Skip to main content

Kenapa Allah tidak sunnahkan demokrasi undi?

Oleh : AdukaTaruna

Selama ini gua berada dalam kelompok pertengahan. Bukan niat gua nak menghina mana-mana pihak, tapi gua nak share satu perkara dengan lu orang dalam N3 kali ini.

Lebih sebulan gua duduk dalam sektor Pengawal Keselamatan. Percaya atau tidak, setuju atau tidak, sektor seperti ini majoriti diisi oleh kelompok rendah. 6 rakan sekerja, 2 darinya tidak boleh menulis.

Makluman 1.

Gua dan rakan share beli TV 15". Sorang RM20, selebihnya disponsor oleh bos. Satu hari, gua lupa hari apa, kat TV3 ada satu rancangan bernama KES. Rancangan sejarah. Pasal tebusan penjara pudu yang pertama, pasal P. Kalimuthu yang kedua. So, gua minat dan tonton la.

Tapi dapat bantahan. Diorang lebih suka tengok rancangan menyanyi TV1. Aduss.... tak boleh masuk gua. Hahaha. Kena plak acara nyanyi P. Ramlee palsu atau muzik klasik. Nyaris2, gua bunuh diri ketika menerima hakikat tersebut.

Makluman 2.

Expo Cheng Ho hangat time tu kat KB. Ketika gua buka mulut ajak member gua pergi, satu rakan sekerja buka mulut begini :

"Rama ore maroh expo tu." Ayat lebih kurang la.

"Apsal plak?" Gua tanya balik.

"Sepatutnya expo tu buatla kat KL."

Gua terdiam tak tahu nak cakap apa. Nak tepuk dahi pun takda selera. Bila kebanyakan rakan sekerja membincangkan perkara itu, baru gua tanya begini :

"Mu kalau kawin, nak buat bekwoh kat rumah sendiri ke, kat rumah orang kat KL?"

Pengajaran yang dibincangkan.

Ianya membuatkan gua berfikir dan terus berfikir. Sektor bawahan seperti Pengawal Keselamatan, car wash, dobi, orang kampung, buruh lebih ramai. Jika kita belajar dari sunnah alam yang Allah create ni, nyamuk lebih ramai dari katak, katak lebih ramai dari ular. Kelompok bodoh lebih ramai dari kelompok sederhana, kelompok sederhana lebih ramai dari cerdik.

Jadi, apakah sebab itu, Allah tidak sunnahkan hak memilih pemimpin diberikan secara terbuka? Di mana kelompok manusia bodoh adalah teramai sekali dalam sistem Allah ini?

Renungan.

Majoriti golongan miskin gua pecahkan kepada 2 sebagai pembolehubah untuk renungan.

1. Generasi pertama yang miskin, tetapi generasi keduanya bangkit. Contoh Prof Agus, Halim Yazid.

2. Generasi pertama yang miskin, dan terus miskin bagi generasi seterusnya.

Cuba kita perhatikan majoriti kawasan perumahan kelompok bawahan.Di mana, gua percaya kebanyakan mereka dari kumpulan 2. Kawasan rumah flat termiskin contohnya, kawasan penempatan rumah panjang golongan miskin contohnya. Kawasan kampung, estet dan Felda contohnya.

Pasti indeks jenayah di tempat tersebut tinggi. Yang anak2 hisap dadah. Yang bohsia. Yang tak habis sekolah. Gangsterisme, etc. Manakala, indeks jenayah rendah di tempat2 golongan pertengahan dan mewah. Adakah mereka semua itu disunnahkan Allah untuk hak memilih pemimpin?

Manusia bodoh lebih ramai. Dan penentu diambil dari kelompok yang ramai.

Comments

  1. aduka, gua salute penerokaan isu dari kepala hotak muda lu!
    tersangat baik entry ni bagi yg faham hikmah sunnah nabi dan fitrah alam..
    jadi kita seharusnya faham sekarang mengapa syura ulama seharusnya jadi pemutus didalam pas dan mursidur am itu selayak khalifah dalam pas.. undi dewan tu tolak tepi la..

