Skip to main content

Gua Syiah! So what?

Oleh : Reformis Jalanan

Saya Pun Syiah Ali Juga, tapi...


Disebabkan saya terbaca pengakuan berani blogger Penarik Beca a.k.a Bakaq di sini [link], maka saya rasa terpanggil juga untuk membuat pengakuan. Disebabkan sekarang ini musim membantai Syiah, saya berasa agak teruja sedikit. Entah mengapa, berbagai perasaan bercampur baur, gembira, gugup, sedih, marah, dan lain-lain.

Saya juga seorang Syiah Ali, lebih tepat lagi, memegang fahaman yang sama seperti negara Iran, majoriti di Iraq, berjuta-juta di Lebanon (termasuk Hizbullah), di India, dan sebagainya. Sebelu
m ini saya agak menyepi dan tidak terlalu menonjolkan ke-Syiah'an saya di dalam alam maya, kemudian start pada bulan July 2010 saya agak aktif di dalam Facebook. Dan saya
juga pernah membuat beberapa posting yang berbau Syiah di arkib blog saya ini.

Tak tahu nak start dari mana. Seminggu lepas JAIS dengan jayanya berjaya melakukan serbuan di salah sebuah tempat Syiah Melayu yang agak famous iaitu di Gombak (untuk berlaku jujur, saya tidak pernah ke sana). Sebenarnya untuk mendeskrisikan tempat tersebut sebagai kubu Syiah, tidaklah tepat. Ini kerana terdapat beberapa lagi tempat sebegitu di Selangor ini dan juga di seluruh negara, yang paling kuat adalah di Kedah dan Perlis - kawasan utara. Mungkin berdekatan dengan Selatan Thailand (kawasan yang ramai Syiah) maka Syiah mudah tersebar dan kuat di sebelah Utara.

Lihat video serbuan tersebut [link] agak lucu juga. Ada Syiah Melayu yang gagal megawal perasaan, pegawai JAIS yang kelihatan cuak dan juga Pak Bakaq - senang nak cam dia - walaupun dia tak kenal saya dan saya tak kenal dia - Bakaq ni orangnya gemuk, per
ut buncit dan kepala hampir botak (seperti di gambar sebelah kanan). Saya sangat yakin orang yang lemah semangat pasti akan patah selera makan apabila dijeling oleh beliau (Penarik Beca).

Bukan Pro-Republik Iran

Tapi, diri saya ini jauh beda berbanding dengan Syiah-Syiah Melayu yang lain. Saya gerenti. Saya tidak mengagungkan Khomeini, saya menolak negara "Republik Islam" Iran, dan saya tidak mengiktiraf Ali Khamena'i sebagai rahbar/supreme leader/pemimpin agung, lebih-lebih lagi pemimpin bagi Syiah mahupun bagi kesemua kaum Muslimin. Tidak! Saya langsung tak iktiraf beliau. Saya juga mengakui bahawa Ayatollah Khomeini (yang meninggal pada 1989) adalah seorang yang "pelik" lebih-lebih lagi di dalam fatwa-fatwa beliau.

Banyak faktor mengapa saya tolak Iran ni. Antaranya ialah Iran juga mempunyai Kem Kamunti
ng atau Guantanamo Bay - dikenali sebagai Evin Prison - terletak di Tehran. Saya seorang yang menentang ISA dan sebarang penahanan tanpa bicara - maka agak pelik kerana "negara Islam" seperti Iran ada tempat sebegitu - yang digunakan untuk menahan rakyat Iran yang mengkritik pemimpin mereka, dan mereka diseksa di dalam penjara. Oh setahu saya, Pak Bakaq ini seorang yang lantang mengenai ISA, tapi takkanlah dia tak sedar mengenai kewujudan Evin Prison? Sedangkan dia memeluk Syiah jauh lebih lama d
ari saya...

Faktor-faktor yang lain - adalah kekejaman pemimpin Iran - seperti yang saya ceritakan di atas - mereka menyeksa tahanan di dalam penjara, menangkap sesiapa yang tidak sefahaman dengan mereka, dan mereka juga banyak menahan ulama-ulama di dalam tahanan rumah - Ayatollah Shariat Madari, Ayatollah Shirazi, Ayatollah Rohani, Ayatollah Montazeri, Ayatollah Boroujerdi - dan lain-lain.

