Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 7, 2011

Al-Fatihah. Ketua Pemuda PAS Kelantan meninggal.

Oleh : AdukaTaruna

Lu jangan pandang rendah pada usaha UMNO Kelantan dalam kempen Gelombang Merahnya tu bai. Dan terima kasih kepada Ketua Penerangan PAS yang gua bagi markah A untuk tajuk pantas dalam setiap isu. Tajuk pantas la.. bukan tajuk intelek. Hampir kesemua isu dicapai Idris kurang masa 48 jam. Harap kekalkan, dan jangan mengada2 untuk mempunyai hobi ke luar negara dan memancing. Langgar lu secara manusianya, jauh kacang dari Hadi, kerana lu tak mempunyai kubu pengganas.

Tapi, masalahnya, gua tak dengar apa2 counter dari Ketua Pemuda PAS Kelantan. Dia dah mati ke apa? Lu tak boleh samakan belia Kelantan dengan belia luar. Termasuk belia Kelantan LUAR. Belia luar, diorang dah biasa dengan kemajuan. Yang diorang tak biasa ialah ketelusan dan kerohanian. Maka, jiwa reform belia luar adalah kepada ketelusan dan kerohanian.

Belia Kelantan Dalam, dah biasa dengan ketelusan. Walau masih jauh berbanding Singapore (Pengurusan Cina), tetapi berbanding UMNO, memang langit dan bumi la. Belia Kelantan dah biasa dengan program2 kerohanian. walau maybe 70% daripada mereka tak follow pun program tu. Termasuk gua.

Yang belia Kelantan DALAM tak biasa ialah kemajuan. Jalan yang selesa, pasarana sukan yang selesa, hiburan yang terbuka gila babi, etc. So, jiwa reform mereka adalah lebih condong kepada itu. Maka, cetusan yang dilakukan oleh UMNO adalah tepat pada isi hati nurani mereka. Lu jangan pandang enteng benda alah tuh.

Setakat lu duduk sesama kelompok PAS lu, memang la lu tak nampak. Yang lu nampak ialah sunnah bersugi kalau amalkan boleh menang perang undi jari. Kalau kalah takper. Sebab PAS bukan parti politik. Biar kalah, asal ulama tak kalah.

So, gua ingat ini adalah satu cabaran yang gile berat kepada Ketua Pemuda PAS Kelantan khususnya, Pemuda Kelantan, amnya. Bagaimana lu boleh memperhebatkan kegiatan belia untuk Kelantan Dalam ikut acuan Islam. 400 000 undi jari ma.. dengan julat majoriti kemenangan PAS PRU12 lepas untuk setiap DUN, boleh tumbang PAS di Kelantan bai..

Lu tunjuk gua gambar,nama dan port Ketua Pemuda PAS Kelantan selalu lepak. Mana dia? Meninggal dunia kot?

Al-Fatihah.

4 comments:

Contact Information said...

wa rasa diaorg tgh tido laaa.
ingat kemenangan akan kekal
buat selama2nya..

maLin said...

Tenang kalah org tak heran...

Manek Urai menang tipis..relek la masih menang.
Galas bungkus...hehe, masih tidur lg ke? huhu

Contact Information said...

mungkin diaorg bz wat program tarbiyah dan dakwah kot.

tak ada masa layan bede ni,
bukan keutamaan.

yg lebih penting
buat keje islam suruh.

bede tu wa tak pasti islam suruh ke tak?

mungkin bro.SFH lebih arif bab-bab apa yg islam suruh ni.

bro.SFH
kasi pandangan skit.

Hanz Newman said...

astaghfirullah ... apa masalahnya ni, AT? Lu ingat Gelombang Merah tu hebat sangat ke? PAS Kelate macam biasa la, dengan adanya ahli wala & thiqah macam SFH, keperyaan & keyakinan begitu tinggi hingga tampuk pemerintahan Putrajaya pun akan dirampas oleh PAS. Yawn!

Baik lu layan gelombang RF saja, AT oiii ..ho ho ho.