Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 8, 2011

Gua tolak untuk ditemuramah media perdana.

Oleh : AdukaTaruna

Semasa gua medical checkup (betul ke istilah ni Hanz?), Dr Ilyana (cun siot), telah memastikan gua ok. Sebab telinga gua mengeluarkan sejenis cecair, telinga gua pun dia teropong. Cuma, mata gua masih kabur sebelah kanan, akibat pukulan curi tu terkena anak mata gua. Kalau tak pulih, gua akan buat pemeriksaan lanjut di KB.

Then, satu Dr perempuan, senior kot, datang dan meminta Dr Ilyana memasang penyokong leher. Ala macam Ketua Putera UMNO pakai tu. Gua dah mula alert dah. Gua rasa, gua ok. 

"Nanti kamu kena pakai ni, dan kena baring. Kita akan tolak ke bilik X-ray."

"Eh... takpa lah. Gua ok nih. Gua boleh jalan ke bilik X-ray."

Gua takut, ada motif politik. Jap lagi, time gua baring dan diusung ke bilik x-ray, wartawan media perdana pun tangkap gambar. Gua enggan berada dalam media perdana sebab itu bacaan / tontonan Melayu Hutan. Diorang takan dapat pemberitaan seimbang. Kerja2 macam ni, biar gua berada dalam medium internet sahaja lah. Media perdana nak petik, petik dari blog. At least dapat memperkenalkan Melayu Hutan dengan medium internet.

"Ini, prosedur, En Khairul."

"Jap. Kes gua adalah kes politik. Tapi gua tak mahu urusan perubatan gua dipolitikkan."

"Politik2 kita tak campur, tapi ni prosedur kerja kita." Sampuk sekor Dr lelaki.

Akhirnya gua mengalah, dan ternyata Dr di situ betul. Gua salah. Alhamdulillah. Gua tidak menjadi mangsa manipulasi. Dan terbaru, gua dihubungi oleh seorang awek yang mendakwa dirinya wartawan Kosmo!. Sebelum awek tu publish perbualan gua, gua publish dulu dalam blog. Ngeee...

"Bro.. ada satu awek minta no tepon gua. Dia kata dia dari Kosmo! Edisi Terengganu. Dia nak adjust gua untuk sesi temuramah. Tapi gua tengah adjust dia untuk second wife."

"Babi lu!"

"Jangan marah bro. Maybe kelayakan untuk bertanya soalan pada TGHA adalah poligami."
 
Today
6:51pm
salam
Manirah is online.6:51pm
6:51pm
salam
6:52pm
en aduka ada kat mana sekarang?
6:52pm
kat rumah la. nape?
6:53pm
saya di terengganu
boleh saya berjumpa dengan en aduka. nak interview sikit berkenaan kejadian di rusila semalam
6:53pm
perkenal dulu awak siapa. dari mana.
6:54pm
sorry.. saya manirah dari Kosmo! Terengganu
saya terbaca blog aduka mengenai kejadian di rusila..
6:56pm
oic... Kosmo Terengganu. Jauh ma.. gua kat Kelantan.
6:56pm
ooo.. kelantan area mana?
6:56pm
Pengkalan Chepa
6:58pm
kita ada reporter di sana.. kalau boleh nak minta alamat atau nombor telefon.. atau appointment untuk berjumpa dalam masa terdekat..
7:02pm
maaflah cik Manirah (dok Manir kot. Haha). Saya menolak untuk berada dalam medium media perdana. Ada sebab2 dia. Gua sedaya upaya gua, hanya akan berada dalam medium internet sahaja bagi kerja2 seperti ini. Perselisihan dalam jemaah.
harap lu boleh faham. apa pun, gua ucapkan terima kasih. Semoga sukses dalam kerjaya anda. Amin.
7:03pm
begini en aduka
7:03pm
yup
7:04pm
kita cuma ingin tahu lebih lanjut mengenai kes yang sudah dijelaskan dengan terpeincinci dalam blog en aduka yang rasanya lebih elok sekiranya kami dapat menemuramah secara berdepan..
7:05pm
saya hanya berada dalam medium internet saja dalam benda2 melibatkan Barisan Rakyat ini, Cik Manirah. Insyaallah. Kalau Cik Manirah nak petik, petik dalam blog saya jer la.
7:06pm
ooo.. tapi boleh saya tanya.. apa soalan yang en. aduka nak tanya TGHA semalam?
7:06pm
ok lah Cik Manirah. Saya nak mandi nih. Dah nak magrib.
Mana boleh bagitau Cik Manirah. haha. Tu soalan saya pada TGHA.Tapi bukan pasal Kerajaan Perpaduan. Pasal penipuan.
7:09pm
kalau boleh bagi hint sedikit penipuan apa? kalau tak boleh detail mungkin boleh secara general
7:09pm
Kalau Cik Manirah terjah jugak gua nak temuramah gua kat Kelantan ni, silakan lah. Gua akan rampas handphone, belasah depan masjid, kurung dalam bilik. Muahahaha. Takda lah gurau jer. Yang nyata, saya tolak. Terima kasih.
Assalamualaikum
7:10pm
waalaikumussalam...

19 comments:

jeebond said...

Tahniah bro.. Lu dah jadi sebahagian dari sejarah kebobrokan jemaah rusila dan kepincangan kepimpinan tertinggi Pas.. Gua tumpang kagum..

AdukaTaruna said...

tq bro. Sokong gua ikut tajuk, jer.

