Skip to main content

Langgar Hadi 7 Jan : Petang ni gua bertolak. Insyaallah.

Oleh : AdukaTaruna

Alhamdulillah. Ada 2 peminjam handycam yang akan bertemu gua petang ni. Harap2 tak lewat. Sebab gua ingin bertolak ke Rusila awal. Petang ni gua ada sekitar KB. Sesiapa nak joint, atau bermurah hati nak beri pinjam handycam, gua alu2kan.

Kalau boleh siap tuannya as jurugambar skali, gua nak pinjam. Ini kerana akibat kesuntukan masa yang diuruskan Batu Api (7 Jan), gua hanya mampu pergi berdua asalnya. Satu pegang kamera, satu lagi tukang jumpa. So, kita boleh konvoi ke Rusila bersama2. Solat Jumaat belakang TGHA dan berjumpa dengan TGHA selepas itu. Songkok Putih telah mengesahkan pertemuan kita ini dalam perancangan pihak Rusila.

Jika ada apa2 provokasi, jangan layan. Just rakam jer. Jika Allah menunjukkan kita silap melalui asbab hujah TGHA, kita perlu akur dan terima dan sebarkan supaya semuanya beroleh manfaat. Dan gua janji kepada lu orang semua, gua akan berbahasa dengan baik, dan mengawal tingkah laku di depan pihak Rusila.

Apa pun, terima kasih atas sokongan. Dan jangan lupa doakan kami. Semoga pertemuan kita ke Rusila termasuk dalam kumpulan lelaki yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Amin.

Comments

  1. Bro...
    Ko jangan gigil, ingatlah mereka juga manusia seperti kamu yang makan nasi, bukan makan handburger....

    Moga-moga ko berjaya.....

    ReplyDelete
  2. Selamat maju jaya bro. Gua doakan..

    Moga Allah tunjukkan yg benar (haq) itu adalah benar dan menjadikan kita golongan yg mengikutinya. Moga Allah tunjukkan yg salah (batil) itu adalah salah dan menjadikan kita golongan yg menjauhinya..

    Ptg ni lu ke Rusila, gua ke Labis, dengan tujuan dan niat yg sama. Moga Allah permudahkan..

    3 weekend gua di Labis DUN Tenang. Culaan masih menunjukkan hasil yg negatif. Usaha perlu dilipatgandakan lg. Moga Allah berikan yg terbaik dlm PRK kali ni..

    ReplyDelete
  3. Tq bro Disman. Sokonglah gua ikut tajuk. Suapaya gua tidak musnah kendian hari.

    ReplyDelete
  4. bro aduka

    tolong tanya presiden soalan bagi pihak cawanagan ana di hulu langat.

    di manakah pesuruhjaya kami di selangor berada sekarang?

    lama tak nampak dia walaupun dalam situasi genting sebeini.

    kesian dr halimah sorang sorang,
    geng PJ selangor spt yg di bangi dan pandan pun entah hilang di mana

    ReplyDelete
  5. bukan apa ana risau lepas baca ni

    http://tukartiub.blogspot.com/2011/01/serangan-gerombolan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+TukarTiub+%28Tukar+Tiub%29

    ReplyDelete
  6. dari risik2
    perspesi org awam thadap si najib semakin bertambah baik

    utk keputusannya
    kita sama2 tunggu PRU13 tahun ni.

    ReplyDelete
  7. cancel lagi ke

    BIROKRASI tahap putrajaya gak RUSILA nih

    ReplyDelete
  8. mohon link kan blog wa kat sini.blog tuan sudah wa link kat sini
    http://malaysiandotcom.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Aduka dibelasah... nanti gua updatekan kronologinyer...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  10. AT dirogol? Diliwat? Hehehe

    Takat kena belasah, wa tak heran, sebab pengganas (penyokong TGHH yang ektremis kecuali SFH yang cool headed ...hehe) di Rusila tu makhluk yang bahaya sikit. Tapi teruk ke AT kena balun?

    Sama-sama la kita tunggu berita terkini di tv malam ni, kot ada la kan? :)

    ReplyDelete
  11. sedeynyer......

    lpas ni ajak ds rosmah plak takpon papa gomo debat kat pwtc...hehehe...

    tahniah sbb brani waloupon gelojoh....

    ReplyDelete
  12. ayat lu dah tak kena aduka."projek langgar Hadi"macam2 geng rusila dapat maksudkan?so skang sapa kena langar sapa?silap sapa bro?jgn salahkan hadi dalam kejadian pukul memukul siang tadi.nanti ada tomahan dari blogger celaka berkata ajran tok guru rusila jadi samseng cm ni.

    andaikata lu mencuri adakah boleh wa mengatakan bapak lu ajar lu mencuri...renung2 kan lah....kehkehkeh

    ReplyDelete
  13. wah!!!! wa tak baca dekat 2 minggu dah blog lu ni.... tak tau plak ada projek langgar melanggar.....
    aduka.... lu kena hantam ke?..... ke besar ni....

    ReplyDelete
  14. Mengarut je semua ni. Lebih baik cari rezeki halal untuk bini.

    ReplyDelete
  15. bro.. wa xtau mcm mana keadaan lu.. wa harap lu ok...

    wa tggu hujah lu...

    ReplyDelete
  16. dengar citer lu kene pukul?
    tul ke bro?
    ke org cuit lu je.^_^

    apa-apa pun wa doakan lu selamat.

    ReplyDelete
  17. buat baik2 bro!
    gua sokong utk kebaikkan bersama

    yang baik kita amik
    yang buruk kita buang

    tegakkan kebenaran walaupun pahit

    ramai yg pukul bro tp tak tau saper bro. mereka tu buta IT. penyokong membabi buta

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.