Skip to main content

Tegaklah benda yang salah.

Oleh : AdukaTaruna

Hukum Islam hanya ada 1. Tapi tafsir kepada hukum itu dikawal sepenuhnya oleh ulama Melayu. Ada beberapa standard.

[1]

Novel carut-maki Shanon, gambar hina, ceramah carut yang dilakukan pemimpin PAS kepada UMNO dihalalkan. Ianya tidak jatuh kepada biadap. Ada pelbagai nas dan dalil yang boleh disenaraikan membenarkan perkara itu. Tetapi tidak boleh dilakukan kepada kasta ulama untuk sub-tajuk kepada kesalahan yang dilakukan ulama itu.

Gua dihalalkan dikasari kerana biadap. Sepatutnya, jika gua biadap, gualah paling takut dengan rakaman video.

"Lu jangan rakam video gua. Lu jangan rakam!"

Mesti gua marah dan cemas dirakam. Sebab takut kebiadapan gua didedahkan. Sebaliknya berlaku, gua takda hal diorang nak rakam gua. Tapi handphone gua yang biadap ni plak yang dirampas. Kamera video, memory card turut dirampas. Siap kejar lagi kereta C++ dan arahkan masuk semula ke Rusila. Aik? Siapa yang biadap ni?

[2]

Webmaster Songkok Putih yang tak pergi (memang dia ada akujanji bahawa dia takan pergi), edit tajuk jenis perli. Gempar! Gambar Aduka Taruna dipukul oleh Taliban Rusila . Takpalah. Hak dia dalam kebebasan suara. Semua boleh membaca dan menilai dengan pelbagai sumber. Ini adalah gambar yang dipublish mereka.


Ketika ini, adalah ketika gua sempat membuat ucapan. Lu mesti tak percaya punya. Bagaimana dalam keadaan cemas dikepung, gua boleh membuat ucapan plak. Susah gua nak jelaskan. Memang kompom lu takan percaya dengan attitude yang lu tengok gua melalui tulisan. Takperlah. Walau macam melampau, gua cubalah. Kalau lu gelak, harap jangan gelak lebih2. Hua3.. 

Ada satu catatan pejuang Islam di Afghanistan. Link yang gua baca gua pun tak tau mana. Dia mengatakan, dia sedikit pun tidak gentar walau berada dalam hujan peluru. Kerana dia ada Sakinah. Ketenangan. Lepas baca ni, lu nak gelak, gelak lah. Lu nak cebik bibir, cebik lah. Hak lu. Gua faham. Kalau gua pun, gua gelak gak. Muka macam penjenayah, nak dapat Sakinah. Hahaha.

Tapi siapa yang kenal gua, kenal lah. Berumur 21, gua berseorangan pernah dikepung puluh2 lelaki dewasa di Balakong, Selangor; ketika terjah untuk ambil motor member gua yang dicuri. Member gua bernama Mujahizuddin Bin Zaini. Kita yakin Allah tahu kita buat, dan komunikasi (berucap) dengan baik kepada sasaran. Sakinah hadir, dan alhamdulillah motor berjaya dikembalikan, beserta ganti rugi.

Walau gua tahu penjelasan ini tidak membantu, malah lu orang akan bertambah meluat, tapi at least gua cuba jelaskan. Nak tolak, tolaklah.


[3]


Selepas dirampas handphone, dan dibawa ke depan masjid, gua terus berkomunikasi.

"Ya saya AdukaTaruna. Saya hadir ke sini, pada hari ini ialah bla bla bla..."

Gua terus berkomunikasi dalam herdikan dan makian orang ramai. Dapat 2 bijik pukulan dari belakang. Tapi gua tak tumbang la. Kena pukul curi dengan jemaah bacul. Bukan kena pukul dengan Cikgu Gayong Majid Gurun. Takan gua nak berguling2 macam Ronaldo nak dapat free kick plak.

Lepas gua menjelaskan bahawa gua ada hak membuat laporan polis tu la, baru jemaah di situ reda sket. Tapi still tak dibenarkan oleh lelaki 3 dengan sokongan beberapa suara lelaki yang gua tak sure.

Gua dipukul dirakam oleh ramai jemaah masjid yang membawa handycam. Peliknya, kenapa sampai skang tak upload gambar dan video kebiadapan gua. 2 kali pelik, gua yang biadap ni plak dirampas handphone, memori card dan tidak dibenarkan membuat rakaman.


