Skip to main content

Letakkan calon Dewan Non Muslim PAS di Tenang.

Oleh : AdukaTaruna

Telah lama blog gua membincangkan pembolehubah. Pembolehubah adalah penting dalam setiap keputusan yang mahu dibuat. Menetapkan pembolehubah dalam satu-satu bidang adalah sukar. Super sukar pada golongan ulama Melayu kerana golongan ini terbentuk hasil dari anak-anak Melayu yang bodoh-lurus dan tidak berani berubah dan berbantah. Belajar dan belajar hasil lulus peperiksaan atas kertas. Itu dakwaan gua. Pembolehubah kepada tajuk mengapa otak ulama Melayu adalah lemah.

Markaz PAS yang dipimpin ulama di Labis penuh dengan semak samun. Jangan bimbang janji Allah. Pasti menang golongan yang sedikit.

Untuk tajuk pecahan pengundi, pembolehubah terbesarnya jatuh kepada golongan dinamik. Manakala golongan statik, adalah bukan pembolehubah. Di DUN Tenang, kita mendapat pecahan tidak rasmi seperti di bawah :

Melayu 50%
India 10%
Cina 40%

Dari rekod lanskap politik tanah air, antara 3 kaum ini, Cina lah yang mencatatkan rekod dinamik. Pemilihan mereka kepada parti politik berubah-rubah mengikut kepentingan semasa. Sejak sebelum PRU12, Cina Penang boleh memilih BN untuk negeri dan memilih lawan kepada BN untuk parlimen. Mereka berada dalam kelas intelek teratas di kelompok 3 kaum ini. Manakala Melayu dan India boleh dikatakan statik. Statik di tajuk ini bolehlah diletakkan di bawah istilah ‘statik dan mengikut rekod boleh menjumud ke belakang.

Sedikit luar di tajuk ini, golongan muda kepada ketiga-tiga kaum ini, juga boleh dianggap golongan dinamik. Sebut sahaja golongan dinamik dalam pecahan pengundi, maka, itu adalah pembolehubah. Jangan tanya ulama, kerana jawapannya ialah golongan sedikit boleh menang dalam wadah undi jika kesemuanya mereka bersugi.

Untuk golongan dinamik, golongan muda, mungkin BN akan mengadakan PRK di waktu bekerja, seminggu sebelum cuti raya Cina atau seminggu selepas cuti raya Cina bagi membebankan golongan muda balik mengundi. BN sangat bergantung kepada saluran tua dan emas.

PAS perlu bertanding.

Antara ketiga-tiga parti, gua berpendapat, PAS perlu bertanding berdasarkan pecahan pengundi mengikut kaum. Dari rekod PRU12, secara kasar, PAS berjaya mendapat 25% dari 50% undi Melayu. Lebihan rebutan 50% lagi pula adalah golongan dinamik. Cina 40% + India 10%. Di mana PAS berpeluang merebutnya kerana golongan ini dinamik. Golongan dinamik ini pula dibantu kempennya dengan ‘ikon universal’ seperti Anwar dan Lim Guan Eng.

Sebaliknya berlaku, jika PKR atau DAP yang bertanding, dalam situasi semasa ini. Jika PKR atau DAP berjaya mendapat 25% dari golongan dinamik, lebihan rebutan 50% lagi pula adalah golongan statik dan mengikut rekod boleh menjumud ke belakang semula. Golongan statik jumud ini pula dibantu kempennya oleh ikon sejumlah golongan syok sendiri, iaitu Presiden Hadi Awang. Ianya rumit dan berada atas kemungkinan mustahil.

Calon PAS perlu mengikut pembolehubah.

Dari pembentangan di atas, gua mencadangkan calon PAS adalah dari non muslim Dewan Penyokong PAS yang berbangsa Cina.

Dengan logo PAS, dengan muka Cina, mungkin kita boleh menjadikan PRK Tenang adalah ujian terhadap corak dan lanskap baru politik negara. Teorinya, logo PAS membantu pengekalan 25% golongan statik. Muka non muslim membantu merebut lebihan 50% lagi. Cuma kehilangan undi dari golongan muda sahaja yang tidak boleh diselamatkan.

Wallahualam.

Antara isu yang dimainkan BN.


1. Jika BR menang, MB Johor adalah bukan Melayu.

2. Ketuanan Melayu dan Ketuanan Sultan.

3. Isu mengikut pecahan perkauman. Untuk Melayu Hutan, watak2 Namawee, isu PAS anjing DAP. Untuk Cina dan India, PAS tuan kepada DAP. Negara Islam. Cina dan India kena sunat, potong tangan.

