Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Dec 12, 2010

Jika Anwar ke penjara, lu orang kena pilih gua.

Oleh : AdukaTaruna

Allah jadikan manusia ni berpuak-puak. Dan Allah sebut supaya saling kenal-mengenali. Kalau tak saling kenal mengenali, maka, berpecahan secara lumrah berlakulah. Akibat ketidakfahaman asas terjadinya kepuakan. Penciptaan Allah yang mengizinkan puak dan bangsa.

Then, Allah sunnahkan atau formatkan satu pembolehubah untuk menangani isu berpuak atau kebangsaan ini. Yakni individu yang memiliki kekuatan untuk diterima oleh kebanyakan bangsa atau puak.

Selak semula sirah Muhammad saw, selepas ratusan mungkin ribuan tahun manusia berpecah mengikut puak, bangsa, kulit, fahaman, agama dan idealogi; Muhammad dimunculkan bermula dengan sifat amanah dan akhlak yang baik. Sehingga digelar Al-Amin. Pergh... apsal N3 gua kali ni dah macam ulama plak dah nih?

Dari situ, Allah jana keperibadian Muhammad saw untuk menjadi lelaki yang dipercayai. Dan sehinggalah kemuncaknya, Muhammad adalah lelaki yang mempunyai faktor gam, faktor yang boleh diterima pelbagai kaum sebagai penyatuan kepuakan dan kebangsaan.

Lompat jauh dari zaman itu, selepas ratusan tahun zaman perpecahan, puak dan bangsa, Allah munculkan satu lagi lelaki. Pembolehubah yang sama. Faktor yang sama. Format yang sama. Yakni Salahuddin Ayubi. Menyatukan pelbagai pecahan dan fahaman dalam membebaskan Palestine.

Kecil sedikit dari skop dunia, kita pergi ke skop negara kekangkang telor seltan nirrojim, yakni Malaysia; dalam menewaskan wakil dajal akhir zaman, Barisan Nasional, Allah munculkan Ustaz Fadhil Noor yang menyatukan pelbagai fahaman yang terpercik atas asbab Anwar Ibrahim 1998. Kemudiannya, kini, Anwar menjadi asbab gam. Asbab penyatuan pelbagai fahaman.

Tetapi, persoalannya, ialah : Apa terjadi jika dajal berjaya menyumbat Anwar ke dalam penjara? Faktor gam TGNA terlalu tua untuk kerja-kerja politik organisasi. Beliau hanya layak kerja-kerja dasar organisasi. Lim Kit Siang gua tak fikir mempunyai faktor gam.

Hadi?


Allah tidak mensunnahkan orang bodoh menjadi asbab perubahan melalui undi. Dalam PAS, majority bodoh berbanding cerdik. Dalam UMNO majority terlalu bodoh berbanding kurang bodoh. Hadi dipilih mengikut budaya terbiasa. Orang bodoh tidak akan bangkit melawan budaya terbiasa, kecuali disedarkan orang pandai.

Terletaknya Hadi adalah kerugian apabila tidak dapat menonjolkan pilihan gam terbaik berbanding Anwar bakal ke penjara; apatah lagi Anwar yang beraksi di luar penjara. Ianya adalah satu penghinaan sebenarnya. Tetapi, itulah.. PAS bukannya badan politik kata penyokong Hadi. PAS adalah wadah dakwah.

Allah juga memperlihatkan kepada kita bahawa Hadi bukan gam. Dokumen negara Islam yang dipentaskan atas pembolehubah yang tidak difahami, lemparan nista ubat gegat tamat tempoh kepada wakil puak, pembolotan amanah yang melampau dari MB Terengganu sehinggalah wakil ulama yang selalu bersidang air liur ke luar negara.

Akulah MB Terengganu
Akulah Ketua Pembangkang
Akulah ADUN
Akulah MP
Akulah PJ PAS Terengganu
Akulah Ketua Bola Sepak Terengganu
Akulah Ketua Rusila
Akulah poligami

Soalnya di sini, faktor gam adalah kunci pengawalan kepada kemungkaran UMNO. Di antara kedudukan ulama dengan pengawalan kepada kemungkaran UMNO, yang mana lebih uatama? Ulama atau Islam? Kepimpinan Ulama atau Kepimpinan Islam?

"Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit,bumi dan gunung-ganang. Semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikulnya amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia amat zalim dan amat jahil." (Al-Ahzab : ayat 72 ).

Biar Islam kalah Aduka. Asal ulama tidak kalah. Inilah falsafah Kepimpinan Ulama.

Daripada Abu Zarr katanya : "Suatu hari saya berkata kepada Rasulullah : tidakkah junjungan bercadang melantik saya?"Jawabnya sambil meletakkan tangannya ke atas bahuku : Wahai Abu Zarr,sebenarnya engkau seorang yang lemah,sedangkan jawatan itu suatu amanah. Di hari kiamat dia akan membawa malu dan penyesalan kecuali orang yang mempunyai kemampuan dan menyempurnakan tanggungjawab dengan sempurna." (Muslim)

Itu sahabat Nabi, Aduka. Ini ulama. Kepimpinan Ulama. Bukan Kepimpinan Sahabat. Lu apa tahu? Lu mee rebus. Gua ni mee goreng bai.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-

"Barang siapa melantik seorang untuk mengetuai suatu kumpulan sedangkan ada seorang lain yang lebih berhak dan layak daripada nya di sisi Allah taala(mempunyai sifat-sifat yang diredhai Allah)sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah dan Rasulnya serta orang-orang mukmin seluruhnya."

Siapakah GAM yang lebih baik dari Anwar atau sekurang2nya boleh menggantikan Anwar?

a. Lim Guan Eng
b. Nizar
c. Husam
d. Hadi
e. AdukaTaruna

Gua rasa baik lu pilih Al Hafiz Al Ulama AdukaTaruna.

1. Boleh berbahasa Inggeris. Salah satu komponen faktor gam.
2. Berpengalaman mentadbir kerumitan pemerintahan sebuah negeri selama 20 tahun dalam kepungan BN.
3. Kacukan 1 Malaysia.

Satu ketika gua di soal di mahkamah akhirat, gua di tanya :

"Wahai AdukaTaruna. mengapakah kamu memikul amanah yang terlalu banyak?

Engkaulah MB Terengganu
Engkaulah Ketua Pembangkang
Engkaulah ADUN
Engkaulah MP
Engkaulah PJ PAS Terengganu
Engkaulah Ketua Bola Sepak Terengganu
Engkaulah Ketua Rusila
Engkaulah Poligami

Lalu gua menjawab :

"Pundek lu. Kerana gua dipilih melalui demokrasi undi lah. Takan gua nak tolak harapan ahli?"

35 comments:

Isa said...

Jauh sangat lu melangkau bhai... Hadi dengan Najib faham ke....

ahakkksss....

oRang kAmpong said...

Belum sempat anwar masok penjara lu pon sudah mampos beb.

zargus2702 said...

-nape calon faveret wa x trmasuk dlm list lu?..wa lebih suke cikgu pa yg lead ke arah malaysia baru..

hujahnye:
-beliau mmg trkenal dgn khandalan brpencak politik baik di trganu or di malysia umumnya,kalu x,xkan die dikenali sbg mastermind dlm pas..mjoriti aHLI PAS mnyokong beliau sbb mmpunyai hubungan yg baik dgn ulama2 khususnye dr ganu n golongan profesional..
-faktor gam yg lain ialah beliau mampu menarik msuh2 politik brbncang semeja kearah perpaduan..husam pun klah bro bab nie..yeah, i think he also can speak london as well..

-cume bab kacuk tue, mayb cikgu pa, kena jpa ngan khir toyo blajar dr die mcm mane muke jawa totok bole convert jd evo10..cume ini je klemahan cikgu pa..lain2 wa rase die mmg ade faktor gam gajah,bkn gam yg bdak2 kat taman wa suke isap tue..

-lpas cikgu pa, wa plih calon E,sbb dr byk2 calon hnya calon E jer yg mampu sindir mahkluk dr kayangan..hahahaha..