AdukaTaruna dipukul kerana biadap pada TGHA di Rusila.
Upload lah videonya. Upload lah gambarnya. Buat sumpah laknat kalau takda bukti fizikal.

Mana bukti AdukaTaruna dipukul?
Bahan rakaman dirampas. Gua dah buat laporan polis. Polis dah ambil gambar lebam (sikit jer).

AdukaTaruna buat laporan polis palsu.
Saman gua. Dan buat laporan polis kerana gua membuat laporan palsu.

AdukaTaruna sengaja membuatkan dirinya dipukul.
Gua tak tau nak jawab nih. Ada jugak manusia yang sanggup masuk lubuk ganas semata2 nak rasa dipukul. Tanpa upah plak tu. Kot gua boleh dapat projek A ke, duit ke, senator ke, logik jugak. So, memang gua tak tau nak jawab.

Dalam banyak2 saksi bukan pihak gua, hanya 1 saksi yang memperkenalkan diri kepada gua. Yakni cybershot. Satu nama besar dalam dunia IT PAS Terengganu. Bawah Lajnah IT PAS Dungun. Buatnya ada orang menyamar plak, gua catatlah untuk rujukan.

Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai cybershot berbadan agak berisi. Berwajah kacukan mamak. Jika betul, bukan menyamar, tanyalah dia. Jika dia tidak sembunyikan apa2 lah.


Demi kasta ulama yang bercandu dalam darah Melayu, tegaklah benda yang salah.


Wallahualam.

Comments

  1. Brader,

    lu kasta rendah der.Bila kasta rendah ni,tanya soklan kat tok guru pon kira biadap la.

    Cuba najib ke mahathir ke tetiba dtg rusila tanya soalan kat hadi.Harus dipukul jugak ke?kompom le tak..kasta tinggi maaa...walaupon drg penah hina hukum islam.

    Harap2 kita tak menganut islam kasta

    ReplyDelete
  2. benar tetap benar, salah tetap salah.. yg ramai2 memukul adalah bacul...ulamak tidak maksum...

    dari tulisan kau, nampak keikhlasan.bukan penakut.

    ReplyDelete
  3. gua dah baca dari dua tiga sumber yang ada. walau tak penuh, ingatan awal gua, x kesah sapa betul atau sapa salah, lu dah buat apa yang lu rasa betul.

    RESPEK!

    ReplyDelete
  4. Kau ni baka Melayu Jakun.Itu pasal diorang tak layan.Terjah orang pun macam Jakun.Elok lah tu.Melayu Jakun jumpa dengan Melayu Taliban.

    Melayu Jakun + Melayu Taliban = GABAN

    ReplyDelete
  5. bro,
    diaorg mengenali lu melalui tulisan lu dlm blog.
    sapa2 yg tak mengenali lu memang akan bbulu tahap gaban,
    ada gak yg sudah mengenali lu,
    tp masih bbulu tahap gaban.


    so wa tarak hairan sgt tindakan puak rusila, tanpa guna khasaf wa dah leh agak.^_^
    cume ada sikit hairan klu benar mereka tu jemaah yg Hadi dok tarbiyah 20-30thn..rasanye tak ada lah hebat mana mcm standard biasa je... tak luar biasa pon.Mungkin sama dgn standard puak UMNO je, cume diaorg CAP PAS didahi je.



    <<< "lawan ulamak boleh masuk neraka ,bro" >>>

    so bro,secara umum nya ni lah mentaliti yg lu berhadapan..standard otaknye mcm tu.. baik melayu UMNO or PAS mau pon PKR atau DAP.. wa rasa ada related dgn teori genetik lu kot.^_^

    lain kali klu lu terjah rusila,
    lu prepared dgn handycam 10-20 biji. lu hantar 10 -20 org SB dlm masjid.. tp lu just ber2 or ber3 je bila masuk masjid..cume org kanan dan kiri lu kene firm mcm lu gak lah.. klu org kanan kiri lu mcm wa, alamat lu kene tinggal laa. ^_^
    dah alang2 megeluk perkasam, kasi letup bro. baru puas ati...tp redha NYA wa tak pasti la. ^_^

    lu kene pakai serban beso serta berjubah lah bro,baru lah leh berdialog dgn Hadi..^_^
    dah pakai ambil gamboo bubuh dlm blog dulu, bg kami semua gelak guling2 dulu..^_^


    apa-apa pun wa doakan lu selamat dan diberi kesihatan yg baik bukan utk menyemak bumiNYA, tp punye niat utk kita sama-sama merasai ketenangan dlm negara yg tertegaknya agamaNYA.