Antara isu yang boleh dimainkan BR.


1. Pulau Batu Putih. Senarai kedaulatan Johor yang UMNO gadaikan kepada Singapura. Tapi gua percaya. Jika point2 ini dinaikkan via banner ketika kempen, tak sampai 24 jam akan diturunkan. Ingat siapa Polis Johor dan siapa SPR. Isu ini sangat berkesan dan sangat ditakuti UMNO Johor.

2. Jambatan Bengkok yang Sultan Johor ulang-ulang minta, tetapi UMNO pusat tunduk dan takut kepada Lee Kuan Yew.

3. Gelombang pilih bukan BN untuk PRK kali ini, tidak akan menjatuhkan kerajaan BN Johor. Malah membawa keuntungan kepada rakyat apabila BN terpaksa menjanjikan emas.

Comments

  1. wa mcm setuju
    utk calon non muslim dari DHPP.
    leh gak test market.
    sebelum masuk PRU13..

    walaubagaimana pon,
    klu ada sahabat2 lain leh kasi input lg..lg cantek utk kita bkongsi2 pandangan.

    klu guna pakai Pandangan AT je,tarak best laaaa...kite perlu mbukak minda agar terbukak menerima apa jua pandangan utk dinilaikan...
    tu sal kita perlu org2 mcm bro.SFH ni dlm blog AT.


    bg wa
    wa meraikan semua pandangan yg sahabat2 yg ada.

    BerBEZA bukan utk bermegah merasakan kita yg terbaik.
    BerBEZA adalah utk memberi yg terbaik demi utk kemenangan agamaNYA dlm system bernegara.

    ReplyDelete
  2. setuju tersangat..
    bahkan wa tersangat menyokong penyertaan non muslim dalam wadah perjuangan undi pas
    pas tak leh menang malaysiasia walaupun ada 1juta undi wala' mutlak pas
    jadi sudah masanya pas menjadi pembolehubah masyarakat majmuk malaysia.

    cuma..
    hadi kena perjelaskan prinsipnya
    pada penerimaan dan penolakan pada sumbangan non muslim dalam
    geografi perjuangan islam.
    kalau hadi tolak non muslim cam tolak Dap
    maka idea dan usaha adalah sia-sia..
    back to square one - syok2 sendiri!!

    ReplyDelete
  3. hehehe...
    Ulama PAS dah lama fikir cara ni..

    namun ikut waqi' semasa.. PAS perlu teliti semua aspek..

    Kalau letak.. jadi isu besar dengan UMNO mainkan ketuanan Melayu di FELDA2.. lagi susah nak tembus untuk akan datang.. kerana terpaksa hujah2 UMNO dahulu..

    Namun, kalu letak Calon ISLAM.. UMNO tak dapat mainkan isu Ketuanan Melayu.. dan penerangan dakwah boleh tembus sedikit demi sedikit di kawasan Felda..

    Harus Ingat.. Labis ini kawasan Kuat MCA suatu masa dahulu..

    Dan Kerusi ini PAS tak pernah tawan.. Maka. peluang untuk menang dalam PRK amat Kecil..

    So.. sebarang percaturan mesti diatur, paling kurang tidak merugikan persepsi Terhadap Perjuangan ISLAM PAS..

    Dan ini peranan Ulama.. kebiasaan Ulama memiliki Ilham yang lebih benar daripada ALLAH dengan bertahajud dan sebagainya..

    Jangan LUPA.. Kebergantungan Kepada ALLAH..
    jangan asyik berstrategi tanpa memahami FEQH!!

    ReplyDelete
  4. bro.SFH

    klu wa guna hujah ni,
    lu ada rasa nak lempang tak?^_^

    "Klu Allah nak bg pengundi labis MCA pangkah PAS.Tiada mustahil bg Allah.
    letak je lah sapa2.."

    ReplyDelete
  5. kuasa ALLAH semua jadi..

    tapi janji ALLAH bersyarat untuk orang mukmin dan bertakwa..

    syarat utk Mukmin dan bertakwa untuk menang..

    1. ikut persepsi ALLAH.. dengan firmanNYA:: berpeganglah pada tali ALLAH, dan jangan berpecah..""