Restless said...

artikel gam-punk ape nih?hahaha.lu mmg boleh bhai,gua tau!!

SysOp said...

Bhai AT...

Gua rasa aaaa... apa kata kita lantik ker Rajinikanth ... lagi senang... dier boleh jadi gam tue...

1. Berbahasa Inggeris boleh..
2. Berlakon boleh...
3. Berlawan boleh...
4. Jadi leader boleh...

hahahaha

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

Marhaen Kacak said...

hahaha..tak abis2 lu bengang dengan hadi... tapi gua rasa hadi mmg tak layak.. act ramai lagi yang layak tapi tak dikenali...

Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat : Rasiskah Kita vs Bersediakah Kita?

Mohd Ridzuan said...

Asyehmen... hidup aku dah rugi 5 minit baco artikel ngko ni

SearchForHeaven said...

Manusia ini tidak terlepas dari Kekuasaan Dan Ilmu ALLAH..

perjuangan ISLAM ialah perjuangan Aqidah..
Aqidah Ulihiyah dan Aqidah Ubudiyah!!
Aqidah Ulihiyah semua orang faham iaitu beriman dengan sifat dan asmaul ALLAH..

Aqidah Ubudiyah ini.. ramai yang tak Faham.. Ubudiyah bukan mengakui ALLAH semata-semata dalam Ibadat seperti solat, puasa, haji dan sebagainya..

Ubudiyah ialah melahirkan dalam Hati bahawa setiap perbuatan Kita selain ibadat Khusus adalah di bawah kekuasaan ALLAH

SearchForHeaven said...

Sambungan..

Bila dalam bab Ubudiyah ini. termasuklaa Bab politik dan perjuangan..
tidak kira sama ada dalam demokrasi atau pun secara persenjataan..

Aduka telah melabelkan TGHA sebagai orang bodoh dalam politik..

tetapi pandangan nya dari sudut mana??
Bodoh kerana tidak mengikut pandanganNYA??

AT mengutuk bila PAS juga istihar sebagai badan Dakwah??

inilah gaya tak faham..
peerjuangan kena syumul..
Syumul dalam erti kata mengambil semua untuk perjuangan..

Politik ISLAM berdasarkan Dalil-Sunnah!! bukan aqal semata-mata!!

Meh wa bagi contoh!!
PAS berjuang supaya orang SOlat..
ikut akal.. logik ke ni??
padahal ini hukum ALLAH kepada pemimpin.. jika kamu berkuasa serukan Untuk Mereka Menunaikan SOlat!!

Mengambil strategi semata-semata tanpa mengakui kuasa ALLAH dan Amaran ALLAH..
ini bukan perjuangan ISLAM!!

Jangan kita jadi orang jahil Agama.. tapi berlagak ilmu akal kita cukup menandingi golongan Agama!!

Tulisan ini adalah satu bentuk kesombongan.. janganlah sombong..

tuntutlah ilmu agama.. bukan hanya syok dengan akal sndiri..
Ingat akal sahaja tak cukup membawa ke pintu syurga..
Perjalanan Ke syurga Perlu Kepada perbuatan yang berdalilkan Quran dan hadis!!

ALLAHUAKBAR!!

SearchForHeaven said...

ALLAH tidak menjanjikan kemenangan Apabila lengkap berstrategi dan sebagainya..

ALLAH menjanjikan Kemenangan Bila pejuang2 Berpegang tegug kepada Quran dan SUnnah serta bertaqwa walaupun Sedikit!!

Meh wa bagi contoh!!

Dalam kaedah perjuangan ISLAM..

dalam kita memilih Peminpin yang akan Menyatukan DAP/PKR/PAS..
-- kenapa ANuar jadi pemimpin.. sampai sekarang ISLAM masih tak menang??..
-padahal gabungan pekerja2 pakatan Rakyat cukup untuk memenangkan pakatan Rakyat!!

Kemudian lihat sejarah perang pembukaan Andalusia,
perang Badar..
berapa ramai Pejuang ISLAM berbanding musuh??

kesimpulannya!!

Lu lantiklah Pimpinan Jenis apa pun Memimpin Pakatan Rakyat!!
Selagi tak selari dengan Janji ALLAH..
takkan menang Jugak..