    ReplyDelete
  6. Salam Yob AT, mungkin demo dok pahang mung kecek gapo! Eh ni cakap Kelate! Demo dok paham cakap mung! Tu demo pukui curik mung!

    ReplyDelete
  7. karpal singh tu jugak kasta tinggi bro sampai ada yg sanggup dilangkah mayatnya jika sentuh si karpal

    kah kah kah

    ReplyDelete
  8. wakakakakaaa.. lawak la awk nie

    ReplyDelete
  9. wakakaka..

    berani tu wa respek laaa... wakaka..
    sakinah ketika berucap... wakakaka..

    jemaah rusila memang ganas..

    mungkin IQ kurang pada lu..

    tapi.. yahudi tu.. IQ bertingkat-tingkat..
    yang lawan Nabi tu.. IQ bertingkat-tingkat...
    bangsa yang buat pyramid tu.. IQ bertingkat-tingkat..
    tapi tetap ALLAH laknat!!..

    jemaah rusila pukul lu.. ok.. dia orang salah..

    lu pergi takde adab... lu betul??

    wakakaka...

    semua ini dah buktikan lu tak ikhlas cari kebenaran.. wakaka..


    imej TGHA tercalar... wakaka...

    lepas ni.. muktamar dapat presiden lain.. wakakaka...

    ReplyDelete
  10. -simpati pd kamu whai pncari sorga dunia..ape ke bebal kamu ni sampai x tau erti beradab?..

    Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda:

    " Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, janganlah dia menyakiti jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendak dia berkata baik atau dia diam."
    riwayat Bukhari dan Muslim.

    -trpaksa bg hujah yg ade hadis nti kamu si pencari sorga dunia akan mngatakan yg hujah aku ni adalah sia2 sbb x brsndarkan hadis..

    -bole kamu si pencari sorga dunia, terangkn ape yg sepatutnye dilakukan oleh AT, supaya kamu dan golongan mujahidin rusila dpt mentakrifkn 'adab' pd si AT?..

    ReplyDelete
  11. hahaha..lu salah masuk sarang ni Bro..kepala gua tengah layan ni lu kacau gua pulak..sambil tu mamat yg rambut panjang tu capai batang paip..ko igt tak ayat2 ni AT

    ReplyDelete
  12. Ulamak Melayu PAS & Nasionalis Kapitalis PAS selalu omong "..seorang pemuda bangkit lalu berkata sekiranya umar menyeleweng aku akan betulkan dengan pedang ini" he..he..he..

    ReplyDelete
  13. Salam bro,

    Aku nak perbetulkan ckit maksud ulamak yg sebenar,

    "Tidakkah kamu melihat bahawa Allah menurunkan air hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan air hujan itu buah-buahan yg pelbagai jenisnya. Dan di antara gunung2 itu ada garis2 putih & merah yg pelbagai mcm warnanya dan ada yg hitam legap.

    Dan demikian di antara manusia, haiwan2 melata dan haiwan2 ternakan terdapat yang pelbagai warna. Sesungguhnya yg takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ULAMAK. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
    (Quran, 35:27-28)

    Berdasarkan ayat ini, ULAMAK bermaksud golongan yg mengkaji tanda kekuasaan Tuhan di langit dan juga di Bumi.

    Senang cakap ULAMAK bermaksud saintis. Tak percaya baca betul2 ayat ni. Hanya terdapat 2 ayat sahaja dalam AQ yg mengandungi perkataan ULAMAK iaitu ayat di atas dan juga surah Asy Syu'Ara', ayat 197.

    Aku tak jumpa pun Tuhan kata ULAMAK
    adalah pewaris Nabi.

    "Dan hamba2 Tuhan Yg Maha Penyayang itu, orang2 yg berjalan di atas Bumi dengan rendah hati dan apabila orang2 jahil menyapa mereka, mereka menjawap kata-kata yang baik."
    (Quran,25:63)

    Puak2 Rusila ni macam kera kena belacan aku tengok. Kenapa pengikut2 H.A. takut kalau dia adalah pihak yg benar?

    Inilah akibatnya apabila diagung-agungkan para agamawan. Dipujanya 'Tuan2 Guru' yg dianggap setaraf dengan Nabi. Akibatnya mereka tidak sedar mereka sendiri adalah musuh Tuhan.

