Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 26, 2011

Demo BERSIH Jun ini : Gua sahut seruan Tantawi.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Tantawi

1. Jalan raya gua dah anggap isu Tukar Tiub. Sinonim. Tukar Tiub plak ada ramai blogger. So, gua nak tengok Tukar Tiub dan budak2 dia kempen kaedah jalan raya untuk BERSIH.

2. Gua ada 6 adik-beradik, belas sepupu sepapat, ratus kawan. Gua peruntukkan RM30 untuk sms mereka memberitahu betapa pentingnya jalan raya untuk demokrasi.

3. Gua mungkin naik keretapi dengan budak2 Kelantan. Rancang perjalanan anda dengan rapi. Datang sehari lebih awal, kerana malam sebelum demo pasti akan ada roadblock besar-besaran, pengangkutan awam yang 'delay', etc.

4. Sape pakai baju kuning (tak kira BERSIH atau tidak) semasa perjalanan, bawa dalam beg, etc, gua isytihar bodoh nak mampos. Baju kuning kena lipat dan masukkan dalam spender. Wanita tak payah pakai baju kuning la senang. Kalau nak jugak kuning, just pengikat kepala jer.

5. Port berkumpul masih belum diumumkan lagi. Tapi gua syor, kepada yang berkeluarga, terutama wanita dan awek2, pilih port Masjid Negara, kalau itu antara port yang diumumkan. Walau Masjid Negara akan dikunci, dimatikan air dan aircond, tetapi pengalaman lepas, rakyat berjaya merempuh masuk. Lagipun ada banyak tandas di sekitar, dan berada dekat dengan stesen LRT / keretapi.

Jika berlaku apa2 yang membuatkan berpecah, boleh naik LRT, dan turun di KL Central. Berkumpul semula di sana.

6. Jika port berkumpul di Masjid Jamek, pastikan anda tidak berada di dalam kawasan masjid. Ia umpama perangkap bubu. FRU kepung pintu depan sahaja, sampai besok pun lu tak boleh keluar. Keliling semua sungai, ma.

7. Hasrat gua nak jumpa uma buat kali terakhir tak kesampaian. Dia dah lari awal2 ke Ireland. Takper.. gua jumpa lu orang jugak. Sila gantung nickname lu orang guna manila kad kat leher. Senang gua nak tegur. Haha. Maybe kita port dengan Chegubard n SAMM.

8. Kepada yang baru (yang lama pun),

a. Sila bawa air mineral, garam, dan gula2 yang bermentol / berangin. Hack ke, mentos ke.

b.Pakai kasut sukan atau safety boot. Jangan ngengada nak pakai selipar or kasut tumit tinggi plak. 

c. Umumkan kehadiran anda kepada rakan2 atau saudara-mara. Nanti kalau lu hilang, senang rakan or sedara-mara nak backup. Selalunya, kehilangan akan disemak dengan Unit Amal. Dia ada database siapa yang ditangkap. Kalau lu tak tahu siapa lu nak hubungi, lu email gua adukataruna2008@gmail.com or FB gua di AdukaTaruna. Gua akan minta SAMM tolong sahkan status. 

Kalau gua pun kena tangkap, sahabat2 dan saudara-mara yang ingin mengetahui status orang hilang, bolehlah pastekan maklumat kehilangan di ruang2 komen dan shoutbox di blog2 politik pro Barisan Rakyat. Atau jika BERSIH menyediakan laman web khas, anda boleh memaklumkan di sana.

9. Jika anda ditangkap, jangan bimbang. BERSIH akan sediakan peguam percuma untuk anda.

10. Jangan bawa duit yang banyak, dan harta benda yang berharga. Kang ada plak yang turun demo ala2 wanita UMNO melaram barang kemas di perhimpunan agong kang. Pastikan duit stanby berada bawah tapak kaki, dalam stokin anda, atau mana2 tempat yang sesuai.

11. Pastikan kredit enpon anda mencukupi dan bateri enpon anda full. Bawa peralatan rakaman untuk catatan sejarah. Jangan bimbang, anda berada di luar zon Rusila.

12. Gua harap demo BERSIH akan dihadiri oleh KITA.

7 comments:

SysOp said...

Bhai AT,

Gua insyaAllah akan pergi sebagai perakam sejarah Malaysia... hahaha... lokasi gua mesti dekat dengan trak water cannon FRU... hahahaha... Jumpa disana....

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

AdukaTaruna said...

Lu dok sebelah ulama antarabangsa ke bro? Hehe

MOH KEMBARA said...

Salam AT, boleh tak ada dr U all tolong rakam gambar polis/fru yg belasah protestor? Tunjuk gambor mangsa kena belasah mmg patut dan akan menimbulkan kemarahan dan semangat kita nak lawan tp kalau kita tempek muka kaki belasah tu dlm blog/website dan buat muka cam WANTED kan lagi bagus. Kot diorang pun nanti jadi femes. Diorang pun mesti ada kawan2, kuarga dan sedara mara, kalau muka jadi WANTED, baru diorang segan sikit. Ni cadangan jer.

AdukaTaruna said...

Dah banyak vid macam tu kat youtube, moh kembara.. tp.. kali ni pun, insyaallah. pasti ada lagi..

Restless said...

gua tk pegi.sakit perut.

sejahtera39 said...

apsal lu orng ni jagi manusia BODOH
yang ada anak bini apakau orang dapat dan tak kasiahan ke pda anak2 kauorang tu...ada mak bapak xserupa makbapak orglaen..
dh molek hidup aman damai nak berdemontrasi pulak untuk apa? jgn lh menyusakan keadaan hudup anda semua. kasihanilh ibubapa dan kluarga anda.

Restless said...

sejahtera39.gua tkdk mak bapak.gua bujang lagi.bleh la pegi ye idak?kan?kan?lu tk pegi ke?lu ni anak mak kan?hua hua hua.keje kerajaan eyh?