Skip to main content

Definasi blog paling berpengaruh.

Oleh : AdukaTaruna

Gua nak kongsi pendapat dengan lu orang satu perkara yang tak berapa penting sebenarnya. Yakni definasi blog berpengaruh yang tipikal dengan pemahaman kita. Macam biasalah, kemampuan kita untuk menetapkan falsafah, dan menetapkan pembolehubah. Setuju, setujulah. Tak setuju, tak setujulah.

Tadi gua ada baca di Top Ranking Online. Dia memberikan tajuk ranking blog paling berpengaruh untuk carta yang diukur dengan jumlah audien. Di sini, untuk tajuk yang remeh temeh ni, gua berpendapat, Top Ranking Online (TRO), gagal memecah dan mengasingkan pembolehubah2 yang wujud. Popular tidak semestinya berpengaruh.

Pembolehubah yang wujud dalam blog.

1. Blog Kopipes.

Dalam ranking yang diberikan TRO, terdapat banyak blog kopipes yang update dengan kerap secara kopipes dengan agensi berita utama. Ianya sudah pasti menjimatkan sedikit masa, sedikit tenaga dan banyak dalam psikologi pelayar internet untuk membuka setiap laman rasmi berita berasingan yang banyak itu.

Blog jenis kopipes juga boleh bercampur aduk dengan pendapat pemilik blog atau penulis kerap pada blog tersebut. Kita mudahkan begini :

% kopipes : % pendapat.

Gua mendakwa, blog 100% sehingga 40% adalah kopipes adalah blog yang popular yang mungkin sesuai untuk pengiklanan, tetapi berada di luar tajuk pengaruh.

Antara Blog Kopipes yang gua dakwa ialah :

1. Anak Sungai Derhaka
2. Kedah Online

2. Blog Kopipes-seks.

Penjelasan yang sama juga dengan kategori 1 di atas. Tetapi kopipes blog ini lebih kepada berita2 yang memiliki unsur seks. Dari kesemua artikel jenis kopipes yang wujud di blog ini, 5% daripadanya adalah jenis seks, gosip artis, etc; gua anggap tinggi.

Antara Blog Kopipes-seks yang gua anggap ialah :

1. Biaqpila
2. Greenboc

3. Laman Audien.

Laman audien yang gua guna merujuk kepada satu tempat yang dipenuhi oleh orang (audien) atas beberapa sebab tertentu. Namun, keramaian audien yang berada di situ masih belum boleh dipanggil pembolehubah kepada pengaruh.

Contohnya Pasar Besar Siti Khatijah mempunyai audien yang lebih ramai dari audien bilik mesyuarat exco Kelantan. Tetapi, adakah pasar itu boleh diletakkan sebagai berpengaruh? Tidak. Pasar itu lebih popular dari bilik mesyuarat exco. Tetapi bilik mesyuarat itu lebih berpengaruh. Boleh mendesak. Boleh menentu dasar. Boleh menekan dan sebagainya.

Cuma audien adalah satu alat / tempat bagi mereka untuk menyampaikan hujah. Muhammad saw dan cendekiawan2 bermula dengan berkongsi pendapat / hujah di pasar2 (laman audien). Pengaruh itu datang sendiri tanpa perlu dicari, tanpa perlu kopipes-seks.

Antara Laman Audien yang gua listkan ialah :

1. Facebook
2. Laman2 forum seperti Tranungkite

4. Blog Berpengaruh Berjawatan.

Sebenarnya, blogger yang berpengaruh mempunyai kemampuan menekan sesuatu kumpulan. Popular atau tidak hanya dalam kiraan unit kunjungan audien hanya satu bonus. Berjawatan itu sendiri adalah satu pembolehubah terbesar untuk tajuk ini.

Terdapat pelbagai pembolehubah yang menyebabkan unit audien itu tidak menyebelahi Blogger Berpengaruh Berjawatan. Contohnya begini :

Katakan dari 27 juta rakyat Malaysia, 10 juta darinya adalah pengguna internet secara tegar (pengguna internet sikit2, sekali-sekala, kita buang terus). Dari 10 juta pengguna internet, 4 juta darinya adalah peminat politik. 6 juta lagi (terutama pompan) lebih kepada sosial dan gosip-mosip. Kesimpulannya, pembaca politik di internet hanya 4 juta sahaja. Statik.

No 1.   4 juta pembaca politik masuk ke Blog 2 (kopipes-seks) sehari membuatkan rankingnya tinggi.

No 2.   4 juta pembaca yang sama masuk ke Blog 3 (blog berpengaruh berjawatan) seminggu membuatkan rankingnya di bawah.

*Pembolehubah kepada No 1 dan No 2 adalah kadar update.

Apa yang kita dapat lihat? Blog 1 lebih popular dari Blog 3. Tetapi siapakah yang lebih mempengaruhi 4 juta pembaca yang sama? Popular tidak semestinya pengaruh. Inilah ilmu pembolehubah yang gua dakwa genetik Melayu terutama anak2 Melayu yang menjadi ulama kemudiannya tidak pernah tahu dan tidak pernah mampu untuk menguasainya.

Off topik.

Mengapa gua mengatakan anak2 Melayu yang menjadi ulama kemudiannya?

1. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang ketat, anak2 Melayu jenis yang lembab, lurus, penakut, selalu dibuli, terpaksa belajar lebih keras untuk bersaing dengan anak2 cerdik, majoritinya menjadi ulama, akauntan, chef, seni mekap.

2. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang ketat, anak2 Melayu yang biadap, berani, cerdik, majoriti pergi ke bidang sains.

3. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang macam celaka, buat anak pandai, tapi didik tak pandai, anak2 Melayu jenis yang lembab, lurus, penakut, selalu dibuli, majoritinya menjadi bapok, pelacur, gro, penagih dadah kategori mangsa, miskin tegar sejak keturunan tanpa berjaya bangkit, etc.

4. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang macam celaka, buat anak pandai, tapi didik tak pandai, anak2 Melayu yang biadap, berani, cerdik, majoritinya menjadi samseng, pemimpin kuku besi, pemimpin penggadai harta rakyat, penagih dadah kategori pemangsa, penyeludup, bapa ayam, etc.

On topik.

Antara Blog Berpengaruh Berjawatan yang gua dakwa ialah :

1. Chedet
2. Chegubard
3. Cina Islam

5. Blog Berpengaruh Tulen.

Ini adalah blog berpengaruh sebenar. Yang memiliki pengaruh berdasarkan kekuatan pendapat, kekuatan pengalaman, kekuatan hubungan dan sebagainya.

1. Tukar Tiub

Tukar Tiub adalah seseorang yang menulis tanpa jawatan. Mempunyai ramai pengikut yang juga memiliki blog (media). Mendapat bonus sebagai blog popular untuk setiap audien per hari. Menentang Tukar Tiub bermakna terpaksa menentang audiennya dan menentang media (blog dan facebook) yang mengikutinya.

2. Penarik Beca

Pak Bakaq adalah seorang yang hidup tanpa gaji melalui jubah ulama. Mempunyai pengikut. Memiliki sidang usrah sendiri. Mempunyai jaringan hubungan yang terbentuk lama. Kekerapan updatenya yang agak terganggu akibat kekangan wang dan masa dan peristiwa kebelakangan ini menyebabkan rankingnya jatuh.

3. MSK

Mat Saman Kati adalah blogger PKR yang selalu dilihat melawan pendapat termasuk dari Anwar sendiri. Walau rankingnya agak tidak stabil, tetapi dia adalah blogger atau penulis yang berpengaruh. Gua ingat Sam pun tak berani bertentang mata dengan MSK.

MSK dan team adalah tulang belakang dalam menghidupkan budaya debat berzakar dalam pemilihan pemuda. Gua tak fikir mana2 pemuda parti lain berani duduk dalam budaya ini, termasuk dari PAS. Sebab itu gua guna istilah debat berzakar.

4. MSO

MSO adalah blogger yang memiliki hubungan dengan elit2 politik. Mempunyai pengikut tanpa jawatan, dan tanpa logo parti. Memiliki media bukan internet (SIASAH).

5. Parpu Kari

Parpu Kari juga adalah blogger yang mempunyai pengaruh tersendiri. Oleh kerana pembolehubahnya ialah bantuan kewangan dari UMNO yang dipercayai team Mahathir, maka, gua letakkan dia di ketulenan no 5 (jika ada contoh lagi, maybe ketulenan Parpu Kari lebih jatuh).

6. Mod Salah Guna Kuasa.

Mujurlah seorang moderator laman audien (forum TKO) tidak dipanggil blogger. Untuk tajuk terakhir ini, gua merakamkan sejarah uma. Mod TKO yang dipecat (melalui rombakan). Ketika dulu, sebelum gelombang lawan Hadi besar sebegini, uma telah menyalahgunakan kuasa sebagai mod dengan melihat IP2 forumers wanita yang berada di luar negara. IP Malaysia dia tak layan. Niamakahai!

Pendekkan cerita, uma ayat satu awek ber IP Ireland. Dan terus meminang. Mujur tak guna hujah mimpi pemimpin Ikhwan Muslimin menyuruh saya meminang anak Presiden PAS bapak mertuanya. Kini dah ada sekor uma Jr. Ketika dia salahguna kuasa, dia tidak dipecat. Tapi sebab dia lawan Hadi (sebab 60% dipecat) dan sebab dia team plak dengan gua (sebab 40% dipecat), maka, kini dia pun dipecat.

Wallahualam

Comments

  1. Suka post takper.. suka Heliza Helmi, gua tampar lu ala2 Rusila

    ReplyDelete
  2. blog berjawatan wa suka gak blog Khalid Samad.

    blog berpengaruh tulen wa suka gak Al-bakistani, ostad Zaharudin dan noradanish.com ^_^

    p/s: debat berzakar? biadab sungguh lu ni! wa cadang tukar kpd debat bertelur..agak sopan sikit.

    ReplyDelete
  3. Debat bertelur? Pompan pun ada telur, ma.. ayam yang chiken pun ado telor. Hua3.. cer lu tanya batu api. Ada telor tak? Ado...

    ReplyDelete
  4. Gua anak melayu yg no.2....
    tp biadap tu xder la kat guru, mak n bapak.....

    ReplyDelete
  5. bila time TKO lu bedal teruk skit yer dari yang lain..... hahahahaha..... bab uma guna TKO untuk cari jodoh tu wa tertarik..... ni msti cinta ana anta ni.... dak pun cinta antara AJK MPM atau PMI kat universiti... hahahahahaah

    ReplyDelete
  6. apa pendapat lu tentang blog gua yang sememangnya kopipes? (tag: wadah kecil pengumpulan ilmu,....)

    ReplyDelete
  7. Kali ni memang lu punya entri ada menarik perhatian aku...terutamanya bab blog tulen tu..

    Tapi ini entri sudah bercampur-campur dgn sesi sindir-menyindir yang aku paling seronok baca..

    Pandai lu main selit2 ya..

    ReplyDelete
  8. wa rasa
    mod uma team dengan lu
    tu yg dia jadi jahat.^_^
    lu ada pakai "guna" kat mod uma ke?

    ReplyDelete
  9. blog mantot www.cursingmalay.blogspot.com terbaik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu