Skip to main content

Menuju PAS Baru vs Mengekalkan PAS Lama

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Alhamdulillah... tq Allah kerana menyediakan situasi sihat sebegini. Gua memang suka macam ni bai. Buku dibalas buku. Kaset dibalas kaset. Walaupun sebatang zakar ulama pun tidak muncul untuk berani menentang hujah Dr Mujahid secara berhadapan akan bukunya di pentas2 wacana, at least ada juga buku yang menjawab Dr Mujahid. Buku yang gua maksudkan ialah :

Menerjang Badai : 60 tahun mempersada perjuangan.

Tahniah kepada penulisnya, Riduan Mohamad Nor, kerana terjun dalam dunia perbahasan yang membantu pembinaan masyarakat intelek. Tanpa membaca buku itu lagi, secara nakalnya, gua memudahkan tajuk itu kepada perkataan seerti.

Melawan Tajdid : Pertahankan 60 tahun sebagai pembangkang.

Melawan Tajdid : Biar Islam kalah peringkat negara 60 tahun, asal ulama menang peringkat parti 60 tahun.

[2]

Lepas ni, gua sangat2 berharap akan ada wacana buku Menerjang Badai, dan dihadiri oleh penulisnya sendiri, dan disertai oleh Dr Mujahid. Cuma, tempatnya, kalau boleh, janganlah dibuat di Rusila. Bimbang pula DNA lelaki H akan berada di muka Dr Mujahid. Anda perlu tahu terdapat satu hukum Islam berkaitan dengan melawan ulama antarabangsa.

Sebenarnya, lama sudah gua nak ulas buku Menuju PAS Baru itu. Gua beli ketika menghadiri dialog bloggers bersama Kerajaan Kelantan. RM20. Gua ambil masa 3 hari untuk khatam. Gua ada juga terfikir untuk berpossing dengan buku itu bagi tujuan publisiti kepada rakan2 gua di kalangan student U dan golongan muda.

Memandangkan ada potensi damage terhadap hujah Dr Mujahid dengan publisiti oleh gua itu, kepada golongan jumud, gua lupakan ajer la. Allah mencipta satu sistem nyamuk lebih banyak dari katak. Katak lebih banyak dari ular. Lemah lebih banyak dari kuat. Bodoh lebih banyak dari cerdik. Konservatif lebih banyak dari tajdid.

Jika Allah tidak pernah mentakdirkan kemenangan total Islam itu, pada satu2 tempat; tercipta tajdid melalui pilihan undi jari, maka, ada asasnya mengapa kaedah langgar itu dipilih, walau dituduh bidaah dholalah atau biadap atau apa sahaja oleh golongan nyamuk / lemah / bodoh / konservatif / mengikut arus. IQ standard baka Melayu adalah rendah.

Cuma, semoga Allah munculkan 1 golongan masa hadapan yang membersihkan sejarah itu, tanpa membuang sisi-sisi salah pihak yang menang itu. Amin.

[3]

Tetapi, perkembangan muktahir ini, yang gua anggap ada kaitannya dengan perencanaan Allah terhadap hala tuju sebuah jemaah yang cuba berjuang demi perintah Allah itu, untuk satu-satu lekuk zaman, membuatkan gua bertambah yakin, dengan izin Allah. Dengan harapan Allah memberikan kita semua petunjuk, kita lakukan apa yang kita percaya, dengan apa yang terdaya kita. Setiap dari kita, sama ada dari sisi A atau sisi lawan kepada A, mempunyai Allah yang sama.

Gua akan cuba mendapatkan buku terbaru ini. Membacanya. Dan membandingkan dengan buku Dr Mujahid. Kemudiannya, akan memberikan ulasan. Insyaallah.

[4]

Pelbagai perkara menarik mengenai PAS yang Allah takdirkan menjelang muktamar. Hanya untuk golongan yang sentiasa mengharapkan Allah memasukkan mereka ke dalam golongan orang2 yang berfikir.

Rakan gua dari PAS Johor menyuarakan hasrat hatinya supaya Hadi dan kumpulannya kekal menang secara undi jari pada muktamar ini; jika Allah mentakdirkan PRU13 sejurus selepas muktamar PAS. Hadi dan kumpulan harus memikul taik2 mereka dalam keputusan PRU13 itu.