    ReplyDelete
  2. hah! (Buat-buat tak paham) APA? Lu nak kita orang buang demokrasi, guling kerajaan UMNO-BN & angkat senjata lawan depa tu ka AT? JIHAD ka ni AT?

    ka ka ka! Back to topic, betul la mojoriti tu la suka Ketuanan Melayu (baca: UMNO) memerintah ala kadar, ala koboi @ pendekar 6 jahanam! ho ho ho

    ReplyDelete
  3. Realiti masyarakat kita bro. Rimas tak rimas, kita sedang berada dalam kelompoknya.

    Cuma gua nak tanya sket. Adakah teori lu ni merangkumi semua bangsa?

    Adakah tahap intelek buruh bangsa A menyamai tahap intelek buruh B?
    Atau lebih hebat, tahap intelek buruh A menandingi tahap intelek engineer B?

    Pada gua la, gua lebih nampak kepada sistem / acuan / budaya sesebuah masyarakat.

    Suasana 1

    Pemerintah / ketua bagi sesebuah negara / masyarakat mengamalkan, menerapkan, menghidupkan dan menggalakkan budaya / amalan positif di kalangan rakyat dari semua aspek. Insya Allah, seorang buruh pun mampu berfikir secerdas seorang engineer. Pertumbuhan dan perkembangan minda. Otak sentiasa rajin bergerak menganalisa sesuatu isu / permasalahan dan boleh menilai dengan tepat. Sentiasa islah dan tajdid. Apabila sel-sel otak saling berhubung, perkembangan otak akan berlaku.. eh, macam iklan susu la pulak.

    Suasana 2

    Sebaliknya yg berlaku daripada Suasana 1. Gua percaya seorang engineer pun takat lulusan ulat buku atau library bergerak, tapi gagal nak adaptasi, manipulasi. Kreativiti lemah. Lemau dan lembik. Tapi cer bukak AF & Mentor, segar beb..

    Kesimpulan

    Sistem dan pentadbiran acuan Islam memang wajib. Namun, selagi ia belum terlaksana, walau apa jenis sistem yang sedang berjalan, intelek rakyat / masyarakat tetap perlu dibangunkan, supaya level kebanyakan / bawahan mampu berfikir secerdas level pertengahan walaupun takde segulung ijazah.

    Wallahua’lam.

    ReplyDelete
  4. haha nice entri, dude. respek.

    !!

    ang anak2 hisap dadah. Yang bohsia. Yang tak habis sekolah. Gangsterisme, etc. Manakala, indeks jenayah rendah di tempat2 golongan pertengahan dan mewah. Adakah mereka semua itu disunnahkan Allah untuk hak memilih pemimpin?

    sesungguhnya gua melayu dan malas berfikir, tapi kata2 lu buat gua termenung sekejap.

    ReplyDelete
  5. Aduka...

    Bila lu nak sambung cering satu syif ta lu sakat suara hantu kat anak ketua pengawal tu...

    Dah berapa lama gua tunggu.... ish.ish... kang gua pulak seoramg lagi lempang lu...muuuaaaa!!!!

    ReplyDelete
  6. Aduka...

    Bila lu nak sambung cering satu syif ta lu sakat suara hantu kat anak ketua pengawal tu...

    Dah berapa lama gua tunggu.... ish.ish... kang gua pulak seoramg lagi lempang lu...muuuaaaa!!!!

    ReplyDelete
  7. sistem demokrasi xbleh pakai....
    sebab, org bodoh xboleh diberi hak untuk memilih pemimpin....
    kat mana2 pun dlm dunia ni, orang bodoh konfem lagi ramai dari org cerdek....

    tu pasal, di Iran, sesiapa nak bertandig jawatan presiden, kena ditapis oleh majlis ulama...
    makna nya yg dah ditapis tu mmg betul dah dipilih oleh mereka2 yg cerdek...
    maka, xheran la sape2 pun yg menang pilihanraya....
    lg pun pilihanraya ni saje je nak tunjuk negara mereka gak amal demokrasi barat....

    barat xder point la nak serang2....

