Skip to main content

Langgar Hadi 7 Jan : Kenyataan rasmi Songkok Putih.


Bicara WebmasterOleh : Songkok Putih

Saya telah dihubungi oleh banyak pihak untuk mengesahkan perkara ini. Saya telah mengambil keputusan untuk memaklumkan di laman TranungKite (TKO) ini bagi pihak saya dan TKO sendiri dalam hal ini.

Sebelum ini saya telah dihubungi oleh batu-api2 (nick) bertanyakan persediaan saya dalam hal ini seperti yang dihebohkan beberapa tahun lalu. Saya telah memberikan komitmen masih dengan apa yang pernah saya janjikan dalam tulisan yang lalu.

Saya telah menghubungi pihak Rusila dalam hal ini dan saya difahamkan mereka telah bersedia dengan pertemuan ini.

Soal jadi atau tak jadi bergantung kepada pihak yang mewar-warkan, tetapi pihak Rusila dan unitnya telah bersedia.

Saya dimaklumkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS ada pada hari berkenaan malah difaham bersedia untuk ditemui oleh si penama Aduka Taruna.

Kami TKO tidak terbabit dalam penganjuran ini, tetapi kami bersedia seperti yang dijanjikan.

Insya-ALlah saya akan masukkan wang selepas Aduka Taruna datang dan Program Langgar Hadi yang di war-warkan itu terjadi melalui akaun tertera di blog Aduka Taruna.

Saya tak akan hadir seperti saya tulis dahulu di atas sebab yang pernah saya nyatakan dalam penulisan saya yang lalu.

Pertanyaan mengenai betul atau tak, itu kenalah tanya mereka yang membuat polimik ini Aduka Taruna dan Batu Api @ Firestone.

Songkok Putih
Webmaster 

Gua masih belum mendapat bantuan handycam seperti yang dijanjikan. Ada siapa2 volunteer tak ni? Takan gua kering nak pergi sana guna kamera handset? Atau pasrah kepada video pihak Hadi? Batu Api dah senyap. Ada perjumpaan para ulama luar negara.


Last plan, kalau mereka gagal tunaikan janji mereka, dan gua gagal mencari kamera alternatif. 


Saudara Songkok Putih, berapa jumlah bantuan yang lu nak beri kepada gua? Kot2 cukup untuk gua tambah beli handycam paling minimum. RM900. JVC. Esok last day nih. 

Comments

  1. sori bro..
    wa pon tarak ada,
    kalau tak wa kasi lu sewa
    sejam dalam rm100.^_^
    tu harga kawan2 tu.

    lu roger batuApi,
    kot beliau leh cilok mana2
    handycam.

    wa hp CAP AYAM

    Batu Api senyap?
    mungkin sedang pasang strategi
    utk debat 30Jan tu.^_^

    bro.SFH
    lu tak ada handycam ke?
    pinjamkan kat AT nie.
    at least AT tak leh pakai hujah handycam tak nanti.^_^

    ReplyDelete
  2. gua ade bro lu contact gua kat ferrychills@gmail.com k

    ReplyDelete
  3. 7111 oh nice date! Langgar jangan tak langgar AT oii. Be yourself, cool & TAPI must be prepared though, sebab pihak Rusila dikatakan lebih 'ganas' daripada pihak Rusia.

    Ho ho ho

    ReplyDelete
  4. kene ingat dlm mana2 puak
    mesti ada yg fanatik melampau.
    just prepared apa yg termampu.

    ReplyDelete
  5. En Ferry (cam lawak jer panggil lu En Ferry),

    Gua dah email. Siap no tepon lagi.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Tq salman faris hamat. gua delete msg lu sebab ada no tepon lu. tak elok bg no tepon kat umum. Hahaha.

    Kita jumpa kat KB petang ni. Insyaallah. Lu nak pergi sekali ke Rusila pun takpa.

    Semoga kita belajar sama-sama. Jika Allah tunjukkan kesilapan kita melalui asbab pertemuan dengan Hadi, kita kena akur.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  8. Apa barang kevlar .. lu pakai saja serban & jubah sebagai perisai dari sebarang 'bahaya' & 'ganguan' makhluk Rusila sana. Insyallah lu yakin lu boleh maa jalan atas air, terbang, ghaib ilmu lipat dunia...dll....bukankah ulamak Rusila ajar kita pilih demokrasi bukan berjuang angkat senjata? Relek.. lu, in case la, terkorban syahid di Rusila, wa tolong buat Inkues saja la.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.