Kita sebagai yang beriman kepada ALLAH..
kena pegang INI!!
INI dinyatakan Dalam Al-Quran..

Bukan hanya bergantung kepada Akal strategi semata-mata!!

mahukan NEGARA ISLAM..
PERJuangkan ISLAMIC State..
Tetapi syarat-syarat ISLAMIC state yang dimenangkan ALLAH.. kita tidak ketahui??
huhuhu.. sedih.. tapi.. manusia sombong takkan cuba mendengar nasihat.. tetap menyalahkan sehingga orang yang disalahkan itu Jatuh.. itu kalau Jatuh laa..
kalau yang tuduh tu jatuh dulu..

LU PIKIR LA SENDIRI siapa dalam golongan yang dijanjikan ALLAH!!!

ALLAHUAKBAR!!

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!

sam raspiut said...

Syabas AT,
N3 ni yg paling berminyak diantara banyak2 N3 lu.. gua kagum dan jeles!

Tapi bagi gurka hadi takkan perhalusi lu punya pandangan walaupun lu tulis 30 juzuk AQ sebagai dalil..

yg depa nampak cuma satu... lu tulis Hadi BOdoh.. itu jer!!

gua rasa N3 lu ini lebi berbisa dari semua ceramah kat rusila..

SYABAS dan PUSPEL untuk lu!!

abanghensem said...

pemilihan muktamar bila?..... tahun 2011 ke?...... ermmmmm.....

SearchForHeaven said...

hehe..
abang raspit ni..

AT cerita kat Atas tu sape pengganti ANuar kalau kena tangkap!!

Hahaha..
Kalau dalam perjuangan negara takde masalah..
Hujah AT tu dah boleh pakai..

Tapi ini Perjuangan ISLAM..
mesti guna kaedah ISLAM..

Lu orang juga kata mahu Islamic State.. !!

Ada ke pejuang ISLAMIC STATE tak amal nilai etika moral islamic??

kalau kata kasar.. what the hell perjuangan jenis cam tu!!

wa tak kisah lu label wa gurkha TGHA..
wa sanggup.. hehe..
kalau jadi gurkha TGHA selari dengan Dalil Quran dan Hadis..
Selari dengan Saranan Nabi supaya Berjuang dalam Jemaah ISLAM..
Selari dengan Saranan NABI SAW supaya Pemimpin Yang AHli di kalangan Umat ISLAM ialah Ulama..
sebab itu.. ulama pewaris Nabi..
Wa sanggup..
Sedangkan Ulama2 lain tidak menolak untuk memberi sokongan..
inikan wa yang kurang ilmu..
wa bukan taqlid buta..

Wa bukan SOMBONG DENGAN AKAL yang dikurnia ALLAH..
Orang SOMBONG memang suka mecari alasan Untuk memburukkan Ulama tanpa membawa dalil2 Qatii..

Kalu boleh bawa 30 juzuk dalil Quran..
kalau Kalian benar..
sudah tentu wa ikut!!

TAPI MASALAHNYA.. dah bawak ke 30 Juzuk dalil Quran!!!

cakap takde sandaran tak guna jugak..
hanya Guna sentimen makian... perkataan bodoh.. dan sebagainya..
tak guna jugak bro..

sam raspiut said...

Salam Bro SFH,

Tapi ini Perjuangan ISLAM..
mesti guna kaedah ISLAM..

Lu orang juga kata mahu Islamic State.. !!


betoi Bro betoi..
Islamic state kena diusahakan dengan kaedahnya..

Kalau berjanji bersumpah setia dia mungkir..
Bro SFH claim UG ditawarkan untuk membolehkan keseimbangan Politik ISLAM dan non ISLAM..
kalau 16 september jadi!!!


bila diberi amanah dia Khianat... tutup masjid pas ditrg dan arah semayang beriman masjid umno semula.. kemana hukum yg dibaca sebelum ni?

cukup lah... takde satu nas dan dalil pun orang yg berilmu/ulama' dimuliakan dgn dibolehkan melanggar hukum dan tidak boleh ditegur!