    ReplyDelete
  8. Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
    Keujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
    Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

    ReplyDelete
  9. Aku rasa pandangan hang dlm perkara ni sempit. Sah hang Melayu tulin.

    Kita kena tengok definisi dulu. Demokrasi bukan bermaksud demo main keras, tapi demo=rakyat, krasi=kuasa. Dari perkataan latin yang bermaksud kuasa di tangan rakyat.

    Dari Nabi datang ke Madinah, dengan Sahifah Madinah yang ditandatangani oleh semua puak/kaum yang mewakili penduduk Madinah pada zaman itu sehingga lah kepada Khulafa Ar Rasyidin yang di pilih secara ijma dan kemudian di bai'ah.

    Nabi tak pernah ambik kuasa secara ditaktor. Tak pernah kata pada penduduk Madinah yang majoriti nya adalah bukan Islam, bahawa baginda dah dilantik sebagai Nabi oleh Allah maka kena wala, setuju dan patuh saja. Di bawanya berbincang dan bila dah setuju, pakat ramai2 sign Sahifah Madinah.

    Pusing punya pusing, kita dapati bahawa zaman Nabi pun walaupun tak ada SPR, tapi masih pemerintahan itu atas persetujuan bersama penduduk Madinah mengangkat Nabi sebagai pemerintah negara.

    Jadi kesimpulan nya, adakah cara Nabi menghimpun ketua-ketua kaum di Madinah itu dan mendapatkan persetujuan mereka bagi Sahifah Madinah itu satu demokrasi? Yang itu kena tanya lah orang yang lebih arif.

    Mengatakan bahawa Allah tidak sunnahkan demokrasi undi ini sama dengan mengatakan bahawa Allah tak pernah suruh kita naik kereta/motorsikal pergi masjid ataupun Allah tak pernah suruh kita pakai senapang untuk pergi berjihad. Nak pergi masjid kena naik unta & kuda. Nak berjihad kena pakai pedang.

    Susah lah kalau spesifik sangat. Nanti kalau jumud sangat, engkau jugak yang memaki hamun.

    Jangan sempitkan fikiran anda.

    ReplyDelete
  10. Muaz,

    Psal Iran, bekas Presiden Rafsanjani pun dituduh mengamalkan rasuah.

    Yang tuduh pun Presiden sekarang ini yakni Presiden Ahmadinijad.

    Tak ada sistem yang sempurna. Tapi ini sebenarnya tidak menjadi masalah jika kita sanggup mengakui kesalahan/kelemahan kita.

    Tapi kalau masing2 asyik kata Sistem Khalifah sistem sempurna, satu pihak lagi Sistem Wilayatul Faqih al Imamah yang sempurna, satu lagi Ketuanan Melayu-Islam sistem sempurna, susah lah kita.

    ReplyDelete
  11. Aduka, agak2 lu setuju tak dgn aku????

    http://pemecahfikiran.blogspot.com/2010/12/ajk-pas-pusat-pilihan-hati-gua.html

    ReplyDelete
  12. nizam mahmud...

    yaa... mmg pun, walau dah ditapis, mesti ada kelemahan...
    sekurang-kurangnya bukan org yg bodo memerintah negara...

    tp, aku tak setuju kalo org bodo diberi hak untuk memilih pemimpin....

    sebab betulla kate aduka, org bodo sentiasa lebey ramai dari org yg cerdek....

    maka

    ReplyDelete
  13. Nizam Mahmud.. maaf saya mencelah!

