Skip to main content

Langgar Hadi : Divert isu 3pm

Oleh : AdukaTaruna



Semua berhak membaca dengan semua sumber yang ada. Batu Api divert dengan isu 3pm. Nama projek, bukan Langgar Batu Api. Gua dah tulis bahawa gua tak hairan sama ada Batu Api hadir atau tidak. Nama projek ialah Langgar Hadi. Bertanya 4 soalan yang tertunggak lama. Perjanjian 3pm adalah satu penipuan. Mari lihat email yang Batu Api send kepada rakan gua. EdyesDotCom.


Gua hanya jadikan Batu Api adalah alat yang memotivasikan satu entiti beridentiti, satu entiti rasmi; yakni Songkok Putih dari Terengganukite, di bawah Lajnah IT PAS Kawasan Dungun. Dari Batu Api, Songkok Putih mengesahkan pihak Rusila telah bersedia untuk bertemu Hadi. Bukan bertemu Batu Api. Nama acara ialah Langgar Hadi.

Dan dengan penafian Pengerusi Masjid Rusila bahawa mereka TELAH dimaklumkan ada apa-apa program adalah 1 lagi bukti bahawa isu pukul 3 sebenarnya tidak wujud. Tetapi yang wujud ialah :

1. Kenapa TGHA takut dengan soalan.
2. Kesalahan undang2 handphone gua dirampas.
3. Kesalahan undang2 gua dikasari dan dipukul.
4. Kesalahan undang2 gua ditahan dan dikurung secara salah.
5. Kesalahan entiti rasmi, Terengganukite, yang berbohong mengenai pertemuan.

 


Ini adalah gambar gua ketika ditahan dalam sebuah bilik ditingkat 1. Sebelah gua ialah pakcik yang gua percaya bernama Wahab. Seingat gua, gua tersenyum apabila dia mengatakan kepada gua bahawa gua akan masuk neraka jika menentang ulama yang diiktiraf antarabangsa.

Gua ada ambil gambarnya bersama lelaki yang gua percaya Pengerusi Masjid Rusila di balai polis. Tetapi 'Wahab dan Pengerusi Masjid Rusila' meminta bantuan seorang polis untuk memadam gambarnya dalam handphone rakan gua.

"Tak boleh la buat gitu."

Dialognya seingat gua. Tetapi, ketika ditahan oleh mereka, siap rakaman video lagi. Di bawah adalah satu lagi sumber untuk bacaan lu orang. Sokong gua ikut tajuk. Supaya gua tidak musnah di kemudian hari.

http://apaorangkata.blogspot.com/2011/01/adukataruna-kena-langgar-di-rusila.html

Comments

  1. Saya sarankan masyarakat membaca politcal novel bertajuk ANIMAL FARM http://en.wikipedia.org/wiki/Animal_Farm karya saterawan Inggeris terkenal, George Orwell.
    George Orwell menulis dalam novel beliau 'Animal Farm', berkenaan binatang di sebuah ladang memberontak, yang mulanya diketuai oleh seekor babi yang bijak. Babi yang bijak tersebut, selaku ketua, berjaya berkempen dan mendapat persetujaan hiwan2 lain dan kemudian bersatu melawan tuan mereka (manusia). Namun, malangnya babi yang bijak tersebut mati tertembak semasa proses pemberontakan.
    Kemudian, setelah menghalau tuan mereka dan membentuk kerajaan binatang, babi2 lain mengambil alih tampuk kepimpinan dan mewajibkan spesies lain untuk taat kepada pemerintahan babi - kerana kononnya babi serba tahu dan serba bijak di samping memanipulasikan IKON kemerdekaan mereka (babi bijak yang mati ditembak).
    Binatang lain diHaramkan untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat, pendek kata binatang lain diWAJIBkan ke atas mereka PRINSIP WALA' oleh BABI-BABI itu. Babi memerintah dengan mewujudkan majlis mesyuarat sesama babi (seperti majlis SYURA) dan binatang lain WAJIB WALA'/PATUH.
    Kemudian Babi-babi menjadi tamak dan berperangai seperti manusia, mereka mula tinggal di dalam rumah bekas tuan mereka, kemudiannya mereka bekerja-sama dengan seorang manusia yang tamak untuk mendapatkan bekalan wiski dan makanan2 manusia. Babi memaksa haiwan2 bekerja, menjual telur ayam, menjual susu pada manusia demi untuk memuaskan nafsu mereka.
    Dan akhirnya kerajaan binatang pun musnah akibat polisi2 jahanam yang dibuat oleh MAJLIS SYURA mereka dan akibat WALA' yang melampau oleh binatang lain.

    ReplyDelete
  2. banyak2 sabar aduka..
    skang lu tau mentaliti jemaah Tganu.. depa bukan jemaah pas tapi jemaah Hadi penjarah pas!
    depa la ektrimist produk amanat hadi..
    kualiti, visi dan peel depa lebih advance dari pengikut Ayah pin, depa pengikut ayah Chik!
    lu kira bernasib baik dapat rasai sendiri kebrutalan puak ni.. dan alhamdulillah selamat.
    so, lepaih ni jangan segan dan jimat sangat layan puak ni.. pulun selagi bulih pulun bro...
    jangan takut neraka lawan ahli neraka..
    tabik bro... takbirrr

    ReplyDelete
  3. lah patutlah dua kali thread wa kat trgkite kena delete bila wa cuma tanya hal lu kat situ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...