    "Ikutlah apa yg diperturunkan kepadamu oleh Tuhanmu dan janganlah kamu mengikut pemimpin2 selainNya. Amat sedikit dari kamu yang mengambil pengajaran."
    (Quran,7:3)

    Tapi yang peliknya, puak2 ni menyerahkan tafsir Al-Quran kepada 'Ulamak2' palsu. Yg lebih menyedihkan ialah dinyanyikan pula Al-Quran itu.

    "Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al-Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan."
    (Quran,36:69)

    Tuhan hanya ajar AD-DEEN iaitu cara hidup yg harmoni. Agama/mazhab adalah ciptaan orang yg sombong,

    "Kemudian mereka menjadikan agama mereka berpecah belah menjadi beberapa pecahan. Setiap golongan berbangga dengan apa yang ada pada sisi mereka."
    (Quran,23:53)

    sila search 'mental bondage' utk mengetahui ajaran Al-Quran yg sebenar.

    "Dan tidak ada seorang pun akan percaya kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada org2 yang tidak mempergunakan akalnya."
    (Quran:10:100)

    Biarkan sahaja puak2 nie, sampai bila pun mereka takkan dapat petunjuk. Jangan dok layan, menghabehkan boreh ajo.

    "Dia (Iblis) berkata:'Jelaskanlah kepadaku inikah orangnya yg Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, pasti benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali SEBAHAGIAN KECIL.'
    (Quran,17:62)

    Majoriti manusia sesat, nak selamat di akhirat bacalah AQ dengan sebaik-baiknya dengan mengetahui isi kandungan sebenar. Sebagai permulaan, sila search 'Mental Bondage'.

    Saya dah lama tinggal ajaran2 sesat Arab nie. Tapi masalahnya ramai org Melayu menjadi Pengikut Arab Setia.

    -Fauzi-

    ReplyDelete
  14. bro.SFH
    mungkin leh tolong listkan perkara yg dipikirkan tiada adab oleh pale otak lu, bila mana
    si AT turun ke sana ingin bertemu dan bertanya pada HAdi.

    supaya nanti, utk misi seterusnya perkara adab ni dpt diperbetulkan oleh so AT.

    meh listkan,
    adab yg lu katakan tu dlm kes ini.

    ReplyDelete
  15. Pada wa la,

    kot la dah tahap ulamak politik ke, ulamak ceramah bebas ker,

    kalau ler ada sikit sifat merendah diri,

    tak kesah ler ada protokol ke takde protokol ker,

    layan jelah mamat gaya ala-ala rocker kumpulan HUJAN nie..

    Tu kalau ulamak tahap ber IQ tinggi lah..

    ReplyDelete
  16. Fauzi..

    Elok sangat la kau guna hujjah anti-hadis tu;Aidid Safar..
    aduka pon dah ramai penyokong..freethinkers, anti-hadis..bagus3..lame2 makin sesat la kau dgn otak kau yg rasa genius sangat tu..

    ReplyDelete
  17. TGHH tak salah yang salah jemaah rusila yang berkasar depan dia. sama lah macam Ashaari tak salah tapi pengikut al-Arqam yang terlalu taksub. lepas ni gua letak TGHA setaraf abuya.
    ABUYAAAAAAAAAAAAA!

    ReplyDelete
  18. pakai hadis tuuuuuuuuuuuuu..

    wa respek maaaaaaaaaa...

    yang tulis ulama pukimak...
    yang lukis gambar kencing...

    tak perlu tengok hadis yee?? wakaka..

    nak suh wa listkan adab??

    lu orang genius tak leh fikirkan adab??

    wakakakaka... adoilaaa...

    tamadun apa ini??

    wakakaka...

    adeh... lawak2..lawak2...
    wakakaka...

    dah ramai jadi ulamak kat sini... wakaka

    ReplyDelete
  19. wa sedap tengok articel cenangau..
    wakakaka....

    itu yang lawak puok2 ni.. wakaka..

    wakaka

    ReplyDelete
  20. Kpd Abu Ayyash,

    Awaklah yg anti-hadis.

    "Allah telah menurunkan hadis (perkataan) yang terbaik iaitu Al-Quran yang sama lagi berulang-ulang..........."
    (Quran, 39:23)

    Selebihnya awak bacalah sendiri dan saya percaya awak tak akan sanggup baca Al-Quran melainkan minta tolong tok2 guru 'mulia' bacakan tafsirnya.

