1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

Jan 2, 2011

Presiden PAS nafi berlaku pertemuan UMNO-PAS 24 Disember lepas.

Sumber : 'Harakah'

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan tidak berlaku pertemuan UMNO-PAS yang berlaku di Terengganu seperti mana yang dibongkar pimpinan PAS lainnya baru-baru ini.

"Ini adalah hal kesatuan jemaah. Tiada yang lebih penting dari egoaan saya, mahupun kedudukan jawatan saya berbanding dengan kesatuan jemaah. Dengan ini saya menafikan laporan akhbar Siasah itu. Saya pasti akan nafi."

Ketika ditanya sama ada Presiden PAS mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang memfitnah berlaku pertemuan itu, Presiden PAS itu menyerahkan kepada AJK Pusat:

"Saya akan minta AJK Pusat meneliti apakah tindakan yang boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang. Insyaallah."

Seminggu yang lalu, media internet bergolak apabila terdedahnya laporan wujud pertemuan cubaan menggabungkan UMNO dan PAS yang membabitkan YDP Agong. Dikatakan TGNA hadir atas arahan YDP Agong.

"Apabila Mursyidul Am itu sampai di sana, rupa-rupanya Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS, Najib dan Paklah sudah sedia menanti. Situasi meyebelahi Mursyidul Am apabila mendedahkan senarai pengkhianatan UMNO kepada Melayu dan mengapa UMNO dan PAS perlu berasingan." Jelas satu sumber.

Sudah menjangkakan situasi pertemuan pasti memihak kepada Mursyidul Am, Presiden dilarikan ke luar negara pada hari yang sama, tetapi sebelah malam. Satu program untuk Presiden sudah disediakan, dan disebarkan melalui youtube. Ini bagi mengelirukan penyokong dan mengekalkan kedudukan Presiden itu dalam hiraki PAS.

“Ya, tidak berlaku. Laporan itu tidak betul,” tegas Presiden PAS itu ketika diasak wartawan.

Dan apabila ditanya, adakah mana-mana pemimpin PAS yang mendakwa berlaku pertemuan itu akan dikenakan tindakan disiplin, Presiden PAS itu hanya tertawa.

"Ho ho ho ho." - Agensi Berita Fakap

3 komentar:

Pencacai Semalaysia said...

hohohohoho....

HIDUP DS HAJI HADI PERPADUAN...!!
gua ttp dibelakang lu haji hadi..dont wory babeh.... kahkahkahkah

baginda® said...

lu bkak 1 paper sindri la tt... kahkahkah

Hanz Newman said...

u make my day!

Ho ho ho