Skip to main content

Kenapa Allah tidak sunnahkan demokrasi undi? (2)

Oleh : AdukaTaruna

Memula sekali, gua guna istilah DEMOKRASI UNDI. Gua speksifikasikan. Gua tak sebut demokrasi suara, demokrasi kajian dan macam-macam lagi.


Lu boleh dakwa pemerintahan Muhammad saw mendapat persetujuan penduduk. Tapi, bukan secara undi terbuka. Katakan satu kampung ada 10 orang. 8 bodoh, 2 kurang bodoh yang menjadi ketua. Zaman tanpa undi, jika ketua sudah setuju, yang bodoh, hanya mengikut. Dah nama bodoh, mana berani, dan tahu cara melawan. Tiada kaedah yang disediakan.

So, bila hampir kesemuanya setuju, bolehkah lu kaitan dengan hujah demokrasi undi? Cuba lu kembali zaman silam tersebut, dan minta setiapseorang penduduk Madinah, atas 21 tahun undi sama ada Muhammad saw jadi pemimpin atau tidak? Kita sediakan kaedah untuk orang bodoh dan orang pandai memilih, di mana keputusan diambil dari kelompok terbanyak. Lu tengok bagaimana pembolehubah itu berfungsi.

Sekali lagi, kita bercakap mengenai demokrasi undi. Bukan demokrasi total.

Pilihan yang kita ada.

Gua tak suruh pun kita tinggalkan satu-satunya pilihan yang ada pada kita ini. Gua just share kemungkinan sebab-sebab Allah tidak sunnah satu sistem sebegitu. Walau lu dakwa zaman Muhammad saw, sekian dan sekian, itu hanyalah mengaitkan secara bau-bau bacang dengan istilah demokrasi. Tetapi, tidak satu zarah pun hujah yang boleh mengaitkan mengenai demokrasi undi.

Setakat yang kita saksikan, sejak zaman Muhammad saw yang dibenarkan kemenangan (zaman nabi2 lain tidak menang kecuali Sulaiman yang mewarisi dari ayah), tidak ada satu pun yang melalui demokrasi undi.

Yes, gua setuju, demokrasi undi adalah satu platform awal, tetapi, sunnahnya, seolah-olah, perubahan itu berlaku melalui revolusi yang terbentuk lama atas tajuk demokrasi. Tetapi bukan demokrasi undi.

Zaman kebangkitan Perancis tidak melalui demokrasi undi.
Zaman khalifah tidak melalui demokrasi undi.
Kejayaan Revolusi Islam Iran tidak melalui demokrasi undi.
Indonesia tidak melalui demokrasi undi.
Taksin tergolek anjing tidak melalui demokrasi undi.

Allah menunjukkan satu-satu kejayaan itu tidak ada kena-mengena dengan golongan bodoh dan lemah. Ianya hasil dari golongan cerdik dan kuat. Ini format alam yang Allah create. Allah seolah-olah enggan menjadikan satu-satu perubahan itu berlaku hasil berkumpulnya orang bodoh, pemalas dan lemah.

Ianya lari dari kalam Allah, lari dari sunnah Allah yang mengatakan perubahan itu berlaku kerana Allah mengubah atas usaha golongan yang gigih, cerdik, bersungguh2 dan kuat. Kemudiannya, kemanisan, kebaikan dan faedah hasil kemenangan itu, barulah dikongsi bersama, termasuk golongan paling banyak, yakni golongan bodoh dan lemah.

Setuju undi demokrasi dilaksana selepas pembinaan masyarakat cerdik.

Sunnahnya ialah perubahan itu berlaku hasil usaha manusia yang mahu berusaha. Bukan melalui berkumpulnya hasil pensel golongan bodoh.

Alatnya ialah sistem itu. Alat boleh berubah dan berubah. Asalkan baik kepada lebih baik. Kaizen. Jika masyarakat cerdik, dan ketika itu datang satu sistem yang lebih baik menggantikan demokrasi undi, maka, mudah untuk berubah. Tak perlu revolusi.

Hamas menang PRU akibat demokrasi undi. Ya, memang benar. Pertama, isunya di sini, berapa lama Hamas berusaha membentuk masyarakat cerdik? Di mana usaha-usaha Hamas itu bukan demokrasi secara total. Sebaliknya bercampur-campur. Hamas memiliki ketenteraan sebelum kemenangan melalui pilihanraya, dimana, dalam konsep demokrasi, pemenang hasil undi yang layak memiliki ketenteraan.

Yang keduanya, atas pelbagai faktor, Gaza telah berjaya membentuk masyarakat cerdik lebih ramai dari masyarakat bodoh. Jadi, hasilnya, kemenangan Hamas itu ialah hasil berkumpulnya undi golongan cerdik.

Contoh lainnya Kelantan. Atas pelbagai faktor, seperti nisbah sekolah pondok (pendidikan independent) yang banyak per jumlah rakyat Kelantan, dan sebagainya, menyebabkan perubahan itu berlaku melalui undi. Jadi, ketetapan itu diizinkan Allah kerana tidak melanggar format alam.  Ianya hasil berkumpulnya golongan cerdik.

Tidak stabil.

Kemenangan hasil kuasa terbanyak tidak stabil. Ianya membuka ruang2 ekploitasi. Jika masyarakat Kelantan atau Gaza berjaya menjadi cerdik pun, dan sistem menetapkan kuasa diserahkan kepada golongan yang ramai, ianya tetap mengundang padah. Tidak stabil.

Ini kerana cerdik itu hidup dan tumbuh. Ianya tidak statik. Cerdik dahulu setakat boleh cipta kereta. Cerdik terbaru sudah boleh terbang ke bulan. Dalam masyarakat cerdik, kelompok cerdik konvensional pasti ramai dari kelompok super cerdik tajdid.

Ianya tidak stabil. Kelompok teramai cerdik konvensional akan mudah dieksploitasi. Lebih baik sistem seperti Arab Saudi. Ya, memang benar sistem Arab Saudi itu sistem yang bodoh. Tetapi, hanya kelompok yang benar-benar kuat sahaja, yang dipilih oleh Allah, yang dibantu Allah, berjaya membuat perubahan. Jadi, kemenangan selepas itu sangat stabil.

Sekali lagi, kita story pasal demokrasi undi. Apa pun, apakah pilihan yang kita ada di Malaysia? Guna sahaja demokrasi undi sehinggalah Allah takdirkan satu revolusi rakyat. Gua tak fikir BN ditumbangkan melalui demokrasi undi.

Satu lagi yang gua nak share, kalaulah doa Ostad Fadhil mengenai usia TDM dimakbulkan, gua rasa revolusi rakyat di Malaysia sudah hampir. Kerana TDM pun sudah tua.

Wallahualam.

Comments

  1. -demokrasi undi mmg selama2nye xkan mampu merubah sesuatu sistem or pemerintahan, jika kelompok teramai masih lg didomninasi oleh golongan (rakyat) yg bodoh..

    -so ape plihan kite yg ada?.dr demokrasi undi yg brpuluh2 tahun kite wala' dan mngharap sesuatu perubahan akan brlaku, x mustahil kite brubah ke sistem demontrasi..samada 'demontrasi aman'ataupun 'demontrasi brdarah'..

    -setiap perubahan or kebangkitan rakyat di perancis, iran, indonesia, thailand dll sumenye brpunca dr demontrasi..bukan demokrasi undi..

    -tetiba wa teringat hadis riwayat dr tukar tiub "jika pilhanraya bole mengubah sesuatu, nescaya sudah lama ia diharamkan"..rujukan dr kitab soheh blog tukartiub.blogspot.com,huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Ok Bro,
    Sekarang ini engkau dah jelas takrifkan demokrasi undi = pangkah masuk dlm kotak undi.

    Betul, mana2 agama pun tak ada di mengajar demikian.

    Bagi aku demokrasi undi bermakna lebih luas. Kalau pergi mesyuarat, kita ada resolusi, bila masa pengerusi tanya siapa setuju, siapa yang angkat tangan maksudnya dah mengundi utk menyokong resolusi itu. Bagi aku inipun satu amalan demokrasi undi, tak perlu pangkah kertas dan masukkan dalam peti undi. Tak perlu SPR. Tak perlu pengawas pilihanraya.

    Jadi kita dah ada dua taksiran.

    Bercakap mengenai Iran dan Indonesia, kalau tidak ada orang-orang kebanyakan yang di kata kan bodoh itu memilih utk turun ke jalan-jalan bertempur dgn pihak berkuasa, tak akan berjaya juga.

    Bayangkan kalau cuma ratusan orang bijak yang turun ke jalan-jalan untuk menentang regim Suharto, berjayakah Suharto ditumbangkan?

    Memilih untuk menunjuk perasaan di jalan-jalan raya juga satu amalan demokrasi bagi aku. Sebabnya berbalik kepada tafsiran aku pada perkataan demokrasi itu sendiri.

    Mungkin tidak pada engkau sebab tafsiran yang berbeza.

    Bijak bagaimanapun seseorang pemimpin, kalau tidak mendapat sokongan dari orang kebanyakan tidak akan jadi juga. Mahu atau tidak, sokongan orang kebanyakan itu perlu.

    ReplyDelete
  3. cerdik bodoh, pandai dungu, lemah berkuasa, memerintah diperintah dan sebagainya adalah berkenaan ILMU!!
    Kalam Allah itu Ilmu, agama itu ilmu, Muhammad juga ilmu.. bahkan Sirah Muhammad itu juga adalah sebenarnya agama.
    nak semayang kena ada ilmu, nak jadi imam kena ada ilmu, kecuali islam yg takyah semayang. nak berzakat, kahwin, nakbertelur kat tandas, dan segala-gala ilmu yg diperlukan dalam asas kehidupan manusia ada nabi tunjukkan KECUALI demokrasi undi yg lahir dari sistem sekular!
    Benar, diMalaysia ini demokrasi undi adalah SATU2 nya pilihan yg ada... tapi mengapa kita memilih untuk TIDAK mempunyai pilihan? adakah masyarakat kita terlalu tidak berilmu=bodoh kerana tidak mampu memilih, beralih atau berhijrah meninggalkan sistem demokrasi undi yg terkenal lemah, korup dan tidak berdaya menyelesaikan masalah umat manusia ini?
    Mengapa misti berhujah keharusan sistem islam didalam adab dan kerangka pemikiran demokrasi sekular. mengapa tidak kita hujah keharusan demokrasi didalam kerangka pemikiran sistem islam? mengapa harus sistem islam dihujah dan dibuktikan untuk setara, serasi atau sesuai dgn demokrasi.. adakah kita mula percaya islam adalah sistem kelas 2??
    Apa hebatnya Indonesia bila tumbangnya Suharto.. samada suharto tumbang oleh revolusi jalanan rakyat cerdek atau rakyat bodoh mereka tetap sama! kedua-duanya cuma membawa indonesia kembali kpd demokrasi undi yg bangkrap seperti sebelumnya. Rakyat Indonesia semua sama bodohnya kerana tidak mengambil peluang itu untuk memilih SISTEM islam! Mengapa?? kerana mereka tidak berilmu sebagai orang islam!!

    susahkah mempunyai satu PILIHAN LAIN selain dari demokrasi Undi?