Tidak ada manusia super.. kalu silap, silaplah. kalau betul, betul lah..

kalau betoi kita berjuang untuk islam dan bukan utk pemimpin, kita misti kritis..
Islam tidak tersangkutt dgn seorang pemimpin shj.. Allah maha kaya dan Maha Adil. Ditegur oleh jemaah yg tidak ulama juga nikmat dan rahmat dr Dia yg maha Adil..

Kemajuan Perjuangan Pas tersangkut disbb kedegilan pemimpin bukan kedegilan penyokong!
apa kerugian bagi pemimpin jika respon pada isu-isu rakyat? apa kerugian bagi agama akan keangkuhan pemimpin?

Pemimpin utk rakyat? atau Rakyat utk pemimpin..

terlalu banyak kebaikan perjuang bro tulis.. tapi terlalu sedikit ada pada pemimpin yg bro puja..

kecuali bro rasa hadilah segala-galanya, tiada yg lain melainkan dia..

sam raspiut said...

Bro SFH..
bro boleh cari hujah nas dan dalil bagi membenarkan segala perbuatan..
tetapi tiada gunanya setelah perbuatan itu berlaku!
seandainya dihujah semasa atau sebelum... kami terima sebagai hikmah dan siasah.
itulah yg membezakan diantara hujjah dan dalih..

jadi.. sekarang kita lihat tidak mudah bagi ulama mengakui silap..

minta maaf bro kalu saya silap..

sam raspiut said...

bro SFH,
internet adalah medium tak berjiwa.. plus kita kena terima ragam, bahasa dan gaya penulisan setiap orang..
kita teliti apa yg cuba disampaikan.. kasar?

Bahasa Quran ada masanya lebih kasar dari apa yg mampu manusia kasarkan..
ia cuma masalah penerimaan kita.. jiwa dan hati kita!

SearchForHeaven said...

hehe..
kalau dah ratib sama yang diulang..
wa nak cakap apa..
wakaka...

Bahasa quran bukan Kasar..
KERAS pada ayat2 Azab dan si buat Dosa..

Ayat2 Quran tak kasar pada Si pendakwah!!..

SO.. kaedah penggunan Dalil kena betul laa..

cakap lu ni.. macam nak dari dalil nak betulkan Hujah..
Bukan Gunakan Dalil.. kemudian berhujah..
Lain tuuu... hehe

lantak lu laa nak sokong guna bahasa Kasar ke apa ke??

wa kasi itu nasihat je..
wa dikutuk.. wa peduli apa..
asal wa tak ikut cara yang sama ..sudah memadai bagi wa..

SearchForHeaven said...

kes TGHA tipu atau tidak..
wa ada join debate dengan AT kat Blog ini dulu..
Takde satu Bukti Jelas pun Yang AT bagi menunjukkan TGHA menipu!!

wa ada save dalam blog wa.. hehe.. sebagai bukti maa..
haha..

itu pasal Wa berani kata AT hanya asumption je.. hanya pada persepsi...

kata2 lim guang eng, syed hussain.. and sape lagi??..
hehe..

Kalau AT claim wa tak berhujah.. hanya bunga2.. itu asumption AT..
excuse untuk menolak apa yang wa tulis..
lagipun wa tulis bukan untuk dihakimi..
tapi tulis untuk dinilai!!

Lagipun atas tajuk Politik..
bila Politik.. ada benda yang samar2..

hehe..
tu pasal kalu ratib PAS terenggan ni.. wa dah lali laa.. wakaka..

bukan datang dengan fakta yang jelas pun..
hanya hearsay.. macam wa ni bukan rakyat terengganu.. wakaka

sam raspiut said...

bro..
gua takde MASALAH,
dgn hadi banyak ilmu
dgn hadi yg kuat semayang
dgn hadi yg suka tolong orang
dgn hadi yg ajar ajar ilmu baik-baik
dgn hadi yg bapa yg baik pada anak dia
dgn hadi yg suami yg baik pada isteri dia

gua cuma ada masalah pada hadi yg tersilap dalam kerja dia pada pas dan rakyat..

kerana kepentingan gua ada kat sana.. dan kepentingan gua sebagai rakyat LEBIH dari kepentingan dia sebagai pemimpin.

sbb itu ALLAH suruh selalu semak pemimpin, double check.
pemimpin kena redha.. silap gua sebagai rakyat cuma gua sorang..
silap dia semua rakyat masuk lubang!!

sam raspiut said...

Kalau berjanji bersumpah setia dia mungkir..
Bro SFH claim UG ditawarkan untuk membolehkan keseimbangan Politik ISLAM dan non ISLAM..
kalau 16 september jadi!!!

bila diberi amanah dia Khianat... tutup masjid pas ditrg dan arah semayang beriman masjid umno semula.. kemana hukum yg dibaca sebelum ni?

sebagai Presiden Pas dan Menteri Besar Trg dahulu.. cuba hujah dgn dalil dan nas.. mengapa hadi terkecuali dari hukum tuhan..

jgn pusing2 bro.. kita lihat samada benarkah hujah lu boleh buktikan ayatullah ada kelemahan

sam raspiut said...

"Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit,bumi dan gunung-ganang. Semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikulnya amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia amat zalim dan amat jahil." (Al-Ahzab : ayat 72 ).

sebagai Presiden Pas yg memegang amanah Rakyat Hadi telah mewakili pas dalam perjanjian PERIKATAN RAKYAT..
sewaktu perjanjian itu masih SAH dan belum TERUNGKAI hadi telah berjumpa ketua BN untuk berunding kemungkinan kerjasama dgn UBN (dibaca bincang utk belot, walaupun perjumpaan itu gagal tindakan hadi sebagai preside pas dianggap pembelotan dan KEMUNGKIRAN JANJI kepada PR.

HADI sebagai: pemimpin BODOH
atau
HADI sebagai: ..manusia amat zalim dan amat jahil." (Al-Ahzab : ayat 72)

mana yg lebih kasar dan lebih sesuai?

sila ulas..

Restless said...

kadang² PAS dah nk serupa UMNO dari segi mempertahan kan pemimpin.

zargus2702 said...

-pergh, pencari sorga btul2 ketegaq orgnye..mmg seswai jd gurkha, cume wa hrap tue cume metafora je la, sbb gurkha adalah seorang yg amat patuh dan setia pd tuannye wlaupun tndakan tuan die adalah slah..

-cume yg wa peliknye, xkan la lu xleh nk nmpak kelemahan pimpinan hadi awang?..lu kate lu keje sbg engineer, so dr pndangan profesional ko adakah layak hadi awang dikekalkn sbg presiden pas?..

-bile bro siput duk crite psal kelemhan hadi dr stat zaman tok kaduk smpai la ni, lu bkn nk jwb pastu pusing sane konar sini, seolah2 lu anggap hadi punye tndakan samada yg terang or dlm gelap sumenye krn dpt ilham dr Allah, so kena wala'..sbb hadi tue ULAMA'!!..mustahil ulama buat slah..

-p/s:wa hrap xde yg sesat dlm misi mncari sorga..

Taliban said...

gua igt Pas kena hadkan tempoh jawatan presidenla.contohnya maksimum 2 penggal.tapi kalau dalam 1 penggal takde perubahan yg membanggakan sebagai gerakan islam,takde pencapaian yg boleh diiktiraf sebagai 'islam maju setapak dibumi malaysia',maka presiden kena kick sebelum tamat tempohnya.ada matlamat,baru boleh nak maju.sambut hijrah tiap tahun,tapi perubahan dlm gerakan islam ni nampak statik je.satu lagi,boleh mengelakkan taksub pada individu.

SearchForHeaven said...

hehehe..

kan wa dah cakap.. bro sam raspiut ratib benda sama.. wakaka..
cuba cakap.. masjid PAS mana yang tutup!!
cuba cakap Bila TGHA haramkan masjid kerajaan ??

Strategi Bodoh .. lu boleh ulang banyak kali..

Sam raspiut cerita benda tak sama yang wa tahu dan alami..