Perpaduan Sunni-Syiah itu mengarut

Apa yang membuatkan kemarahan saya semakin kemuncak ialah dengan retorik pemimpin Iran yang bercakap seperti burung kakak tua tentang Palestin. Mereka sering bercakap akan menolong Palestin - tapi tolong bagaimana?

1 - Palestin diserang dengan hebat pada awal 2009 - Khamena'i berkata di dalam khutbah beliau - melawan Zionis di Palestin adalah jihad - keesokan harinya bila beribu-ribu pemuda Iran mahu menawark
an diri melawan Zionis di Palestin - permintaan mereka ditolak dan mereka tidak dibenarkan pergi! What the fuck is this? Adakah Khamena'i memperdayakan orang ramai? Kalau takut dengan risiko diserang Zionis atau Amerika (kononnya, pada hakikatnya Amerika tak akan serang Iran), kenapa bercakap pot pet pot pet membebel tentang Zionis? Diam sudah la..

2- Masih ingat peristiwa kapal Freedom Flotilla yang diserang oleh Zionis pada bulan
Jun lepas? Selepas peristiwa itu, Iran ada mengeluarkan kenyataan bahawa mereka juga akan menghantar kapal bantuan ke Gaza - last-last dibatalkan juga - main-main lagi!

3- Ingat semua, kerana Iran juga ada peranannya sewaktu Amerika menyerang Afghanistan dan Iraq. Jika pemimpin Iran benar-benar mahukan unity, kenapa mereka mendiamkan diri disaat saudara Sunni mereka disembelih di Iraq dan Afghanistan? Taliban itu Wahabi? Eh tolonglah. Siapa cakap Taliban itu Wahabi, kerana dalam Taliban juga ada penganut Syiah!

4- Saya percaya bahawa slogan "Sunni-Syiah perlu bersatu" yang diperkenalkan oleh Khomeini dan juga laungan "Al-Aqsa mesti dibebaskan" adalah sekadar retorik pemimpin Iran, dibuat semata-mata untuk memperolehi sokongan politik daripada negara-negara dan umat Islam di seluruh dunia. Dan Iran sekarang melebarkan propagandanya di seluruh dunia - khususnya negara-negara yang bermajoritikan orang Islam seperti Malaysia. Inilah yang menyebabkan ramai orang beranggapan bahawa semua Syiah itu dibawah Khomeini, kerana biasanya mereka melihat orang-orang Syiah menyimpan gambar Khomeini dan pemimpin-pemimpin Iran yang lain..

Salah tu, ramai yang tak tahu betapa ramai orang Syiah tidak menyukai kerajaan Iran, dan saya rasa saya seorang saja Melayu Syiah yang tidak suka kepada Khomeini dan Iran.. Maka bagi pembenci Syiah di luar sana, saya minta jangan benci Khomeini, Khamenei dan yang sewaktu dengan mereka, kerana memang mereka berusaha untuk mencapai keredhaan orang-o
rang Sunni, - orang-orang seperti Khomeini, Khamena'i dan Fadhlullah - antara the so-called ulamak yang menggadaikan prinsip-prinsip Syiah..

Saya tidak percaya Sunni dan Syiah boleh bersatu..

Saya membenci Fadhlullah (yang mati beberapa bulan lepas) kerana dia menghina Rasulullah dan menafikan penderitaan puteri baginda Fatimah Az-Zahra.. Saya bodoh kerana pernah memuji dan simpati kepada beliau dan saya mohon maaf kerana kebodohan saya (maklumlah genetik Melayu)-------->>

Tarik Balik Artikel yang memuji mereka

Maka saya dengan ini, saya tarik balik puji-pujian saya terhadap pemimpin Iran yang pernah saya luahkan di dalam blog ini, selepas artikel ini dikeluarkan, maka entri-entri yang lepas ten
tang pujian dan simpati saya terhadap Iran, Khomeini, dan Fadhlullah terbatal sama sekali.

