Skip to main content

Calon hilang : Jangan sampai fatwa haram muslimah bertanding.

Oleh : AdukaTaruna

Ketika zaman kegelapan melampau Malaysia dulu, UMNO menubuhkan pemuda tahan lasak yang berfungsi as gangster. Calon2 muslimah berada dalam waqi (suasana) terancam. Maka, ulama telah mengeluarkan fatwa mengharamkan wanita bertanding, berdasarkan pembolehubah semasa.

Kini, kadar kegelapan ada sedikit berkurangan, di mana, fatwa itu telah dimansuhkan. Calon wanita boleh menjadi calon dengan beberapa syarat yang digariskan. Termasuk berkempen dengan iringan yang berfungsi menyelamatkan calon wanita itu dari fitnah dan bahaya.

Contoh Cikgu Normala berkempen dengan diiringi suami, muslimah, jemaah dan kumpulan sokongan Pakatan Rakyat. Ianya boleh melindungi satu2 calon wanita itu dari sebarang bahaya.

Apa yang mendukacitakan, dari laporan media internet, calon muslimah pro-M berkempen tanpa iringan kumpulan setiap ketika. Tiada kumpulan sokongan lelaki, tidak ramai kumpulan iringan wanita. Dan dibenarkan bersendirian ketika membeli topup. Dan, kejadian hilang pun berlaku. Kalau hilang di masjid Rusila, gua boleh teka. Mesti berada di Tingkat 1.

Cadangan.

Jika kesemua pihak terlibat berasakan ianya sesuai, gua mencadangkan, satu badan bukan parti politik secara mutlak, seperti SAMM atau Unit Amal, menyediakan perkhidmatan iringan kepada setiap kempen calon muslimah dan wanita kepada bukan Islam, yang bertanding di university2.

Sentiasa berkamera (kecuali di Rusila), dan sentiasa berkumpulan.

Wallahualam.

Comments

  1. betul.. betul lah. klu salah.. salah lah.. wa amek moto lu duka..
    atas dasar darurat apa.. muslimah perlu bertanding? jadi khalifah?
    kalu dasar islam.. dan kita halalkan cara... mmm.. teluih kelingking teluih la jari kaki kat lubang idungnya!
    wa sanjung wanita.. dari 2 kaki depa wa mula tengok dunia nih..
    wa akui sumbangan depa diperlukan dan amat2 diperlukan.. dalam banyok bidang.. tapi bukan ngan bersilat sinsing kaing kat ataih politik ..
    kalu hadi berlari bapak lari kat luuu..
    camano muslimah nak lari kat brahim katok perkasa??
    atau lu yakin muslimah lagi perkaso dan jantan dari Hadi dan SFH..
    wa tak sokong demi memuliakan species omak wa.. depa tak layak dihina oleh politik masia yg hino..
    wa yakin waqi tu takkan tiba utk muslimah wlaupun di hari tuhan gulungkan dunio..

    ReplyDelete
  2. Ini adalah perkongsian pendapat saya, bukan nk menyerang atau nk 'memangkah' sesape. Saya buat hujah ini bila kawan saya guna surah An-Nisa ayat 34. Ini adalah hujah saya

    Terjemahan 4: 34

    Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita. Sebab, Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-l...aki) telah menafkahkan sebagian dari harta-harta mereka. Oleh karena itu, wanita-wanita yang salih ialah yang menaati Allah lagi memelihara diri di belakangan suaminya karena Allah telah memelihara (mereka). Sementara itru, wanita-wanita yang kalian khawatiri perbuatan nusyûz-nya, nasihatilah mereka, pisahkanlah mereka dari tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Akan tetapi, jika mereka menaati kalian, janganlah kalian mencari-cari jalan untuk untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha tinggi lagi Maha agung.

    "Men are (meant to be righteous and kind) guardians of women because God has favored some more than others and because they (i.e. men) spend out of their wealth. (In their turn) righteous women are (meant to be) devoted and to guard what God has (willed to be) guarded even though out of sight (of the husband). As for those (women) on whose part you fear ill-will and nasty conduct, admonish them (first), (next) leave them alone in beds (and last) beat or separate them (from you). But if they obey you, then seek nothing against them. Behold, God is most high and great.

    arabicnya "Ar-Rijâl qawwâm ‘alâ an-nisâ’" atau melayunya "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita" atau inggerisnya "Men are (meant to be righteous and kind) guardians of women"

    Di sini kita melihat ade perbezaan terjemahan utk perkataan "qawwâm". Saya anggap hujah pemimpin semestinya lelaki adalah dari anggapan "qawwâm" itu "pemimpin". Tp kalo kita tgk balik, kebanyakan tafsiran perkataan "qawwâm" dalam bahasa inggeris adalah "guardians" atau "protectors". Pada zaman itu, panggilan utk ketua ialah "amir". Ini menunjukkan perkataan "qawwâm" mmpunyai khilaf dari segi makna. Dan ayat ini turun adalah utk menyelesaikn satu kes rumah tangga yg diadili oleh Nabi Muhammad. Utk mengatakan ayat 4:34 adalah hitam putih kepada 'kempimpinan lelaki' adalah lemah dan kurang hujah dari segi ilmiah. Menggunakan satu ayat tanpa back up dari hadis dan sirah adalah bahaya kerana ayat 107:4 telah "mencelakakn org yg solat". Tnpa sambungannya pada 107:5, kita tk tahu celaka itu adalah pada "meraka yg lalai dgn solatnya".

    Dengan ini kesimpulannya, kepimpinan wanita tidak dilarang melalui ayat Al-Quran ini secara jelas. Ada hadis yang dapat menyanggah kepimpinan wanita. Cuma tujuan hujah ini adalah utk mengatakn ayat 4:34 tidak menolak kepimpinan wanita. Ini cuma pendapat saya. Mgkin salah mgkin xsalah. Tak ikut saya tk dapat apa2, ikut sya mgkn boleh sesat. Minta maaf.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.