    Saya tak rasa saya paling bijak tapi saya ambil tanggungjawab sendiri untuk membaca Al-Quran untuk belajar dari Tuhan.

    "(Tuhan) Yang Maha Pemurah. Pengajar Al-Quran. Dia menciptakan manusia. Mengajarnya pandai berbicara."
    (Quran,55:1-4)

    Awak jadikan tok2 guru 'mulia' utk menjadi pengajar Al-Quran. Sesat betul.

    Nampak sangat awak tak pernah baca Al-Quran sebab berhujah membabi buta.

    Lihatlah betapa kuatnya doktrin 'ulamak2' palsu kepada pemikiran masyarakat Melayu. Itulah sebab mengapa Melayu mundur. Sekadar pengguna teknologi sahaja.

    UMNO atau PAS, semua tak boleh harap nak majukan bangsa Melayu.

    -Fauzi-

    ReplyDelete
  21. mana list nye bro.SFH..
    adab yg lu dok bangkitkan dlm kes AT bertemu Hadi.?

    gambo kencing
    perkataan maki
    dlm blog..
    semua org dah tahu..AT punye style.
    ke lu baru tahu..?

    la ni,
    wa nak lu listkan adab yg lu kata AT biadap di dlm realiti kehidupan berhadapan dgn insan yg bergelar manusia.


    so
    wa nak lu listkan adab AT yg lu katakan biadap semasa bertemu dgn Hadi di rusila tempoh hari.

    meh listkan?
    wa mau tgk...

    ReplyDelete
  22. lu listkan bro.SFH?

    wa tunggu.

    sebagai contoh
    takut pale otak lu tak brapa:-

    1. AT tunjuk jari tgh kat semasa bertemu Hadi, sebab Hadi tak layan persoalan.^_^
    2. Hadi kene baling dgn selipar sebab berlalu pergi meninggalkan AT tanpe memberi peluang pd AT bertanya walaupon 5 minit.ala2 presd US kene baling selipar.^_^


    lu paham ke tak tu?
    wa mau lu listkan adab yg dikata biadap semasa AT berada di Rusila bertemu dgn Hadi.

    wa pon nak tahu gak.

    kalau TIADA,
    maka TIADA bukti yg mengatakan AT bersikap BIADAP semasa bertemu dgn Hadi tempoh hari di RUSILA.

    cume yg ada,
    perspesi lu terhadap AT je. ^_^
    klu sekadar perspesi lu..
    wa tarak Hal, bro. ^_^
    lantaklah lu nak perspesi mcm2 terhadap AT maupon wa.
    bg wa TARAK HAL.
    Wa maapkan lu.^_^


    tp klu perspesi thadap HAdi wa ambil pot, sebab Hadi pglima..
    klu pglima dilihat kurang wibawa oleh rakyat Msia.PAS nak menang agak sukar. Bila PAS tak menang
    Islam sukar untuk dicilok dlm system bernegara.
    maka mau tak mau,
    tpaksalah wa korbankan Hadi
    demi utk PAS menang,
    bg tujuan agamaNYA dpt dicilok dlm system bernegara...^_^

    ReplyDelete
  23. Fauzi,

    So, tafsir-tafsir ulama' mu'tabar semuanya tak boleh pakai?
    Fauzi baca al-Quran kemudian tafsir sendiri?Terjemah dan tafsir 2 benda berbeza.
    Tafsir para ulama' yang menjaga disiplin ilmu itupun dibuat dengan amat berhati-hati.
    Hadis Nabi mentafsir al-Quran, kalau hanya ambil al-Quran sahaja tetap sesat. Kena ambil dua2 baru tidak akan sesat selama-lamanya.

    ReplyDelete
  24. bro.SFH

    wa tunggu list adab lu yg dikata biadap bila mana AT bertemu dgn HAdi tempoh hari.

    ReplyDelete
  25. salam...
    tak faham benang lembab apa yg cuba ditegakkan sedare SFH.

    mungkin memukimakkan hadi itu biadap tapi adakah begitu yg islam ajar melayan org yg biadap?

    maka kata-kata kununnya pemimpn islam@PAS boleh ditegur ala2 sydina umar r.a-'tegur lah aku w/pun dgn ujung pedang' itu hanya angan-angan teori tapi praktikal hancuss dan amat mencalarkan imej PAS..

    Sebiadap manapun adukataruna atau sesiapa saja memang tidak wajar di layan secara biadap begitu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...