CUBA CAKAP!!
MASJID PAS Mana yang tutup??
hehehe.. setakat ratib itu ini.. takde apa2.. wa bleh sengih jer laa.. wakaka

Haha.. sebagai enginieer laa wa kaji..

kalau engineer, berdasarkan prinsip2 engineering..

Kalau dalam Politik ISLAM..
bersandarkan Nas-dalil Quran dan SUnnah..

dalam Feqah.. ada kaedah..

Tak boleh buang Kebaikan sekarang untuk mengejar Kebaikan akan Datang jika dua-dua ada Bersama dengan kerosakan..

Itu pasal, Ulama buat keputusan bukan atas suka-suka..
berdasarkan Feqh..

Yang lu orang ulas.. cuma ikut rasa dan Logik akal semasa tanpa bersandarkan dalil Quran/hadis..

SO.. lu nak suruh orang lain Ikut Lu..

No wonderlaa.. perjuangan geng2 lu makin surut!!

Dan perjuangan TGHA makin berselaras sekarang..

wa.. tak nak attack mana kepimpinan lain..
wa tak nak attack dr mujahid..
khalid samad,'
nizar,
DSAI dan sebagainya.. walaupun ada beberapa perkara wa memang tak setuju..

tapi wa hormat atas kapasiti organisasi dan Tahaluf siyasi bagi yang bukan PAS...

Tapi.. lu and the gang.. going for the worst.. tak suka terus attack.. padahal benda strategi masih dalam lingkungan ijtihad!!

kalau kita tak faham cara Ulama, jangan plak berlagak pandak dari Ulama..

hehe.. lu untung maa.. wa maintain layan lu orang.. ada variasi pemikiran..

kalu tak.. standard tu jer laa pemikiran lu orang.. tau rebel je..
hehe..
rebel dengan UBN..
rebel dengan jemaah yang mahukan ISLAM.. wakaka..

SearchForHeaven said...

sahabat2 sekalian..

politik ISLAM tidak boleh lari dari Prinsip dari Hadis Nabi SAW:

"" ISLAM itu tinggi, dan tiada Yang lebih tinggi dariNYA""

prinsip2, amalan politik, teguran politik mesti berdasarkan Prinsip Ini..

Dalam politik Demokrasi sekalipun..
dalam berstrategi sekalipun..
Tidak boleh merendahkan Prinsip dan dasar ISLAM..

PAS dengan PKR dan DAP hanya terikat dengan satu ikatan Tahaluf Siyasi..
PAS tidak bersatu dengan PKR dan DAP..
ini kerana sebahagian firman ALLAH dalam Surah al-Baqarah"'

Jangan campurkan perkara Batil dan Haq....""

sebab itu kena faham.. Jika DSAI sekarang dilantik ketua Umum pakatan, itu hanya atas kaedah tahaluf Siyasi..

berbicara soal Siapa pengganti DSAI.. itu bukan aqidah kita..
Kita Hanya Buat apa Yang ALLAH suruh..
Bukan Ikut apa kehendak Manusia!!
Dan orang Yang Paling Faham apa kehendak ALLAH ialah Golongan Ulama Yang berjihad Di Jalan ALLAH!!

Kita seru pengundi/rakyat terima ISLAM..
bukan Kita ikut pengundi/rakyat bertolak ansur dengan ISLAM..
ISLAM tidak patut ditolakansurkan kerana ISLAM itu TINGGI!!

kalau dah rasa diri betul tak perlu cakap ulama.. hehe.. nak cakap apa maa..

Katon Tin Ton said...

apasal muka ko cam ARIEL PETER PAN jer

SearchForHeaven said...

tengok perenggan last Aduka..

bila kata dalam Mahkamah Akhirat!!!

Bro.. silap2 lu dah boleh jadi sesat ni bro..

benda2 akhirat tak bleh buat main..!!
lu tak refer kat ustaz befren lu ke??

Quaote Lu;;


"Pundek lu. Kerana gua dipilih melalui demokrasi undi lah. Takan gua nak tolak harapan ahli?"

jawapan ni.. Lu bayangkan jawapan pada Mahkamah AKhirat.. yang mana Hakimnya ALLAH SWT yang Maha Adil!!

