Skip to main content

Komen ringan wal pemalas gua..

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Raya Cina ni, gua balik Seremban. Adik beradik gua nak wat makan besar pakai chopstick. Hua3.. Balik berdua dengan bini gua. Naik bas mahal nak mampos. Lagi mahal dari naik kete. Nak naik kete gua, tak lepas plak. Kena naik keteapi. Skali tiket dah habis (gua beli 2 minggu lepas). Tapi gua beli tiket keteapi dari Seremban ke Wakaf Bharu.

Pastu gua teringat kaedah member Kelantan gua masa gua takda tiket kes mahkamah gua lepas. Gua naik lompat, duduk atas lantai, bayar denda. Tambahan RM10 kepada tiket kelas biasa. Gilo sungguh gomen ni. Dari buat bangunan 100 tingkat, baik panjangkan gerabak. Subsidi petrol yang Paklah tarik atas alasan nak tingkatkan pengangkutan awam tu pun gua tak tau apa khabar. Pundek punya Melayu Felda. Ngeee...

Naik bas ke, naik lompat, naik bas ke, naik lompat. Haha... payah dah kalau dah kawin nih. Kalau bujang senang.

Tadik mak gua tepon. Gua ingat nak tanya pasal kepulangan anak dia yang sekor nih. Tapi motip utama dia ialah tanya pasal apa gua kuar sukabar lagi. Gua ingat, dah lepas dah gua dari diketahui oleh mak gua. Mak gua jenis tak baca paper perdana nih. Adusss.... sapa plak memandai2 bagi mak gua paper Kosmo ni?

Bermakna, makan besar adik-beradik gua akan bertukar menjadi acara ceramah dan kaunseling mak gua kepada gua... Ayak.. Mampos gua...

x_x

[2]

Tahniah BN. Tahniah PAS. Terima kasih PKR dan DAP. Dari Anwar sampai ke pimpinan bawah. Dari Lim Kit Siang sampai ke aktivis bawah. Walau segala kekuatan milik negara dikerahkan, target BN yang disampaikan SB kepada gua tidak berjaya. Majority hanya 3k.

Cuma, gua terkilan kerana pengundi Cina enggan keluar mengharungi cabaran cuaca untuk mengundi. Ketika pengundi Felda sudah 50%, pengundi Cina baru 20%. Gua tak tahu keadaan berubah atau tidak kalau PAS meletakkan calon dari Dewan Penyokong PAS. Cikgu Mala tetap terbaik, cuma berada dalam kaedah jari kelompok manusia hutan.

Tak pun jemaah PAS lupa bersugi kot. Ke guane SFH?

[3]

Skang ni Mubarak Hosni goyah. Jika Hosni tumbang, gua harap kekosongan yang ditinggalkan tidak diisi oleh produk CIA. Dan paling penting ialah gelombang itu merebak dan melanda Arab Saudi. Raja paling gua benci selepas Raja itu.

Berani tak muslim bumi Nabi berevolusi?

[4]

Rakan gua bercadang mahu berhijrah ke Ireland. Boleh tak lu orang bagi cadangan perniagaan permulaan yang sesuai dijalankan di sana? Jangan la tahap modal juta2. Modal yang mampu bagi orang kebanyakan macam kita2 ni la.

Jika menjual pakaian muslim, tudung misalnya, boleh lah kiranya lu kongsikan maklumat dan tunjuk ajar.

Jika menjual makanan frozen misalnya, boleh lah kiranya lu kongsikan maklumat dan tunjuk ajar.

harap dapat bantuan idea dan maklumat dari lu semua. Tq banyak aa...

Comments

  1. elok rakan lu tu wat bisness niaga potong ternakan halal, tu pon kalau dia tahu sembelih lah.^_^

    wa rasa
    pimpinan solat mlm masih kureng.
    wa dgn lu lg hampeh lah.
    harap kan bro.SFH je.

    ReplyDelete
  2. most important thing is camner facebookers leh organize sampa jd revolution satu negara.N dah tentu mejoriti facebookers mesir adalah org muda.

    Bak kate org muda mesir dlm al jazera "we didn't live like our parent live"

    Faktanyer kebanyakan u...lamak mesir tak support pon revo nih.Ikhwan Muslimin(Ikhwanul Muslimin) sendiri ari jumaat baru join

    bagi wa ia tetap pasal hak asasi manusia utk hidup(makan,umah,blaja etc).Kalu hak camnih gomen takleh readykan camner.Nak tuka gomen kat mesir pon lagi susah dr Mys ni.

    ado dua sebab jek manusia leh berubah(change)

    1. enlightment (ilmu & kesedaran) cth revolusi French
    2. Tekanan hidup cam kat mesir la nih.

    Kalu prubahan tersekat..apa2 pon leh jd.Even malaysia pon ade potential jd camnih kalu dok asyik seka

    ReplyDelete
  3. Salam Aduka, Mubarak will fall, and so will other despots!

    ReplyDelete
  4. ireland ok bro..bila lu dah sampai sana, lu tak hingat nak balik msia dah..wa dah tua, jika wa muda, wa berambus awal awal dari msia dah.

    ReplyDelete
  5. aduka..
    lu jual kari adabi + rendag Brahim..
    beli 2hingget jual 2 Ir pound..
    1 bagasi 30kg kurang2 ada 300 peket
    lumayan weih..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...