Skip to main content

Jangan buang masa anda baca cerita gua.

Oleh : AdukaTaruna

"Gua tak setuju lu g sorang la bro."

"Takper la.. kita tengok la dulu. Janji lu tahu lokasi gua, kan."

"Apa guna gua ada kat sini, bro. Jangan jadi Rambo la. Duduk dalam jemaah. Gua kontek member gua la. Kita g sama-sama."

"Tak payah terburu-buru la. Kalau dah ramai2, takut salah faham. Dari benda baik, jadi benda buruk."

"Sejak bila lu main pompan ni?"

"Gua pun tak tahu bila masa gua main pompan."

"Dah tu apa kes bapak dia nak jumpa lu? Lu jangan ambil mudah bro."

"Lu jangan risau la. Ikut plan gua. Sampai sahaja gua kat lokasi, gua sms lu. Then gua set alarm untuk 10 minit selepas sms. Maknanya, 10 minit selepas sms pertama, gua kena sms lu keadaan gua. Kalau gua gagal dalam masa maksimum 13 minit, lu kol gua. Kalau gua tak angkat, lu dengan member2 lu terus ke lokasi sambil hantar sorang buat report polis. Buat report polis dulu apa2 hal. Ni, ambil kertas ni. Gua dah taipkan teks report polis. Pilih, dan kasi kat member lu."

"Simpan kerambit gua, bro."

"Tak payah. Gua dah ada cota."

"Cota? Mana?"

"Dalam seluar gua."

"Pundek lu."

Jika anda sudah membaca sehingga sini, gua nasihatkan jangan terus buang masa anda. Berhenti sekarang.
Akhirnya gua sampai di tempat yang dimaksudkan. Gua park kereta dengan depan kereta menghala ke luar. Semua pintu kunci, kecuali pintu driver. Kunci kereta lekat kat tempatnya. Senang gua nak cabut kalau gua tak terlawan. Muahahaha.

Ada 4 lelaki berumur lingkunan 40-50. 4 lawan 1? Lepas tak lepas ni? Try dulu... Tak lepas, cabott! Gua senyum. Senyuman dibalas. Gua sms member.

"Gua senyum dan senyuman gua dibalas. Tunggu sms 10 minit lagi. Kalau takda, kol gua."

Berhentilah membaca. Penamatnya sungguh menyayat hati.

"Aduka... saya ayahnya. Dan yang ini kesemuanya adik-beradik saya." Bersalaman dan dipelawa duduk.

"Adik-beradik kandung ke, jemaah?" Gua tanya sambil senyum.

"Kandung.."

"Kita teruskanlah kepada pokoknya. Saya keliru."

"Gini, Aduka... saya ni, wakil kepada anak saya, ingin meminang Aduka untuk anak saya."

"What the fuck?" Gua mencarut dalam hati. Gua nak tergelak dah.

"Saya dah kawin la Abah... eh Pakcik."

"Saya tahu. Dan anak saya pun tahu. Tapi... tu lah. Anak saya minat sangat dengan kamu."

"Erkk. Saya tak kenal anak Pakcik."

"Tu pasal saya panggil jumpa. Saya serahkan biodata anak saya ni. Harap sangat Aduka pertimbangkan."

Gua harapkan pandangan lu orang semua sebagai pembaca gua yang gua kasihi. Gua dalam dilemma.

Comments

  1. Gua tak klik link biodata tu... tapi gua dapat agak dengan tahap kepala otak lu.... memang serabai punya tahap celaka.... nak mengenakan orang.

    Sama level dengan Menteri2 Malaysia hahaha... ke guane...????

    ReplyDelete
  2. WTF man! y u man! pasai pompuan leh bewak bergaduh nih.. sib baik gua bkn mahzab umno kalau tak bergaduh pasai pompuan standet!

    ReplyDelete
  3. x heran pong heliza tu minat lu....kan dia ada masalah penglihatan tu....

    tp kakak dia yang jd pramugari lg cun ooooo....

    ReplyDelete
  4. Pergh... ramai nampaknya otai2 jeles dengan gua.. Enggan menerima hakikat ini.

    Bro Manjung, Nora Danish, gua passing kat ISA.

    ReplyDelete
  5. gua ada solusyen paling best utk lu Bro. mutaah bro mutaah!

    ReplyDelete
  6. kureng ajooooooo tul..haha

    wa rasa
    lebih suke layout lu ni.
    tulis "Aduka taruna" kaler merah ganas tp lu lembut bro..^_^

    ReplyDelete
  7. tp bro,
    lagi cantek klu
    mcm sebelum nya..click baru leh baca penuh n3 tu.

    tp susunan n3 menegak.

    ReplyDelete
  8. Gua tak reti la plak buat camtu bro. nanti gua try tanya pakcik gugel.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.