INi LAH ORANG Kata Bodoh Sombong..
SOMBONG denganb Akal yang ALLAH bagi..

ILMU logik akal tak sama dengan Ilmu aqidah!!

Lu jangan cari nahas di Bro..
wa nasihat jer ni..
wa anggap lu tak tahu..

TAPI memandangkan Lu genius.. yang selalu Bodohkan TGHA.. takkan benda ni tak tahu..

naudzubillahiminzalik..

LU claim nak rakam Idea orang dan pendapat sekeliling untuk membuktikan Lu benar..

TETAPI LU makin tersasar.. dan ini menjadi rakaman tulisan LU..

yang sokong pun.. Buta dan tuli..
AT genius.. AT hebat.. tapi bila bab ni.. tak nak tegur..
zalim pada diri sendiri..

Taubat syeikh!!

imanworld said...

dah agak dah memang tak jawab punye..
budak ni bukan tau sejarah2 lama ni.. tak pun memang gurkha melawak koot..

Hanz Newman said...

Ya Allah AT lu tak habis habis nak lanyak TGHA .. dia tu sorang alim, they call ulamak! Salah ke lemah ke, dia dah jadi figure in political front!

Memang dia tak layak sebab ada kelemahan tapi sapa lebih bagus daripada dia untuk jadi PR leader or PM nanti bila PR menang (insyaAllah)? Selepas DSAI, kalau tak Ir. Nizar, tak ramai yang boleh kita pilih selain TGHA. So be it. Just correct the wrongs & improve! Apa target Preseiden PAS hah? Apa KPI? Takkan UG kot?

hahaha

SearchForHeaven said...

bro Hanz ni..
english dah power dah.. hehe

lu ingat.. lu orang je buat analisis utk pilih kepimpinan??
wa just wala' buta??
haha.. itu tuduhan orang sombong bro..
Lu pandai english.. lu orang je power.. wakaka..
sadis., bro.. hehe

timbangan layak untuk memimpin ISLAM bukan setakat Bijak strategi je..

kene lengkap..
1. Faqih dalam ilmu agama.
2. Dilantik Oleh orang2 yang Faham Agama
3. Mempunyai Ilmu siasah dan faham akan sejarah..

lu nak calonkan IR Nizar..
well..
tapi IR nizar dah lakukan beberapa perkara tak menguntungkan pendekatan ISLAM..
DAP pun ambil kesempatan..
wa tak nak war2 benda2 ni..
sebab lu tak aware apa sekeliling kita berkaitan agama dan politik..

Sebab itu wa cakap.. kita kena pandukan Hadis Nabi
"" ISLAM itu tinggi, tiada yang tinggi daripadanya""

kalau kita ikut DAP.. apa yang tingginya ISLAM .. kita dengan DAP hanya tahaluf.. apa yang menyalahi agama ISLAM.. kita tolak, tak payahlah ikut rentak DAP..
Kena pegang prinsip ISLAM..

Bila tang TGHA.. lu buka aib2 habis-habisan..

hehe..suruh bagi bukti teori salah.. takde pun..

UG pun hanya lontaran.. bukan pelaksanaan..
takkan tak faham permainan politik..

Tu lah lu.. minat sangat premier leauge.. budaya orang putih..
terlupa untuk memahami budaya sendiri..

sam raspiut said...

kehkehkeh... nizar tak untungkan islam?? mana bukti lu.. kehkehkeh

Contact Information said...

untuk lantik pemerintah yg memerintah negara atau khalifah
mungkin wa leh terima pandangan bro.SFH

klu dlm PAS mungkin MA.


tp utk lantik pglima perang,
utk g perang bg wa
kene sesuai dgn tuntutan dan suasana semasa utk menang perang.

lepas menang perang,
syura bbincangan
utk lantik PM bg memerintah negara Msia.

Hanz Newman said...

Hello! Search my man lu paham tak my last comment .. ada wa kutuk TGHA lu ker? Wtf with my English or else, wacko? Lu yang tak nampak kan wadah kata wa ok saja TGHA nak jadi Presiden ker, nak jadi PM ker asalkan improve abit.. is that's too much to ask, moron huh?