Oleh : Lelaki Ini.
Bro.
Gua pernah kerja kat Arab Saudi lebih kurang 2 tahun. Area gua sekitar Jeddah,Tha’if, Makkah dan Madinah. Ibu negara Riyadh gua tak jejak. So mungkin pandangan gua terhad kat sekitar ni je la.
1.
Arab Saudi guna sistem monarki mutlak, bukan demokrasi berparlimen seperti Mesir, Tunisia, Algeria atau Palestin. Arab Saudi hanya boleh diperintah oleh keturunan Raja Abdul Aziz As-Saud, dan Al-Qur'an jadi perlembagaan negara.
Kalau negara demokrasi, pilihanraya adalah satu-satunya wadah. Kalau wadah dicabuli dan tak boleh dipercayai lagi, maka wadah revolusi dipilih untuk menggantikan kerajaan. That’s mean ada pengganti iaitu dari kalangan parti politik lain.
Kalau sistem beraja, lu nak guling melalui revolusi, then siapa penggantinya? Tentu dari kalangan kerabat yang sama, iaitu keturunan Saud. Tolak abang ganti adik?
2.
Sepanjang gua kat sana, gua tak nampak pape isu besar yang boleh membangkitkan pemberontakan rakyat.
- Minyak murah gile
- Sebesar-besar highway takde tol
- Harga kenderaan murah tak hengat. Member gua selamba je beli Chevrolet lepas 2 bulan kat sana. Dah boring tukar Camry plak
- Harga barang sederhana, ada mahal ada murah
- Indeks jenayah menurun dari hari ke hari. Cuma kecoh sikit dulu pasal ancaman militan je la, lepas bangunan kat Riyadh kena bom
- Gaji penjawat awam, sektor swasta dan professional tinggi beb. Kalah gaji gua yang kerja oversea masa tu, haha. Tu yang ramai nurse Malaysia kat sana, sebab gaji melampau-lampau tingginya
Hmm.. takkan rakyat Saudi nak bangkit sebab kerajaan haramkan wanita memandu kot?
3.
Sebenarnya kebanyakan penduduk di bandar-bandar besar adalah bukan orang asal Saudi. Kebanyakan diorang ni dari negara luar. Even kalau bangsa Arab pun, dari negara Arab lain.
Try masuk Hospital King Abdul Aziz. Ramai doktor dan nurse dari Lebanon, Mesir, Jordan, Malaysia, Indonesia, Filipina. Mai masuk tempat kerja gua plak. Tu dia 1Dunia berkampung kat situ.
Dari admin office, bawak ke factory, sampai ke construction site. Director, manager, engineer, QS, surveyor, technician, general worker. Semua dari Mesir, Lebanon, Palestin, Jordan, Bahrain, Itali, Turki, China, India, Pakistan, Malaysia dan Indon.
Main contractor Ben Laden Group, pengasas memang local Saudi. Tapi pekerjanya majoriti dari negara luar. Pendek kata, orang luar mendominasi bandar-bandar besar di Arab Saudi.
Biasanya revolusi dicetuskan, dimarakkan dan digerakkan oleh rakyat tempatan. Orang luar kalau berlaku pape balik negara memasing la beb.
Wallahua’alam.
eh bro lelaki_ini, wujud lg rupanya. ingatkan dah syahid. bahahaha.
ReplyDelete