Salahkan Syiah Melayu

Peristiwa pada minggu lepas, sebenarnya kebanyakannya saya salahkan Syiah Melayu itu sendiri. Kalau pembaca yang sudah memahami pendirian saya, saya sering mengatakan bahawa bangsa Melayu itu bodoh dan tolol. Dan setakat ini saya tak jumpa apa-apa kenyataan bahawa kenyataan saya tersebut salah. Kalau apa-apa saja yang melibatkan melayu, hancurlah segala-galanya.

Serangan terhadap Syiah berpunca daripada Melayu. Melayu Syiah ini suka menunjuk-nunjuk, cabar mencabar dan suka berdebat. Mereka juga galak mempergunakan dan mempertikaikan sumber-sumber Sunni. Dan saya tak nafikan, memang ada Syiah Melayu yang tolol dan bangang pergi hantar anak mereka mengaji di Iran dan mengharap anaknya dapat menjadi pendakwah di sini.

Pasti semua orang keliru, saya Syiah tapi mengapa saya serang orang-orang Syiah? Ini kerana, walaupun saya Syiah, saya menghormati Malaysia sebagai negara Sunni dan saya tak setuju dengan sebarang penyebaran Syiah di negara ini. Saya faham dengan mentaliti masyarakat di negara ini yang berbeza dengan negara lain, tak terbuka seperti Indonesia. Saya faham dan mengerti. Dan saya marah kepada sesiapa yang cuba menyebarkan propaganda Iran di negara saya
.

Saya punya bukti. Hari Ashura lepas saya memperingati kematian Imam Hussain bersama orang-orang Iran. Saya berkesempatan berbual dengan beberapa orang iran dan juga ulama Iran yang dijemput ke majlis tersebut. Melalui percakapan mereka, saya tahu bahawa betapa mereka mengharapkan saya menjadi orang yang menyebarkan kefahaman Syiah (dengan lebih tepat lagi, Syiah yang berimejkan Khomeini, Ahmadinejad dan Hizbullah, proksi Iran). Saya hanya tersenyum...menjaga hati mereka. Diam lebih baik dari berkata-kata, dan majlis-majlis sebegitu saya tak akan sambut bersama orang-orang melayu. kerana apa? kerana saya tak suka mereka..


Gambar ini, adalah salah satu kebodohan Syiah Melayu yang suka menunjuk. Gambar ini saya tangkap sendiri sewaktu demonstrasi menentang serangan Zionis ke atas kapal Freedom Flotilla pada bulan Jun lepas. Seperti yang kita sedia maklum, yang menghantar kapal tersebut adalah Turki, bukan Iran! So, WHAT THE HELL yang Melayu Syiah bangang pergi angkat poster/gambar/frame pemimpin-pemimpin Iran? Yang sadisnya, saya tak jumpa pun mereka yang mengangkat gambar Recip Tayyib Erdogan, PM Turki yang menolong saudara Sunni mereka di Gaza..

Apa kaitan Khamenei dengan kapal Freedom Flotilla, wahai bangang? Dan saya berjaya tanya kepada salah seorang daripada mereka yang memegang frame besar Khomeini, bahawa mereka daripada Hauzah Gombak (yang diserang pada minggu lepas).

Salah seekor penyebar pengaruh dan propaganda Iran di Malaysia


Saya sudah lama berbulu dengan dia ni. Secara jujurnya, saya tak tahu sama ada dia ini Syiah atau tidak. Jika benar dia Syiah, maka saya boleh katakan beliau bukan melakukan taqiyyah, sebaliknya beliau berbohong kerana selalu mendakwa diri beliau sebagai Sunni. Ini kerana, taqiyyah hanya boleh dilakukan sekiranya nyawa, harta, dan maruah terancam.

Dia ini bidang sastera, tapi bila tiba soal politik, menjadi bangang sebangang-bangangnya (tambahan pula semangat kemelayuan dia ini menebal). Tak keterlaluan saya katakan bahawa dia mengangkat Khomeini seolah-oleh Khomeini itu dewa. Khomeini kata "bersatulah umat Islam", dia pula kata "Melayu mesti bersatu kerana sama-sama Islam (bullshit!!)"