    saya rasa anda sudah tersasar dari intimaksud AT.
    saya tak fikir AT bermaksud tolak demokrasi dan ambil kuasa secara keras, gasam atau diktatoran dan itu bukannya juga cara Pas mendapat kuasa!
    apa yg di pertikai adalah UNDI=siapa yg berhak tentukan pemimpin=keperluan suara majoriti?
    kalau nabi dan islam utamakan suara majoriti saya fikir islam Muhammad Saw tak wujud hari ini.
    Islam Muhammad adalah sedikit melawan yg terbanyak MAJORITI sehingga membawa kepada nabi berhijrah.
    nabi melawan majoriti dengan dakwah=siasah=wala=demokrasi(ala nabi=islam)

    BOlehkah anda buktikan Nabi diangkat dalam Sahifah madinah dari undi Majoriti penduduk Madinah???

    Nizam menulis Jadi kesimpulan nya, adakah cara Nabi menghimpun ketua-ketua kaum di Madinah itu dan mendapatkan persetujuan mereka bagi Sahifah Madinah itu satu demokrasi? Yang itu kena tanya lah orang yang lebih arif.

    bukankah kaedah nabi menghimpunkan ketua kaum itu bermaksud menghimpun orang cerdik=yg sedikit mengundi sebagaimana maksud AT. demokkrasi islam adalah demokrasi berpilih.. bermaksud ketua yg cerdik mewakili kaum/kumpulan yg lebih lemah akal dan kuasa mereka?

    Islam kalau ikut suara majoriti KUTBAH jumaat misti kena buat kat kedai kopi Nizam Mahmud ooii!!!

    ReplyDelete
  14. Bro. sekelian,

    Sebab tu gua kata walau apa jenis sistem yang sedang berjalan, intelek rakyat / masyarakat tetap perlu dibangunkan.

    Contoh : Hudud.

    Turun dr Allah. Sesuai dan berkesan sepanjang zaman. Tapi benda baik tak semesti akan dipandang baik. Tetap terdedah kepada salahtafsiran dsb.

    PAS setuju Hudud. Tapi bila intelek ahli tak dibangunkan, bukan saje ahli PAS sendiri tak paham 'kitab' Hudud, malah tak mampu utk memahamkan mad'u, apatah lagi utk mematahkan hujah musuh.

    Hudud = Baik.

    Kegagalan intelek ahli PAS utk memahami & menerangkan Hudud = Tak Baik.

    Maka terpalitlah perkara Baik ( Hudud ) dengan perkara yg Tak Baik ( kegagalan intelek ahli PAS ).

    Begitu juga sistem demokrasi ( atau apa jua sistem ). Kalau intelek rakyat tak dibangunkan, maka terpalitlah sistem demokrasi dengan situasi membusuk yg berlaku hari ni. Level bawahan bodoh yg mendominasi peratusan undi.

    Tapi kalau intelek rakyat dibangunkan, jangankan pelaksana sistem yg khianat, malah dengan sistem2 tu jugak dibakulsampahkan kalau betul ianya salah, dan digantikan dengan sistem yg betul.

    Gua percaya kalau Melayu Felda & Melayu Hutan 'anak emas' BN dibangunkan intelek mereka secara adil dan menyeluruh oleh pemerintah sepertimana tuntutan demokrasi tulen, insya Allah BN akan tumbang.

    Waktu tu kalau PR memerintah dengan adil, sejahtera dan berkebajikan, bagaimana pula persepsi kita terhadap sistem demokrasi?

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  15. sam,

    Aku rasa mungkin kita melihat perkara ini dalam frekuensi yg berlainan.

    Senang cerita, 1500 tahun dahulu, manusia hidup dalam berpuak2. Setiap puak atau kaum ada cara sendiri utk pemimpin di kalangan mereka. Pemimpin2 ini adalah wakil2 kepada orang2 dari kaum itu sendiri.

    Jadi kalau Sahifah Madinah dipersetujui di kalangan pemimpin puak-puak dan kaum-kaum ini, maka utk keadaan 1500 tahun dahulu, kita boleh katakan bahawa ianya meliputi orang yang di kaitkan dgn kaum tersebut.