Mungkin sesuai dengan hadis, Allah akan timpakan kehinaan kepada orang2 yang tidak layak, tetapi tetapi tetap mahu memegang amanah. Mungkin kehinaan itu datang dalam bentuk jatuhnya Hadi dan kumpulan melalui revolusi, bukan undi. Berasbabkan dari keputusan PRU13. Sesuai dengan sunnah Allah terhadap setiap kepada pembaharuan dalam Islam. Wallahualam.

Rakan gua dari PAS N9 pula memberi satu khabar yang berlegar di sana. Yakni Hadi dan Nasha dikhabarkan tidak bertanding. Sebagai manusia, gua dan rakan tidak percaya sungguh. Tapi, hati itu milik Allah. Mungkin mereka digerakkan Allah untuk solat istikarah terhadap apa yang berlaku.

[5]

Bercakap soal solat istikarah, bimbang dengan kemampuan Melayu menetapkan falsafah, gua mengsyorkan lu orang melakukan solat istikarah atas falsafah :

Benarkah dalam lekuk zaman semasa ini, Hadi tidak layak memegang amanah seperti mana amanah yang dia pertahankan itu?

Bukannya seperti ini :

Antara Hadi dan AdukaTaruna, siapakah yang layak memegang amanah? Bodoh gile Melayu nih.


[6]

Buka otak Melayu anda, dan mari kita belajar dari takdir Allah. Semoga Allah masukkan kita dalam golongan orang2 yang berfikir.

Allah mentakdirkan, kumpulan Islam itu jatuh atas asbab akhlak pemimpinnya. Rasuah, maksiat dan kekejaman. Khalifah Islam terakhir di Turki jatuh akibat itu. Jika kita berada dalam zaman itu, mungkin kita semua akan menyokong Kamal Ataturk. Akibat kesialan, kezaliman khalifah Islam ketika itu. Gua mudahkan untuk lu orang.

Pembolehubah 1: Kumpulan Islam
Pembolehubah 2 : Tanah majoriti orang Islam, termasuk Islam munafik.
Sebab jatuh : Akhlak pemimpin Kumpulan Islam.
Kaedah jatuh : Revolusi. Bukan undi jari.
Yang menggantikan : Kumpulan Bukan Islam (KBI) termasuk Islam munafik.
Contoh : Khalifah Islam Turki jatuh digantikan Kamal Ataturk.

Dan sebelum berlaku revolusi Islam di peringkat satu2 negara, berlaku dulu revolusi dalaman kumpulan Islam itu. Dan berlakunya revolusi dalaman, bukan pula atas asbab akhlak pemimpinnya, tetapi atas asbab falsafah. Gua mudahkan untuk lu orang.

Pembolehubah 1: Kumpulan Islam
Pembolehubah 2 : Kumpulan majoriti orang Islam.
Sebab bangkit : Falsafah pemimpin Kumpulan Islam yang lari mengikut satu2 lekuk zaman.
Kaedah Bangkit : Revolusi. Bukan undi jari.
Yang menggantikan : Pemimpin Islam yang Allah takdirkan untuk satu2 lekuk zaman.
Contoh 1 : Marakbar Asri berlaku akibat falsafah. Hanya sedikit mengenai akhlak.
Contoh 2 (mungkin) : Marakbar Hadi berlaku akibat falsafah. Hanya sedikit mengenai akhlak.

Kita buat apa yang kita faham. Kita serahkan kepada Allah. Walau bertembung dengan pelbagai tajuk, kita semua tetap mempunyai Allah yang sama. Biarkan Dia jadi hakim, biarkan Dia jadi pengarah.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Comments

  1. Masalah sebenar bukan pas perlu diperbaharui tapi masalahnya ialah dgn presiden baru yg berotak lama. Hj Hadi hanya sesuai menjadi presiden pas di zaman 70an semasa pas dan umno bergabung dulu.

    ReplyDelete
  2. rajin menuntut ilmu dapat meningkatkan pemahaman kita, insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Pemikiran yg liberal demokratik VS konservatif@ortodok?

    Boleh ke Mujahid Rawa & gangs nak menongkah arus/jalan PAS bawah TGHH & his gungho members? Harus lemas la gamaknya.

    ReplyDelete
  4. lu petik ayat2 quran
    wa nak komen pon risau jd nye.^_^


    bg wa
    zaman hadi dah berlalu,
    berikan ruang sahabat2 lain
    utk mengemudi parti ni..
    tp klu bertegas gak utk ptahankan..
    tarak hal..
    ni kan pemilihan bersifat demokrasi.^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.