Dia ini bencikan Anwar Ibrahim hanya kerana Anwar berkata Salman Rushdie itu profound writer. Dan Salman Rushdie itu dijatuhkan hukuman mati oleh Khomeini, maka menurut penyembah Khomeini ini, sesiapa yang contradict dengan "Imam" itu jahat, termasuk Anwar Ibrahim! Tak silap saya, dia ini juga pernah mengkritik Erdogan dan parti AK nya, hanya kerana Erdogan baik dengan Anwar dan partinya sama nama dengan parti Anwar (keadilan)! Kemudian baru-baru ini saya terbaca salah satu posting terbaru beliau, yang mana beliau menjilat balik ludahnya terhadap Erdogan. Oh sungguh hina melayu seorang ni!

Sekarang, Syiah-Syiah Melayu sibuk bergantung pada kenyataan-kenyataan PAS dan Asri Zainul Abidin kerana mereka agak menyebelahi Syiah dalam kes ini. Perlu diingatkan, bahawa Syiah Melayu selalu menuduh PAS mempunyai unsur Wahabi dan selalu memaki MAZA. Sekarang, oleh kerana terdesak dan licik, kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin PAS (termasuk mempergunakan kuliah Haji hadi) dan juga kenyataan MAZA dijadikan perisai untuk mempertahankan diri!

Dan, Syiah-Syiah Melayu ini memang betul-betul terpengaruh dengan dakyah Iran. Jika ada sesuatu berlaku, pasti kesalahan ditujukan pada Wahabi, Amerika atau Zionis. Kucing mati, oh mesti Zionis yang tembak. Lembu mati, pasti teroris wahabi yang meracuninya. Inilah apa yang diajarkan oleh khomeini dan puak-puaknya selepas dengan kebetulan berjaya menubuhkan kerajaan Islamik di Iran.

P/S : Pasti akan ada yang kata bahawa blogger Reformis Jalanan adalah orang upahan CIA, ataupun agent Zionis, ataupun Wahabi yang menyamar Syiah! kah kah kah melayu oh melayu...

Pendirian saya mengenai kes serangan oleh JAIS, secara jujurnya saya taklah marah sangat dan ini boleh dijadikan pengajaran oleh Syiah-Syiah Melayu yang berlagak di luar sana. Saya cuma sedikit terkilan dengan kenyataan Khusrin Munawi dan beberapa tokoh Sunni di negara ini yang memberikan gambaran yang tidak betul mengenai Syiah..

Dengan ini, segala kenyataan saya di atas ini adalah benar, dan saya berlepas diri apa yang dilakukan oleh Syiah-Syiah Melayu di negara ini, kerana saya sudah lama mengasingkan diri saya daripada mereka..

Comments

  1. gua bukan wahabila.syiah pun bukan.gua islam.tapi pro pada original punye islam.lu org tak pelik ke,Allah utuskan nabi byk kali supaya manusia kenal Tuhannya, puja Allah,jgn sekutukan Dia,hanya Dia yg satu..tapi lepas nabi2 meninggal dunia,lu org puja nabi,puja anak nabi,puja imam tu,puja ulama ni,makhluk tu,makhluk ni,...mmg padanlah perancangan Allah kena utus nabi (Isa) balik ke dunia..

    bro AT,

    gua jmpe research minah ni kata bigger head = bigger brains = higher IQ.

    http://bps-research-digest.blogspot.com/2006/03/does-my-head-look-big-in-this.html

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Oh Syiah ya? Personally, me ok with that.. no big deal melainkan/kecuali bila keadaan jadi seperti Reformis Jalanan tulis tu. lantak la kita ni Sunni ke Syiah ke kalau salah tu (ikut ukuran/neraca Islam yang syumul, BUKAN terhad kps berkepentingan sempit puak tertentu sahaja) SALAH la. That's it .Simple. Kem tahanan tanpa bicara seperti ISA & macam macam hal lain yang berdosa, wajib kita tegur/komen/tak subahat walau drp sesiapa yang kita suka e.g. PAS, ABIM, MAZA, Ahmadinejad (right spelling? ah, wth!) & else (UMNO-BN? Not, though, not all cases they r damned wrong).

    ReplyDelete
  4. blerghhhh. bila org bercakap psl syiah ke sunni ke wa rasa mcm terpanggil panggil nak mencarut dgn bersungguh2...

    :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.