    47 ataupun dlm sesetengah pendapat, 52 klausa dlm Sahifah Madinah ini meliputi kaum-kaum yg terdapat di Madinah. Ia termasuklah hubungan sesama mereka, kewajipan sebagai satu umat dalam mempertahankan tanahair dan sebagainya.

    Klausa 42 menyatakan bahawa sebarang pertikaian berkenaan Sahifah ini hendaklah dirujuk kepada Nabi untuk diselesaikan. Dlm kata lain autoriti bagi menyelesaikan pertikaian terletak di tangan Nabi.

    Kesimpulan dari di atas:
    1. Sahifah Madinah merujuk dokumen bagaimana kehidupan bersama pelbagai manusia dlm satu negara.
    2. Dipersetujui oleh wakil2 dari kaum-kaum yg terdapat dlm Sahifah Madinah.
    3. Autoriti bagi segala pertikaian dalam Sahifah Madinah adalah terletak pada Nabi.

    Kalau kita lihat autoriti ini, kalau hendak dikatakan demokratik hendaklah di dapati secara undi dari individu, mesti ada SPR, mesti ada tarikh pilihanraya dan sebagainya, maka aku tak boleh nak cakap lah.

    Tak kan nak sama kan 1500 tahun dahulu dgn sekarang?

    Cuba tengok Malaysia sendiri. Kita tak pilih secara terus seorang Perdana Menteri. Kita pilih ahli parlimen, kemudian ahli parlimen bersidang pilih Perdana Menteri. Tak ada gerenti ahli parlimen akan pilih Perdana Menteri yang disukai kita. Satu kepala mewakili puluhan ribu orang utk memilih Perdana Menteri.

    Apakah hilang demokrasi jika kita tak pilih secara terus seorang Perdana Menteri? Apakah pemilihan seorang Perdana Menteri dianggap tidak demokratik sebab tidak dipilih secara terus oleh rakyat?

    ReplyDelete
  16. Berbalik pada kenyataan Aduka, Allah tidak sunnahkan demokrasi undi, bagi aku satu kenyataan yang terlalu gopoh.

    Fikir ini, dalam dunia Islam Hamas join pilihanraya, Ikhwanul Muslimin join pilihanraya. Iran buat pilihanraya. Yang tak buat pilihanraya adalah Saudi kawan baik Amerika. Iran sebelum revolusi pun pakai sistem raja mutlak. Shah Iran pun kawan baik Amerika juga. Saddam Hussein buat pilihanraya tipu dan olok2. Tahun 80an Saddam Hussein disebut oleh James Baker, setiausaha Negara sebagai sekutu dan kawan terpenting di rantau teluk. Lepas Saddam tak berjaya hancurkan Iran dan kemudian mengacah Israel barulah Amerika tak nak berkawan dgn Saddam.

    Amerika suka betul berkawan dgn pemimpin Islam yang tak demokratik. Tak pernah terfikir ker kenapa?

    ReplyDelete
  17. Ya semua komen di atas adalah tepat, masuk akal, sedap & betul kecuali AT ..hehehe.

    Mana betulnya AT, entah. Boleh dia kata Allah tak sunnahkan demokrasi undi??? Apa saja yang berlaku di dunia tu la sunnah - sunatullah - oleh Pencipta kita ..Allah!

    Jangan ingat sunnah tu drp Nabi s.a.w. saja AT ooiii... Lu dengan Ameno sama aja...Lu kena ingat Ameno tu jangan buat kawan sangat, agak-agak aja la ..Depa tu masa kecik mak pak tak suruh ngaji agama tapi galakkan anak-anak tengok 'reality show',lepak pi karaoke,buat la perkara "lagho"@tak faedah ..Tu pasal depa 'blur' sebab skipped bab 'sunnah' ni ... Atau, lu pun 'high' dah kena 'jarum' sama Ameno?

    Hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu