Skip to main content

Batu Api atau Suhaimi yang dikenali Presiden PAS?

Oleh : Nota Merah

Suhaimi dikenali Hadi, bagaimana Batu Api?

GOSiP | Perkenalan bersama Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang sejak isu kerajaan perpaduan (UG) dilontarkan hampir tidak dapat disangkalkan lagi.

Malah, setiap kali Hadi menjadi sasaran media ekoran terdedahnya rancangan membawa PAS bersatu dengan Umno, blogger tanpa nama itu terus mempertahan kredibiliti susuk tua itu.

Blogger itu terus mempertahankan susuk tua itu bak menegakkan benang yang basah apabila seterunya blogger Aduka Taruna terus menyerang susuk tua itu.

Blogger yang dimaksudkan itu adalah Batu Api. Ramai yang mempercayai blogger Batu Api adalah Suhaimi Embong, peribadi misteri di Pejabat Harakah yang hari ini dikhabarkan menyambung rezeki di Kelantan.

Namun, Suhaimi sendiri pernah bersumpah di khalayak teman-temannya, bahawa beliau bukan blogger Batu Api.

Pun begitu, Suhaimi sendiri dilaporkan diam seribu bahasa apabila kenalan-kenalannya meminta beliau bersumpah atas nama Allah – “WaLlahi wa biLlahi wa taLlahi…” – bahawa beliau tidak pernah mengenali identiti sebenar Batu Api.

Keeangganan itu sekaligus memberi isyarat bahawa Batu Api sebenarnya tidak jauh dari peribadi Suhaimi.

Bahkan, Batu Api turut dikatakan oleh beberapa kenalan Suhaimi bahawa dikenali oleh Hadi serta beberapa pemimpin utama geng Kerajaan Perpaduan lain, terutama di Rusila sendiri.

“Kalau Hadi tidak mengenalinya (Batu Api), bagaimana boleh dia merancang dialog antara Aduka dan Hadi di Rusila tempoh hari,” ujar seorang blogger yang mengaku mengenali Suhaimi Embong.

“Batu Api bersama Songkok Puteh macam perangkap Aduka Taruna supaya dipukul oleh anak murid Hadi di Rusila.”

Batu Api sendiri tidak pernah menafikan konspirasinya dengan Songkok Puteh untuk “membunuh” Aduka Taruna di Rusila tempoh hari.

Yang dilaporkan setakat ini antaranya Gua akan jumpa Hadi di Rusila lagi, insyaallah.

Jalan-jalan di blog Batu Api, didapati entri terbaru pada Selasa lalu berjudul Hanya exploit keadaan..

Artikel itu nampaknya sederhana berbanding sebelumnya. Lama juga Batu Api tidak menulis.

Kira-kira 17 hari, Batu Api tidak menulis artikel di blog tanpa nama itu jika dihitung pada artikel Rehat sambil melihat suasana “Matahari Naik” pada 8 Januari lalu.

Seorang kenalan Suhaimi memberitahu, Batu Api tidak menulis bukan disebabkan tidak ada isu untuk menyerang blogger-blogger celaka yang anti Kerajaan Perpaduan.

Kata kenalan Suhaimi itu lagi, Batu Api tidak menulis bukannya disebabkan Suhaimi sendiri menyerang seorang staff Pejabat Agong PAS dua minggu lalu kononnya mendedahkan perihal Batu Api yang sebenar.

Kenalan Suhaimi itu berkata, Batu Api telah diminta berdiam diri seketika supaya khalayak tidak melihat insiatif menjemput Aduka Taruna berdialog dengan Hadi di Rusila dirancang oleh pihak Rusila sendiri.

“Mustahil Hadi terlibat dalam konspirasi memukul Aduka Taruna di perkarang Rusila,” tegas kenalan Suhaimi.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa konspirasi itu dilakukan oleh samseng-samseng Hadi yang mungkin sampai ke pengetahuan Hadi kemudiannya.

Sekiranya Batu Api menafikannya, ertinya berita ini relevan. Sekiranya Batu Api berdiam diri, ertinya berita ini benar. -END

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.