Skip to main content

Melayu bodoh sokong ikut jenama dan sentimen.

Oleh : AdukaTaruna



Mengurangkan kuasa BN boleh memberi manfaat terbaik kepada rakyat. Bila kedua-dua pihak tidak boleh kuat kerana kita seimbangkan kuasa mereka, maka mereka tidak berani bertindak jahat. Malah berlumba2 berbuat baik untuk sokongan kita.

Untuk mendapat itu semua, kita perlu grab pengundi muda, manakala pengundi tua semakin hari semakin berkurangan. Pengundi muda pula boleh dicapai melalui internet.

Setiap orang ada peranan sendiri. Setiap sisi perjuangan sendiri. Gua pula memilih untuk menghapuskan doktrin bodoh Melayu yang memilih berdasarkan jenama.

UMBRO atau UMNO, ADIDAS atau PAS, PUMA atau ULAMA, Melayu memilih berdasarkan jenama dan sentimen. Bukan polisi, bukan keahlian.

Comments

  1. Dalam kontek Malaysia fahaman pembangkang nak meimbangi kerajaan dengan menolak kuasa 2/3 di parlemen bukanlah alasan munasabah mencari kebaikkan buat negara ini. Melihat apa yang ada pun semua dasar2 yang di gubalsukar dilaksanakan malah menjadi momokkan semata-mata. Itu kerana politik Malaysia ibarat pembangkang suka mengejar kerajaan. Sedangkan apa yang dikejar tak dapat manakala yang dikendong keciciran. Adakah rakyat semua tahu dan ingin begitu.?

    ReplyDelete
  2. Tak tahu nak undi sapa .
    tak tahu nak sokong sapa
    2x5 shj .....semua demi kepentingan diri sendiri
    bila musim mengundi menjelang banyak sandiwara2 dan janji2 ...bila lepas .....ada yg palsu ada yg ......tersangkut gitu ja.
    kerajaan utk rakyat .klu rakyat tak sokong .....bye bbye ...

    ReplyDelete
  3. ingatlah wahai ORANG MELAYU...
    sekali kita salh pilih selamanya kita rugi...andaian saya begini:
    pas/pkr menang dap yang berkuasa. dap sengaja melaga2kan melayu2 dlm umno pas pkr...lebih banyak kita berpecah lebih mudah mereka mencelah.
    kita melayu ni hanya ada sikit kuasa lagi yang membolih kita survival dibumi bertuah ni. tp kalau kuasa kita dh berpindah tangan kepada bangsa laen habislah kita merana dibumi tercinta ini...
    lehat di perak/selangor MB melayu dibelakang exco dap pegang tengkuk mb ini..mereka yg pusingkan mb tu kekiri kekanan...klu melayu xsdar lg tak taulh bagaimana ank cucu kita nanti dan tak mungkin kita mcm rakyat pelestin...
    satu lagi anda perlu ingat dap adalah adek abang pap singapore!

    ReplyDelete
  4. Weh le .. sape bersuare sumbang tu? Kalau bukan oghang Perak, tok usah labun lebih lebih sangat yob. Agak-agak le jilat UMNO tu, Melayu ke mane Islam ke mane hale? Tumpor.

    UMNO tu drp dulu sampei sekarang bukan keliling deme tu Cine & india? Ate? Ape masalah DAP kelilling Nizar?
    Hidop yo berakei yob. Mati besok-besok, jangan jadi hantu!

    Ho ho ho

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...