan, 1 lawan 1, PAS vs UMNO.
2. PAS sudah memerintah 20 tahun untuk rakyatnya faham.
3. Pemuda PAS hanya beroperasi dengan Majlis Agama Islam Kelantan. Tiada bantuan dari agensi pusat walau polis trafik selama 20 tahun untuk majlis rasmi kerajaan negeri.

Di negeri Barisan Rakyat.

1. PAS paling ciput menang. 20 tahun Hadi teraju, PAS gagal di kawasan Melayu.
2. Baru memerintah setahun jagung. Media takda, kena fitnah bertubi2. Rakyat masih memerhati.
3. Pemuda PAS 'UG' pulak dengan agensi pusat. Polis dan rela. Cerdik sungguh. Nabi mesti syg gile nih. Masuk syurga tanpa hisab nih. Ondespot.

Biar Islam kalah. Asal ulama tidak kalah.

Cadangan.

Gua ingat, Pemuda PAS perlu kekalkan gerakan seperti yang mereka buat dalam konsert2. Tiada kenyataan mengarahkan entiti berasingan. Cukup sebarkan risalah by hand dengan senyuman. Buat dengan sendiri2. Memang akan ada bantahan, stendet la... tp, taklah jadi polemik macam skang ni. Ntah apa2 la lu ni Tantawi. Nak jer gua suruh lu keluar 3 hari follow tabligh.

Bukak kejap serban lu tuh. Kasi kulit kepala bernafas sket. Gua ajar lu. Apa program remaja sempena Hari Kekasih sebelum berakhir ke bilik2? Tengok wayang kot. Lagi uma? Dating kat Taman Tasik. Lagi zargus? Merempit.

1. Adakan tayangan atau teater menarik di Markas2 atau bandar2 utama negeri PR.

2. Sewa tapak kat shopping complek sebagai tektik, penuhkan dengan bahan2 kempen, merayap untuk sebarkan risalah kempen termasuk di luar perkarangan wayang.

3. Adakan group mesra remaja yang bertugas di Taman2 Tasik. Buat macam tabligh buat tu. Bagi salam dengan senyuman. Siap bagi kacang lagi. Pastu ceritalah tentang sirah yang menarik.

5. Adakan group dakwah rempit plak. Sekumpulan dalam 6-7 biji motor ke. Pakaian harus memaklumkan lu orang sebagai pendakwah. Jangan macam bond plak. Singgah kat mana2 kumpulan rempit yang melepak, tegur dgn hikmah, passing la risalah.

Jangan tegur time diorang berjalan plak. Dan jangan sesekali sebut word 5 minit. Kalau nak buat gak, jangan tanggalkan helmet.

Comments

  1. klu bro.sfh tahu,
    masak lu kene tarbiyah.^_^

    menang tarak penting bro,
    yg penting dakwah & tarbiyah.


    minta bro.SFH
    kasi sesi dakwah dan tarbiyah skit.

    ReplyDelete
  2. hahahaha....

    siol la lu Contact.
    berguling2 wa gelak.
    hahahahaha..

    agak2 la bhai..bagi can sikit kat mamat tu..nanti dia merajuk terus, susah.
    sape lak nak jadi panglima Hadi kat sini ^_^

    wa nak tambah, jgn lupa pakai selipar..^_^

    ReplyDelete
  3. Lu a, kucing hitam, macam la lu bagus sangat. Lu komen tak apa, tapi cara lu komen macam lu punya kepala lebih hebat dari 15 orang punya kepala. Itu ustaz punya cakap, bukan dari kepala dia sorang saja ma... Dia sudah bincang sama dia punya jawatan kuasa ma...

    Lu bising2 apa lu sudah buat sama itu kerja dakwah, berapa orang lu sudah kasi ilmu Islam, ajar sembahyang, ajar taat Allah, kasi orang nampak Islam itu agama cara hidup...

    Ini gang Ustaz aa, sudah banyak buat kerja itu berbanding lu, lu cermin lu punya muka dulu la...

    Kalau lu kasi jernih itu isu, gua manyak respek sama lu.., Kasi tau sama itu DAP, Gerakan dan MCA, minta dia olang duduk diam2, itu kerja dakwah mau kasi tahu sama orang Islam saja. Mereka Budha punya agama kasi Sami selesai saja la... kita tatak kacau ma...

    ReplyDelete
  4. Lek ar Din, ini blog die, die nk maki seranah pon tkleh nk wtpe. Die bkn "mengarahkn" tp die "mengeluarkan" statement

    Bro Aduka: mcm trauma jer, stiap kali posting asik cite psl tkleh terjah org tgh brjalan. Ke majlis fatwa dh kluar fatwa psl bnda nih?

    ReplyDelete
  5. bosan la blog lu sekarang.... dok citer pasal kelantan best jer.... wa nak rasa gak rumah kena roboh ke.... kedai ke sita ke.... budak sekolah tadika kean halau ke.... opsssss.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.