    2. Berstrategi yang dilandaskan Feqah, bukan kerana untuk mengharapkan tuah, bukan kaedah sekarang kerana wahyu ALLAH sudah berhenti dengan wafatnya Nabi SAW..


    hehehe..

    lu faham tak janji ALLAH untuk orang bertakwa/beriman?.. yang ni kena refer Quran dan Hadis

    beza dengan sunnatulah/hukum ALLAM..
    hukum alam(sunnatullah) menyatakan ramai menang lawan banyak..

    kalau ada MCA undi PAS pun.. belum tentu Melayu FELDA akan undi PAS..

    itu sebab strategi pun bukan ikut kapla lu je..

    dah habis mikir strategi.. Munajat kepada ALLAH, tunjukkan yang mana Elok..

    dan Ini cara Ulama PAS..!!

    ReplyDelete
  6. <<< "lu faham tak janji ALLAH untuk orang bertakwa/beriman?.. yang ni kena refer Quran dan Hadis..">>

    klu wa tukar HAdi ke org lain
    kira wa taqwa kureng atau tak bertaqwa langsung bro?

    klu tak pilih HAdi jadi Presd kira ikut tak quran dan hadis ke bro?


    Tiada mustahil bg Allah.
    letak je sapa2.
    klu Allah nak menangkan PAS
    diaorg akan pangkah PAS.
    yg penting yakin dgn janji Allah. ^_^

    ada rasa nak lempang tak bro?^,^

    ReplyDelete
  7. soalan lu ni.. huhu.. logik sket laa bro..

    apa hal tanya taqwa lu kat wa plak?
    lu ukur sendiri laa... hehe

    lu punya pilihan...

    lu sendiri laa decide nak guna hujah apa??

    sekarang ni.. lu nak tukar hadi ke and whatever..

    Lu refer Quran dan hadis tak??

    itu yang lu patut tanya,..
    bukan tanya wa..

    lu pun dah confused dgn diri lu..
    hehehe...
    lu lempang je laa diri lu..
    wakaka..

    wa tarak pening maa.. wakaka

    ReplyDelete
  8. bukan apa bro.SFH
    wa punye perspesi dari pandangan lu,mcm klu tukar Hadi leh jatuh tak bertaqwa. Tu yg wa mau confirmkan.so ternyatalah perspesi wa silap.


    so leh wa nyatakan kesimpulannya
    taqwa dan iman tidak kureng klu kerana tukar HAdi pd yg lain,


    refer quran dan hadis pon,
    ada mcm2 pandangan bro.
    tu dlm antara ulamak2 yg ada.
    klu lu dan wa.
    lg lah mcm2 pandangan..
    bukan lak wa kata tak payah refer.

    ReplyDelete
  9. lu nak tukar TGHA.. tukarlaa..
    wa tak halang pun..

    tapi falsafah di sebalik penukaran itu wa tak suka..

    banyak alim ulamak PAS rileks dengan kepimpinan semasa..
    tiba2 ada suara suruh tukar..
    tapi tukar tu atas kaedah apa??
    tak nak ikut kata Mesyuarat? tak nak ikut suara majoriti??
    mana disiplin jemaah??

    kalu lu claim.. lu bukan jemaah..
    so.. itu ccerita lu laa..
    sape suh duk luar jemaah..
    kalau dah rasa diri genius..
    belajar agama tinggi.. nanti baru nampak mana yang benar dan mana yang Haq..

    hehe..
    lu attack wa soalan sama..
    sama laa jugak jawapan wa.. hehe

    ReplyDelete
  10. bro.SFH

    lu org golongan ciput bro.
    wala dan taat.
    lu nak banding lu iman tahap gaban Z dgn org iman ala biskut chipmore
    mana lah sama bro.

    so klu ada suara nak tukar ke
    nak ganti ke..
    nak apa ke..
    bg wa normal laaa.
    asas pernukaran mcm2 ada..
    mungkin lu tarak setuju.
    mungkin lu setuju

    mcm wa,
    wa nak tukar atas sobab
    Rakyat Msia perlukan presd PAS
    yg leh menyakinkan mereka
    dari ciri imej yg memenuhi cita rasa rakyat msia disamping punye kewibawaan.

    mcm gak utk PAS
    HAdi mjadi pilihan utk masyarakat PAS. tp dlm kontek Msia
    lu kene wat survey laa..

    try survey Hadi,Nas, Nizar, Husam dlm masyarakat Msia.
    sapa pilihan mereka.?
    dari situ kita leh lihat bagaimana perspesi mereka.


    org no.1 ni mberi kesan dlm
    menyakinkan masyarakat pd PAS.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.