Skip to main content

Presiden PAS sokong kekangan media internet oleh kerajaan BN.

Sumber : Agensi Berita Fakap

Tenang 27 Jan - Presiden PAS hari ini menyokong langkah kerajaan untuk mengawal media internet dengan meminda  Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Malah menggesa kerajaan menjatuhkan hukuman mati secara pancung bagi mereka yang melakukan kesalahan.

"Biadap boleh dijatuhkan hukum bunuh dengan kaedah pancung. Kita rujuk sirah Kaab. Ianya tidak cukup jika hanya sekadar merampas peralatan rakaman media internet sahaja dan pukul mereka dari belakang kemudiannya menyorok."

Ketika ditanya adakah cadangan ini terlalu extreme dan boleh menjejaskan peluang PAS berkuasa untuk mengawal kuasa kerajaan yang zalim, Presiden PAS itu berkata :

"Biar kita kalah, asal Islam tidak kalah. Apalah ertinya kemenangan jika kemenangan itu dimurkai Allah?"

Ketika ditanya mengenai perbezaan pendapat Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad mengenai perkara yang sama ini, Presiden PAS mengatakan, beliau (Idris) bukan ulama antarabangsa.

"Hukum menentang ulama antarabangsa adalah neraka. Berapa kali Idris bersidang di hotel2 mewah bersama ulama dunia? Lepas cakap guna microphone, makan, peluk2 ala Arab dan bersurai."

"Lagi pun Idris tak pernah selamatkan orang lemas kan, Ayoh Chik?" Sampuk seorang wartawan tabloit.

"Ho ho ho.."

Comments

  1. hukuman mati tu bila mana maki ulamak dlm blog. ^_^

    klu PAS perintah lu ingat akta media cteak ni akan dimansuhkan ke?
    wa rasa mungkin lg ketat kot.^_^

    PAS ada wat akta kod berpakaian tak?^_^

    kebijaksanan perlu ada utk main game ni, keutamaan apa yg perlu diangkat dulu agar di nilai oleh masyarakat yg pbagai disaat diberi kuasa pemerintahan diMsia

    tp klu rela kalah asalkan Islam menang. Tak perlu pikir byk2
    guna pakai ijtihad ni dah cukup.
    "apa yg Islam suruh..wat je lah" ^_^

    ReplyDelete
  2. ceh... mati2 wa ingat betoi. apara..
    bro CI,
    'apa yg islam suruh' tu umum bro..
    ijtihad, dalil tak cukup, kena Qias bro..
    tak cukup gak kena pakai 'amanat'..
    bro SFH arif bab nih

    ReplyDelete
  3. wei lu org jgn lupa...
    Ayah Chik pernah tuang air dlm tangki kereta masa petrol abis.
    tak caya tanya Malin..^_^

    ReplyDelete
  4. KO BARU TAU BRO.
    AKU LAMA DAH ANGGAP HAJI HADI NI APAH TAK GUNA. KANTOI.

    KERANA DIALAH PAS JADI HAPRAK. LEPAS NI BERKUBURLAH PAS. HADI..HADI

    ReplyDelete
  5. Aduss .. gaya gelak wa kena'rampas' lah... tapi tak apa lah, 1 Malaysia, kan?

    Ho ho ho

    p/s: PAS under TGHA any day to me, babe...coz UMNO sucks! far more worse than PAS! Hell knows!

    ReplyDelete
  6. Kah..kah syabaz..syabaz inspektos sahab... anak muda berani melawan... lawan ulamalagi tu...kah..kah.kha.. syabaz anak muda.Ini bukan lancau punya anak muda...ini anak muda pakai akal di kepala lancau...syabas..anak muda....

    ReplyDelete
  7. -bro cl, bkn stakat akta media cetak je ,malah ISA pun akan dikekalkan..tp mayb dicntikkan bahase tu ala2 arab, spaya nmpak lebih islamik..so sape yg menentang akta tu nti akan dianggap menentang hukum islam..cume utk wilayah rusila je dikecualikan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...