Contact Information said...

lu tgh bertapa dlm gua ke bro?
wat pemulihan tenaga yea.^_^

klu lu nak masuk kosmo
ajak wa sekali
leh glamer sama2.^_^
tp bab kene hentak
wa lari dulu laa.

apa-apa pon wa harap lu
selamat hendaknya.

Mengarot said...

gua pon nk sokong ikut tajuk..
sib baik x jd keropok lekor 0 losom..hahaha...

pd gua hadiah yg lu dpt adalah adil mengikut tajuk, lu n penyokong tegar x perlu marahh2...

lu bg dewang marah ikut kapasiti lu...
dewang bg lu marah ikut kapasiti dewang.... adil maaa... hahaha...

lpas ni bole ganti tghh pegi sidang palestin... mesti best yahudi kena maki kaw2 dr lu...

sejarah bhai...

SysOp said...

Bhai AT....

Wei... Alamat mana... camana nak seludup barang lu nih... Video gua dah copy satu salinan untuk simpanan gua... satu lagi gua rasa gua pass kat lokasi rahsia...

Kontek gua aa... pasai lu punya bateri henfon dah kiok... gua takder charger dier... hahahaha

Pergh... banyak siot gambar awek dalam tepon lu nih... hahaha

C++
CIpanTapirTenuk.Blogspot

wanzal said...

Aku tak kenal pun sapa kau tapi bila kau cakap Melayu Hutan, aku rasa kau kau cukup bodo sb kau pun Melayu..Satu lagi kau cakap 'sekor Dr lelaki'...hina sungguh peribadi kau, adakah patut kau maki orang yang nak tolong kau....JANGAN CAKAP BAB PERJUANGANLA KALAU KITA SENDIRI MISKIN AKHLAK

MOH KEMBARA said...

Salam Yob AT, anti climax pulak. Hebohlah kes miker ni, sampai ke İstanbul! Hiikkksss!

Aa said...

Orang PR atau penyokomg PR kalo masok media perdana macam bagi Bola Tngganong la kan.

a said...
This comment has been removed by the author.
tuan komrad said...

apa la bro..lu silap besar la nak main langgar2 je..lebih2 lagik geng2 rusila..fanatik tu...maner bleh tegur...lagi hebat diorag dari geng2 pemuda umngok,perkosa ngan pukida...

mmat batu api tu memang sengal..tegur pemimpin dikatanya maki ulamak...semua pengkrtik TGHH nak dilawannya.....

kelemahan PAS adalah pada TGHH dan Nasa...itu semua org kena akui...

Contact Information said...

diaorg diajor dlm kitab
maki dlm blog kene balas dgn penumbuk diluar melalui pukul curi.^_^

klu lu pencuri jumpe Hadi
mau kejap2 tu tgn lu kene potong, bro.^_^

Restless said...

Sebuah parti Islam yg dipimpin oleh seorang lelaki yg berpoligami yg langsung tidak menunjukan sikap Islamik nya.Apa beza perbuatan jemaah Rusila tu dengan perbuatan org Yahudi dkt Palestine?

iAwani said...

Salam bro, ShueQry di sini dari iAwani. Blog ni dah kami masukkan sebagai coverage untuk pembaca blog kami, sebab cerita pasal keluar di Kosmo!. Kagum dengan bro. I wanna meet you someday!

Akzimar Az-zahi said...

Takpe2, dh berlaku sumenye...ermm sebab kau, mungkin puak belah sana akan gunakan ini alasan sebgai bhn media politik mereka hentm pas..

ekramhakim~ said...

Salam Bro AT, bro dah femes la arini..masuk kosmo. tajuk highlight besar2 lagi..

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Mr. PaLi said...

Salam. Baru saya perasan yang blog Aduka Taruna ni ada lagi. Saya ingatkan dah lama tutup. Iyala kan, tak membangunkan Malaysia langsung blog ni. Saya singgah ni pun nak tengok saja apa artikel yang panas sangat tu dan baru perasan yang penulisan AT ni hanya tulisan sampah sahaja. Gaya seperti Islam tetapi hmm....faham sajalah. Kepada AT, malu sikit pada orang bukan Islam dan bukan melayu kerana kau dah mencemarkan Islam dah melayu sekaligus. Tutup ajalah blog ni.

SearchForHeaven said...

hahahaha...

lalalalala...

gila falsampah bodoh..

lu panggil.. gelar pukimak tu kritik??

cuba lu memukimak mak bapak sendiri ketika bergaduh...


50 orang kepong dan belasah AT.. tapi tak dapat kecederaan.. wakakaka..

lu and the gang bleh masuk majalah mangga laa brooo... wakaka..

st
bodoh sungguh self declare genius ni.. wakakaka

Contact Information said...

bro.SFH
lu hangin
sbb AT masuk kosmo ke bro?^_^


klu 50 hentak sorg,
diaorg masih belum ditarbiyah dgn nilai2 baik oleh HAdi. elok rendam pale dlm kolah je.^_^

Hanz Newman said...

Wohaa.. At masuk Kosmo. That's better drp lu masuk lokap, kan AT? Penyokong TGHA & Najib sama saja. Sengal! Berdalih cukup hebat! Auta lebih!


p/s: AT lu elok join 3rd Force la.. depa tengah cari calon PRU13 tu...hehehe... Boleh cari makan apa? Daripada katak macam si Z******* N****** tu, baik la orang macam lu. Cuma lu punya PR kena la mantapkan lagi.. nomore your norm, the obscene language ... hahaha .. tak lag mencarut/ mengarut, that's not u, la.