Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 10, 2011

“Bila tak layak, ‘haram’ ana pegang jawatan,” kata Ustaz Yahya Othman

Oleh : Nota Merah

Ustaz Ya diramahi Abang Mat dan Ustaz Wan Ji al-Bakistani di kediamannya, Machang petang tadi | gambar: Zainulfaqar

Laporan | Selepas saya menulis entri Jom ramai-ramai kita bunuh Dr Mujahid & bakar buku “Menuju PAS Baru”! dua bulan yang lalu, saya sendiri beriltizam untuk bertemu dengan Ustaz Yahya Othman di Kelantan.


Sudah lama tidak bertandang ke rumah Sang Murabbi aliran ummul qura’ tersebut. Khabarnya ulama yang menerima tarbiyyah Ikhwan Muslimin itu kian uzur dihambat usia tua.

Ketika bertatih-tatih dengan dunia aktivitisme GMI di Universiti Malaya KL, sekali sekala bertandang juga di rumah Ustaz Yahya. Itu pun, jika terbabit sebagai ajak masakan atau ajk pengangkutan dalam tamrin di Nilam Puri.

Kalau tidak disuruh pun, saya suka menawarkan diri untuk pergi menjemput dan hantaq Ustaz Yahya.

Ada sahaja, mutiara hikmah yang keluar dari bibir basah Ustaz Yahya dalam perjalanan pergi dan balik.

Tiga hari lalu, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai “Abang Mat” memberitahu saya
, Ustaz Yahya mengajaknya datang bertandang di rumah beliau, di Kelantan.

Katanya lagi, ada perkara penting yang nak dikongsi bersama.

Ustaz Wan Ji aka al-Bakistani yang kebetulan ada bersama menyatakan hasrat kami berdua ingin menyertai Abang Mat ke sana.

“Kira merancang, Allah pun merancang…” Alhamdulillah, hajat saya dan al-Bakistani dimakbul Tuhan.

“Apa awatan Ustaz sekarang (di dalam PAS),” Abang Mat mulai menyantuni Ustaz Yahya.

Jawab Ustaz Yahya, ketika arwah Ustaz Fadhil menjadi Presiden PAS, beliau diamanahkan memegang lebih 7 jawatan rasmi dalam PAS walaupun beliau mengaku bahawa masih ramai pemimpin PAS yang lain lebih layak.

Kata bekas anggota Majlis Syura Ulama (MSU) PAS itu lagi, “haram” bagi seorang jundiyyah memegang jawatan dalam qiyadah sekiranya tidak mampu melaksanakan amanah qiyadi.

“Pada zaman Ustaz Fadhil Nor lagi, ana pernah (minta) meletak jawatan. Ustaz Fadhil Nor bertanya: ‘Siapa nak pegang jawatan itu?’

“(Ustaz Yahya berkata): ‘Ini tanggungjawab ustaz lah sebagai seorang presiden. Ana (saya) tak layak dah pegang jawatan sebab dah tak larat dah, haram bagi ana pegang jawatan’.

“Ana letak banyak jawawan sebab pada ana, ana tak layak dan haram bagi ana memegang jawatan.

“Kalau ana tak dapat mengembangkan Islam, baik ana letak jawatan (dalam PAS), haram bagi ana memegang jawatan.”

Mendengar kata Ustaz Yahya, saya terkejut pun ada; rasa kagum pun ada.

Saya tidak fikir, Ustaz Yahya tidak layak. Kelayakannya mendidik dan mentarbiyyah kita tetap relevan. “MasyaAllah…”

Bagi saya, Ustaz Yahya cukup berjiwa besar dan beliau seakan memberitahu kami bahawa PAS memerlukan muka-muka baru.

Setakat ini dulu, saya ada mesyuarat selepas Maghrib.

Bersambung…..

Zainulfaqar Yaacob
Kubang Kerian, Kelantan | 6.56 petang

5 comments:

ini saya said...

fuuuh... ustat ni umah dekat je ngn umh aku.. ade skali aku g umah dia tngh rushing2 sbb bpk aku pesan srh ustat ni call dia smla. bleh dia pngil ajk aku nek dlu.. mnom air.. sy dh buat katanya.. skali aku nek.. dia bru srh bini dia buatkn..

plg best dia dh tau nme aku ape.. tp dok pngil saudara kt aku..

otaklunyai said...

Tau tap pa... tapi jangan cakap saja... tapi atas teket ustaz kenalah bagi nasihat kat pemimpin2 yg ada sebab ramai yg tak layak dan mendatangkan mudharat kepada ummah dan negara... ini yg dikatakan pengkhianat negara yg sebenar dan pengkhianat di Akhirat kelak...

abanghensem said...

wa rasa artikel ni cam ada menyidir seseorang jer.... ermmmmm.... mungkin firasat nakal wa jer ni.....

Hanz Newman said...

Ustaz semua tau amanah tu apa. Ya, mmg depa tau. Beza buat ka tak saja. Tapi, cam abang kita yg hensem duk agak la, artikel ni memang 'shoot' kpd sorang yg bukan bernama Hosni Mubarak ... tapi Abdul ***i. Kan AT? Ngaku saja la. Ho ho ho

Unknown said...

餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 水晶 長灘島 長灘島旅遊 長灘島景點 長灘島機加酒 長灘島必買 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體