    cuba bayangkan begini... malaysia sebagai negara ISLAM yg bebas beragama utk semua bangsa. semuanya berilmu khususnya Melayu2 yg berilmukan islam, pastinya mereka semua akan ke masjid kerana mereka berilmu dan cerdek. di masjid mereka memilih ajk, ketua, wakil atau sebagainya dari kalangan yg lebih cerdik diantara mereka. katakan mereka memilih lima wakil yg paling berilmu untuk dihantar ke Majlis permesyuaratan rakyat di masjid daerah untuk memilih 5 lagi wakil yg lebih berilmu ke Majlis rakyat di Masjid NEGERI untuk membentuk barisan kepimpinan negeri.
    agama2 lain juga melakukan perkara yg sama bagi menghantar wakil, tetapi NEGERI ISLAM konon, maka ketua negeri terpulanglah kepada islam adanya...
    tengok.. sifir diatas bodohlah pada pengganut UMNO.. tetapi tidak mustahil utk direalisasikan! Bahkan sebagai generasi berilmu pasti akan lebih baik cadangannya.

    demokrasi cuma sebuah istilah kaedah pemilihan kepimpinan, dan islam mempunyai kaedah yg lebih baik daripadanya. dan telah dibuktikan oleh seorang pemimpin Besar yg mana kita BERSYAHADAH kepadanya, JADI mengapa harus tunduk beriman kepada demokrasi undi??

    ReplyDelete
  4. Perjuangan ISLAM berbeza dengan perjuangan Kebangsaaan, keadilan manusia da sebagainya..

    Dalam perjuangan ISLAM..
    yang paling Utama ialah Menyebarkan Kalimah2 ALLAH ke seluruh alam yakni mewarisi kerja-kerja Nabi Muhammad SAW..

    Perjuangan Juga berdasarkan fitrah ALAM tetapi disandarkan kepada feqh2 yang berpandukan dalil2 Quran dan Hadis serta fikiran Akal yang selari dengannya..

    MEMANG..
    kita kena berstrategi dan sebagainya.. Namun prinsip tidak harus dilonggarkan..

    KEMENANGAN hanya diberi Oleh ALLAH.. iktikad ini yang harus dipegang..

    Jangan mengiktikad.. kalau strategi Bagus.. kita akan menang.. INI SALAH!!

    sebab itu Kepimpinan Ulama perlu dalam perjuangan ini supaya AQIDAH perjuangan itu tidak lari daripada percaya kepada ketentuan ALLAH..

    bukti..

    kalau ikut akal..
    masakan tentera BADAR boleh menang menentang Tentera Musyrikin.. tetapi ALLAH Bagi menang juga kerana yang berjuang ialah yang benar2 ikhlas..

    Dalam demokrasi semasa..
    --ikut akal, mustahil PAS akan menang untuk mendirikan syariat ISLAM..
    -tetapi kalau ikut syarat Taqwa pejuang yang meyokong.. kita belum ukup untuk mendapat bantuan ALLAH..

    seperti kisah Perang badar dalam surah al-ANfal (kalau tak silap)..
    -- ALLAH menegaskan.. bukan kamu yang memanah musuh.. tetapi dengan kuasa ALLAH..

    --kalau dintibatkan dengan kaedah sekarang.. bukan kamu yang mengundi.. tetapi kuasa ALLAH yang membuat kamu mengundi ISLAM..

    KESIMPULAN..
    Mahukan kemenangan ISLAM.. AQIDAH perjuangan harus dibetulkan dahulu..
    bukan menyalahkan ulama dan profesional..
    bukan hanya menumpukan pada strategi politik.. tetapi harus menguatkan TAQWA kepada ALLAH..

    ReplyDelete
  5. bro.. Semua manusia kena ikut Al-Quran dan Sunnah kalu nak berjaya...

    SEMUA MANUSIA..serius takdak sebut pon untuk orang tertentu ja, bangsa tertentu, negara tertentu...

    kita ni kira nasib bek ja, lahir2 ayah kita azan tepi telinga...

    istilah murtad tu untuk kita la tu kalau kita tak jaga Islam kita... buat benda syirik.. buat dosa2 besag tak bertaubat, mati masuk neraka jugak....walaupun kononnya melayu Islam...

    kalu tidak takkanla kita yg dah Islam ni dok doa lagi "matikanlah aku dalam agama Islam"...

    Wallahualam...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu